Seorang lelaki menatap ke arah wanita yang terbaring lemah di atas katil hospital bersama seorang bayi di sisinya, sekali sekala lelaki itu mengeluh.
"Encik?" Seorang doktor menegur lelaki tersebut.
"Ya?" balas lelaki itu.
"Saya mahu bincangkan keadaan isteri encik," kata doktor itu.
"Saya akan mendengarkannya," kata lelaki itu.
"Kami membuat rawatan bahawa kemungkinan ini sahaja bayi terakhir yang isteri encik boleh lahirkan, kami sarankan tidak membenarkan dia mengandung lagi atas kesihatannya. Badannya semakin lemah," pesan doktor itu, lelaki itu terdiam.
"Dan ini juga kos rawatan leukimia isteri encik yang masih tertunggak," kata doktor itu sambil menghulurkan sekeping kertas kepada lelaki itu.
"Terima kasih," ucap lelaki itu dan membuka lipatan resit itu.
Seperti dipanah petir, lelaki itu terkejut melihat keseluruhan kos rawatan isterinya itu.
"Boleh ke saya bayarnya sikit-sikit?" soal lelaki itu, meminta simpati daripada doktor itu.
"Boleh," balas doktor itu.
"Terima kasih," ucap lelaki itu lagi, doktor itu menganggukkan kepalanya dan terus beredar.
Lelaki itu mengeluh, fikirnya memikirkan bagaimana dia mahu bayar kesemua kos itu. Syarikatnya yang ditubuhkannya bankrup beberapa tahun lalu, sekarang ini pula duit gajinya sebagai pekerja bawahan amatlah sedikit untuk membayar kesemuanya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering, lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya dan menjawab panggilan tersebut.
"Hello?" ucap lelaki itu.
"Maafkan saya, encik adalah ayah kepada Gempa ke?" Suara seorang wanita kedengaran dari pembesar suara telefon.
"Ya saya, ada apa-apa masalah ke dengan Gempa?" soal lelaki itu yang merupakan ayah kepada Gempa.
"Saya Cikgu Aina, guru kelas kepada Gempa. Encik tidak mengambil Gempa lagi, sekarang sudah pukul empat petang." Cikgu Aina membalas dengan nada yang sangat lembut.
Ayah Gempa membuntangkan matanya dan terus memandang ke arah jam tangannya. Benar, jam sudah menunjukkan pukul empat petang.
"Terima kasih kerana mengingatkan saya, saya akan ambil Gempa sekarang." Ayah Gempa terus menutup panggilan dan dia bergegas keluar dari bangunan hospital.
Sementara itu, Gempa menunggu diluar pagar sekolah rendahnya dengan wajah yang mencebik kerana tetapi dia tidak berseorangan kerana Cikgu Aina menemaninya. Sebuah kereta honda berwarna putih berhenti di hadapan Gempa dan Cikgu Aina dan perlahan-lahan tingkap kereta itu turun.
"Gempa!" sapa ayah Gempa dengan nada ceria.
"Papa lambat!" kata Gempa dengan nada marah lalu menolehkan pandangannya, menandakan dia sedang merajuk.
"Maafkanlah papa," kata ayahnya dan berjalan keluar dari keretanya.
"Tak nak!" bentak Gempa.
"Janganlah merajuk dengan papa," rayu ayahnya tetapi Gempa menghiraukan rayuan ayahnya itu.
"Nanti papa beli gula-gula kegemaran Gempa okay?" Ayahnya masih mencuba untuk memujuk Gempa dan pujukan tersebut dapat menarik perhatian Gempa.
"Janji?" soal Gempa.
"Ya, papa janji." Ayahnya membalas dan Gempa terus berjalan ke arah ayahnya lalu memeluk lelaki itu.
"Terima kasih, cikgu." ucap ayah Gempa lalu Cikgu Aina menganggukkan kepalanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/189783704-288-k514420.jpg)
YOU ARE READING
[C]Dramarama (BBB Elementals Malay Fanfiction)
FanficApa yang bakal terjadi apabila lelaki yang kau paling benci kembali dan membawa pulang 3 orang anak ke rumah kau? "Ini papa nak memperkenalkan, adik beradik baru kau." "Jangan haraplah aku nak duduk kat sini selamanya, kau bukannya adik beradik aku...