Fang sedang sibuk mengemas dan memasak di rumah Gempa, sekali sekala dia berlari ke bilik Gempa jika Gempa menginginkan sesuatu. Keadaan agak tenang seketika sehinggalah...
"Itu adik kau, kau yang patut ambil dorang!!! Woi, Blaze!!" Jeritan Halilintar kedengaran di dalam rumah itu.
"Suka hati akulah, aku nak pergi keluar. Kawan aku dah tunggu aku," kata Blaze lalu berlari menuruni tangga.
"Blaze!!! Kau ambillah adik-adik kau kat sekolah!!" jerit Halilintar yang mengejar Blaze dari belakang.
"Alah, kau nak ambil Ais karang kan? Kau ambillah sekali adik-adik aku, apa susah kan?" kata Blaze dengan selamba.
Fang yang melihat pergaduhan antara Halilintar dan Blaze itu, menggelengkan kepalanya. Ini kali pertama dia melihat Halilintar membuka mulutnya lalu bercakap banyak patah perkataan dan orang yang berjaya membuka mulutnya adalah Blaze. Sudah tidak dapat menahan marah barangkalinya. Fang berjalan mendekati mereka berdua.
"Kamu berdua, cukuplah! Jangan bergaduh," celah Fang.
"Kenapa korang asyik nak bergaduh ni??" sambung Fang.
"Dia ni, Abang Fang. Dia tak nak ambil adik-adik dia," kata Halilintar menatap tajam ke arah Blaze.
"Aku ada hal, kawan aku dah tunggu aku. Aku tak ada masa nak ambil adik aku," balas Blaze pula.
"Tapi kau sempat je kan ambil adik-adik kau? Apa yang sibuk sangat dengan kawan-kawan kau sehingga lupa adik-adik sendiri dan hilang tanggungjawab kau? Kawan-kawan kau lagi penting dari adik-adik kau ke?" Fang mengajukan beberapa soalan kepada Blaze membuatkan remaja bermata oren kemerahan itu terdiam seketika.
"Kau bukan keluarga aku, kau tak ada hak nak cakap macam tu!! Kau hanya menumpang di sini sebab nak jaga Gempa sahaja!! Aku tak suka orang luar masuk campur," bentak Blaze membuatkan kali ini Fang terkedu.
"Penatlah aku nak bergaduh dengan korang, lebih baik aku pergi. Menyusahkan betul," sambung Blaze dan berjalan keluar dari rumah itu lalu menutup pintu rumah itu dengan kasar.
"Hali, kau nak ambil Ais ke?" soal Fang.
"Ya."
"Kau ambil jelah adik-adik Blaze sekali. Kesian kalau dorang tunggu lama-lama, abang pergi masak untuk korang semua." Halilintar hanya menggangguk tanda dia memahami arahan Fang dan berjalan keluar untuk mengambil Ais, Solar dan Thorn.
Fang mengeluh perlahan lalu dia berjalan ke dapur untuk sambung memasak makanan yang tertangguh tadi, dia berasa kasihan dengan apa yang terjadi dengan Gempa. Ibu kandungnya sudah meninggal dunia semasa dia masih kecil, ditinggalkan oleh ayahnya kerana perempuan lain dan kali ini ditinggalkan dengan adik tiri yang perangai susah untuk diungkapkan. Fang berasa insaf kerana dia selalu melawan kata-kata ibu bapanya dan selalu bergaduh dengan abang-abangnya kerana hal kecil sahaja tetapi Gempa, ibu bapa tiada disisi cuma Tok Aba sahaja yang selalu menjadi orang tua bagi Gempa, dia perlu menjaga adik-adiknya, melayan kerenah adik-adiknya tanpa berehat dan tahu apa itu penat. Gempalah ibu dalam keluarga, Gempalah ayah dalam keluarga dan Gempalah abang dalam keluarga.
"Kuat dan mulianya hati kau, Gempa." kata Fang di dalam hati, hatinya terasa sebak kerana menyaksikan ujian yang diberikan oleh Tuhan kepada kawannya itu.
"Abang Fang!" Suara Taufan mengejutkan Fang dari lamunan, Fang terus menoleh ke arah Taufan.
"Abang Gem panggil," kata Taufan dan tanpa menanyakan apa-apa, Fang menutup api dapur dan berlari ke bilik Gempa.
"Gempa? Kau nak apa-apa ke?" soal Fang.
"Boleh tak kau ambil Ais dan adik-adik Blaze?" soal Gempa, lemah.
![](https://img.wattpad.com/cover/189783704-288-k514420.jpg)
YOU ARE READING
[C]Dramarama (BBB Elementals Malay Fanfiction)
FanfictionApa yang bakal terjadi apabila lelaki yang kau paling benci kembali dan membawa pulang 3 orang anak ke rumah kau? "Ini papa nak memperkenalkan, adik beradik baru kau." "Jangan haraplah aku nak duduk kat sini selamanya, kau bukannya adik beradik aku...