Bab 11

1.3K 139 34
                                    

"Penyakit leukemia pada Ais semakin bertambah teruk." Kata-kata daripada doktor pakar yang sedang memeriksa kertas keputusan kesihatan Ais mengejutkan Gempa.

"Adakah awak jarang bawa dia ke hospital?" soal doktor itu lagi.

"Ta-Tak tapi doktor, macam mana dia boleh menghidap penyakit ni? Saya ingat dia cuma sakit biasa sebab itu saya bawa dia ke klinik sahaja," kata Gempa.

"Adakah keluarga awak yang ada hidap penyakit yang sama dengan Ais?" soal doktor itu.

"Ada," balas Gempa sayu.

"Siapa?" soal doktor itu.

"Arwah mama saya," balas Gempa dengan hati terasa berat untuk menyebutnya lalu doktor itu menganggukkan kepalanya.

"Tapi tak mungkin yang Ais dapat penyakit itu, dia masih kecil semasa arwah mama saya ada penyakit tu. Tak mungkin baru sekarang dia ada penyakit itu," kata Gempa bagi membantah penyakit yang dihidap oleh Ais.

"Beberapa peratus yang seseorang tidak mustahil boleh menghidap penyakit keluarganya, tidak kira muda atau tua tapi yang penting sekarang ini ialah kita kena sembuhkan Ais sebelum terlambat." Doktor itu membalas.

"Tapi berapakah harga semua rawatan itu?" soal Gempa.

"Mungkin mengambil kos dalam RM200,000 ke atas," kata doktor itu membuatkan Gempa kembali terkaku.

Di mana dia mahu cari duit sebanyak itu?! Dia cuma bekerja sambilan dan dia punya ramai adik-beradik untuk disara, kalau nak minta pada Tok Aba pula. Dia risau juga kalau Tok Aba pun kekurangan duit untuk digunakan. Gempa terasa dunianya menjadi gelap seketika.

"Tapi kamu jangan risau, nyawa Ais lebih penting sekarang ni. Kalau tidak rawat dengan pantas, kemungkinan Ais tidak dapat bertahan lama dalam masa beberapa bulan." Doktor itu bersuara, Gempa masih tidak mampu berkata apa-apa. Dia masih terkejut.

"Doktor, tolong selamatkan adik saya." Gempa kembali membuka mulutnya.

"Baiklah, saya akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan Ais."

"Terima kasih," ucap Gempa lalu dia berjalan keluar dari bilik doktor itu.

Halilintar, Taufan, Thorn dan Solar yang menunggu di luar bilik doktor itu mengalihkan pandangan mereka ke arah Gempa, Gempa berjalan ke arah Halilintar dengan wajah sedih lalu memeluk adik keduanya itu dengan erat.

"Kenapa ni, Abang Gem? Apa yang doktor cakap?" soal Taufan dengan wajah cemas tetapi Gempa hanya terdiam dalam pelukan Halilintar, cuma esakan perlahan terdengar.

"Kenapa abang selalu diuji seperti ni, kenapa?" soal Gempa sambil teresak-esak, Halilintar dan Taufan memandang antara satu sama lain. Mereka pun tidak mampu berkata apa-apa.

"Abang Gem janganlah risau, kita sama-samalah berdoa yang Ais akan cepat sihat." Taufan memujuk Gempa.

"Jom kita tengok Ais," kata Halilintar sambil mengelap air mata Gempa dan dia memegang tangan Gempa ke wad Ais.

Pintu wad dibuka dan terlihat Ais sedang terbaring lemah di atas katil, Gempa menatap sekujur tubuh lemah Ais itu kembali mengalirkan air matanya. Tragedi silamnya kembali menghantui dia, dia takut. Dia takut ditinggalkan oleh orang tersayangnya oleh penyakit yang sama buat kali kedua.

"Abang Gempa." Ais memanggil lalu mengangkat lemah tangannya dan Gempa terus mendekati Ais dengan tangisan.

"Kenapa Abang Gem menangis?" soal Ais tetapi Gempa tidak mampu membalasnya..

"Abang Gem janganlah nangis, Ais tidak suka. Nanti Ais pun nak nangis," kata Ais.

Gempa sedaya upaya mengelap air matanya tetapi air matanya tidak mahu berhenti, dia terasa amat sedih melihat Ais yang terbaring di atas katil hospital itu.

[C]Dramarama (BBB Elementals Malay Fanfiction)Where stories live. Discover now