Bab 15

1.4K 138 39
                                    

Blaze dan Gempa berlari turun keluar dari bas, mereka berlari di setiap laluan pejalan kaki. Suara orang awam yang lalu lalang tidak dihiraukan oleh mereka berdua, fikiran mereka terfokus pada satu destinasi yang berada di ceruk lorong gelap Bandar Kuala Lumpur. Mereka berdua terhenti apabila ramai orang awam mengerumuni kawasan yang mereka ingin tiba, beberapa orang pelacur digari bersama dan dibawa masuk ke dalam lori hak milik polis. Blaze menjengketkan kakinya untuk melihat lebih jelas, sedangkan orang ramai yang mengerumuni kawasan itu sangat tinggi dan ramai. Blaze terkedu apabila ternampak ibunya dibawa masuk ke dalam lori itu, Blaze perlahan-lahan menurunkan tumitnya ke tanah.

"Blaze nampak dia ke?" soal Gempa lalu menerima anggukkan perlahan daripada Blaze.

"Marilah kita balik dahulu," pujuk Gempa lalu mereka berdua berjalan pulang semula ke rumah sambil berpegangan tangan.

Setelah sesampai di rumah, Gempa dan Blaze serentak masuk ke dalam rumah. Mereka langsung tidak berkata apa-apa sepanjang pulang semula ke rumah.

"Abang Gem! Abang Blaze!" Jeritan tiba-tiba Thorn mengejutkan Gempa dan Blaze lalu mereka berdua berlari ke arah Thorn yang sedang duduk bersama Ais.

"Apa yang terjadi, Thorn?!" soal Gempa dengan nada cemas.

"Abang Ais, dia tiba-tiba sesak nafas!" balas Thorn dengan panik, Gempa terus memandang ke arah Ais yang seperti tidak mampu bernafas.

"Blaze, telefon ambulans sekarang!" arah Gempa dengan nada panik.

"Ba..Baik!" balas Blaze lalu dia terus menelefon ambulans menggunakan telefon bimbitnya.

"Ais, tolonglah bertahan." Gempa membuka sedikit baju Ais supaya Ais tidak sesak nafas lebih teruk.

Beberapa jam kemudian, Gempa duduk menatap Ais yang terbaring di atas katil hospital. Penyakitnya semakin memburuk daripada dia sangkakan, Gempa memegang erat tangan Ais lalu air mata perlahan-lahan membasahi pipinya. Perasaan takut bercampur risau menyelubungi dirinya, dia tidak mahu kehilangan Ais. Dia tidak mahu.

"Abang Gem." Tiba-tiba tangan kecil memegang lengan Gempa, mengejutkan Gempa dan dia menatap ke arah orang yang menyentuh dia iaitu Thorn.

"Abang Gem janganlah menangis," kata Thorn yang cuba memujuk Gempa. Gempa tersenyum kelat sebelum dia memeluk Thorn dengan erat

Blaze pula hanya memandang mereka dari jauh. Hatinya terasa berat melihat keadaan Ais yang tenat, fikirannya masih terngiang-ngiang dengan Ais yang selalu memberi nasihat kepada dia. Blaze mengepalkan tangannya yang tersorok disebalik poket jaketnya, kali ini dia bertekad untuk menebus segala kesilapannya terhadap keluarga tirinya.

"Kali ini, aku kena selamatkan Ais." Blaze berkata di dalam hati.

■■■■

Blaze berjalan seorang diri di Ibu Kota Kuala Lumpur di waktu matahari sudah mula terbenam, dia meninggalkan Gempa dan Thorn untuk menjaga Ais di hospital. Dia tidak mahu mengganggu situasi sedih yang dialami oleh Gempa, jadi dia memilih untuk mengambil angin di ibu kota. Keadaan ibu kota yang masih sesak dengan kenderaan di jalan raya serta anak-anak muda yang masih sibuk bersuka ria di ibu kota lagi menghidupkan suasana di ibu kota yang sibuk itu. Matanya sekali sekala menatap ke arah setiap kedai yang ada di lorong kaki lima yang dilaluinya, dia terfikir untuk mengambil kerja sambilan buat sementara waktu untuk membantu menampung kos perubatan Ais dan juga menggantikan duit yang dia berikan kepada ibunya.

"Tapi aku nak kerja kat mana?" monolog Blaze seorang diri, dia tidak biasa bekerja sambilan kerana keadaannya yang selalu mewah dengan duit belanja yang diberikan oleh ayahnya. Blaze mengeluh seketika.

[C]Dramarama (BBB Elementals Malay Fanfiction)Where stories live. Discover now