"Adik-adik!! Bangun!!" Terdengar suara Gempa dari tingkat bawah pada pukul enam pagi, sedang sibuk membuatkan bekal makanan untuk adik-adiknya.
"Itu dia, Taufan sedang berlari mendahului Halilintar dan dia berjaya!!" Taufan melompat turun dari tangga dengan riang tetapi keriangannya tidak berpanjangan apabila Gempa bercekak pinggang, memandang ke arahnya.
"Abang dah cakap banyak kalikan, jangan berlari." Gempa mencubit lembut pipi Taufan sehingga Taufan mengeluarkan sedikit erangan sahaja.
"Maafkan Taufan," ucap Taufan sambil mengerang kesakitan akibat dicubit oleh Gempa.
"Selalunya Taufan bangun lambat, kenapa tiba-tiba bangun awal ni? Dah siap pakai baju seragam pula tu," katas Gempa sambil memandang Taufan dari atas ke bawah.
"Sebenarnya Taufan nak tolong abang memasak sebab tu Taufan bangun awal," balas Taufan sambil kedua-dua tangannya membuat tanda 'v'.
"Tak perlulah, abang dah siapkan pun." Gempa menunjukkan bekal makanan pelbagai warna yang sudah tersusun cantik di atas meja bersertakan sarapan yang masih panas-panas.
Taufan tercengang, abangnya jauh lebih pantas daripada dia sangka.
"Tapi abangkan demam, macam mana abang boleh buat semua ni?!" soal Taufan dengan reaksi wajahnya yang maish terkejut.
"Sebab abang ada pembantu cilik di dapur," kata Gempa lalu tersenyum manis, Taufan terkedu. Ini kali pertama dia melihat kembali Gempa tersenyum seperti itu.
"Siapa pembantu cilik itu?" soal Taufan.
"Thorny!!" Thorn muncul secara tiba-tiba dari dapur sambil mengangkat seteko air teh panas.
"Hati-hati, Thorny! Panas tu!" Gempa panik dan terus berlari ke arah Thorn lalu mengambil teko itu dari Thorn.
"Tapi Thorny boleh buat," kata Thorn lalu mencebikkan bibirnya.
"Tak boleh, panas. Nanti tangan Thorny melecur pula," kata Gempa pula sambil mengusap lembut rambut Thorn.
"Pergi mandi tu, nanti Thorny lambat pula ke sekolah."
"Tak nak!" bentak Thorn membuatkan Gempa mengeeutkan dahinya.
"Kenapa ni? Thorny kena pergi sekolah," kata Gempa.
"Tak nak! Thorny nak jaga Abang Gem, Thorny jaga Abang Gem sampai Abang Gem sihat!" bentak Thorn lagi membuatkan Gempa terkedu, tiba-tiba memori silamnya menerpa ingatannya.
"Gempa sayang, kamu kena pergi sekolahlah." Ibunya yang terlantar di atas katil hospital memujuk Gempa yang menangis teresak-esak kerana tidak mahu pergi ke sekolah.
"Tak nak! Gem nak jaga mama, Gem nak jaga mama sampai mama sihat! Baru Gem nak pergi sekolah!" bentak Gempa sambil memegang erat tangan ibunya itu.
"Tak bolehlah macam tu, kamu kena pergi sekolah. Nanti cikgu marah pula," pujuk ibunya.
"Tidak! Gem tetap nak duduk sini, nak jaga mama!" Gempa membentak lagi.
"Baiklah, untuk hari ni je tau. Esok kena pergi sekolah." Kata-kata daripada ibunya membuatkan Gempa terus mengukir senyuman dibibirnya.
"Baiklah, Gem akan pergi sekolah esok!"
Secara tiba-tiba air mata mengalir keluar dari mata Gempa tanpa disedarinya kerana teringatkan memori itu, Thorn yang ternampak Gempa menangis menjadi panik.
"Kenapa Abang Gem menangis ni? Abang Gem sakit lagi ke?" soal Thorn.
"Eh? Mana adalah, mata abang masuk habuk." Gempa mengelap air matanya.
YOU ARE READING
[C]Dramarama (BBB Elementals Malay Fanfiction)
FanfictionApa yang bakal terjadi apabila lelaki yang kau paling benci kembali dan membawa pulang 3 orang anak ke rumah kau? "Ini papa nak memperkenalkan, adik beradik baru kau." "Jangan haraplah aku nak duduk kat sini selamanya, kau bukannya adik beradik aku...