Beberapa tahun kemudian, terlihat seorang remaja yang lengkap berseragam sekolah menerjah masuk ke dalam rumah dengan penuh keterujaan manakala seorang lagi menapak masuk ke dalam rumah dengan sopan.
"Thorny dapat semua A dalam peperiksaan akhir!" kata Thorn dengan teruja.
"Thorny, bagi salam dulu sebelum kau masuk rumah!" marah Blaze yang sibuk melipat pakaian di hadapan televisyen.
"Maaf," kata Thorn tersipu-sipu malu.
"Kan, aku dah cakap. Tak pasal-pasal Abang Blaze dah marah," celah Solar.
"Eleh, sejak duduk dengan kita, Blaze makin garang macam Abang Gempa ya?" seloroh Taufan yang duduk di atas sofa sambil makan cip kentang.
"Nak buat macam mana, Blazekan anak ajaran Abang Gempa sekarang ni," seloroh Halilintar pula yang sibuk menyusun pinggan dan cawan di atas meja makan.
"Hah, sudah tentu! Akukan adik kesayangan Abang Gempa," kata Blaze dengan penuh bangga.
"Eleh, dulu kemain buli Abang Gempa. Tak guna betul," kata Taufan.
"Apa yang korang gaduh-gaduh ni?" celah Gempa yang berdiri di pintu rumah mereka.
"Abang Gempa!" kata kesemua adik-adiknya dengan penuh keterujaan.
"Eh? Abang keluar sekejap je, semua dah rindu?" seloroh Gempa pula.
"Macam mana rawatan abang dan papa?" soal Taufan dengan perasaan teruja.
"Berjalan lancar, papa semakin membaik sekarang ini. Betulkan, papa?" kata Gempa lalu menyerlahkan senyuman kepada ayahnya yang berdiri di sebelahnya.
"Alhamdulillah," kata ayahnya.
"Abang! Abang! Hali dah siapkan makanan untuk kita semua, jomlah makan!" kata Taufan.
"Eh, mana boleh! Semua pergi mandi dulu, busuk!" bantah Halilintar.
"Alah, baru nak makan sama-sama!" rungut Taufan.
Gempa, Blaze, Solar, Thorn dan ayah mereka ketawa dengan telatah Taufan dan Halilintar.
"Siapa cepat, dia dapat!" celah ayah mereka yang berlari naik ke tingkat atas.
"Papa, mana aci! Bagi kami mandi dulu!" jerit Solar dan Thorn secara serentak sambil mengejar ayah mereka itu.
Taufan dan Blaze ketawa melihat mereka manakala Gempa dan Halilintar mampu menggelengkan kepala mereka.
Beberapa minit kemudian, Gempa dan adik-adiknya serta ayah mereka berkumpul di meja dan menjamah makanan yang disediakan oleh Halilintar.
"Sedapnya masakan Hali, dah pandai Hali masak sekarang ni!" puji Gempa manakala Halilintar tersipu-sipu malu.
"Eleh, malu-malu kucing pula dia ni," seloroh Taufan.
"Diamlah kau," marah Halilintar, mereka semua ketawa berdekah-dekah melihat telatah Halilintar itu.
"Papa, papa! Papa tahu tak Halilintar ada kekasuh baru kat uni," kata Blaze sambil tersenyum sinis.
"Hoi!" marah Halilintar lagi.
"Oh, kekasih baru? Siapa? Kenal-kenalkanlah kat papa, papa nak tahu juga siapa bakal menantu papa nanti," seloroh ayah mereka pula.
"Papa!" marah Halilintar sekali lagi.
Semakin terhambur gelak tawa mereka dengan respon Halilintar itu, ruang makan itu dipenuhi gelak tawa mereka.
"Oh ya, jadi ke hujung minggu ni kita melawat kubur Abang Ais?" celah Thorn dengan perasaan ingin tahu.
"Sudah tentu jadi, kita sudah janji untuk melawat kubur dia dari minggu lepas lagi," balas ayah mereka.
"Yeay!" ucap Thorn dengan penuh kegembiraan.
Gempa tersenyum melihat adik-adiknya yang sudah semakin membesar. Halilintar, Taufan dan Blaze sudah bergelar pelajar universiti manakala Solar dan Thorn sudah bergelar pelajar sekolah menengah manakala dirinya sudah bekerja di bawah syarikat ayahnya. Gempa menatap ke arah ayahnya, ayahnya sudah semakin ceria dan tidak menunjukkan kekerasan terhadap Gempa dan adik-adiknya setelah menerima rawatan. Rumah mereka semakin ceria dan cerah setelah segalanya pulih.
"Blaze, Thorn, Solar, terima kasih sebab hadir ke dalam hidup kami," getus hati Gempa, sebuah senyuman terhasil di bibirnya.
Mata Gempa melirik ke arah bingkai gambar arwah ibunya dan Ais yang berada di atas kabinet berdekatan. "Mama, Ais. Jangan risau, kami sentiasa akan jaga keluarga kita dengan baik," getus hati Gempa lagi.
"Gempa sayang keluarga Gempa buat selamanya."
☆TAMAT☆
_____________________________________________
NOTA PENULIS:
Terima kasih Nia ucapkan kepada semua pembaca setia Dramarama yang sentiasa membaca dan menyokong buku ini sehingga akhir! Nia ucapkan terima kasih sekali lagi kerana sentiasa setia menunggu buku ini di-update sehingga bab yang terakhir!
Nia tidak percaya yang Nia berjaya melengkapkan buku ini kerana buku ini merupakan buku family angst pertama Nia yang di-publish semasa Nia masih remaja. Rasa bangga sekejap, haha.
Nia juga ingin meminta maaf dari hujung kepala sehingga hujung kaki jika terdapat unsur-unsur yang tidak diingini serta kelemahan yang ada di dalam buku ini.
Dramarama bakal melabuhkan tirainya dan semoga kesemua pembaca setia Dramarama berpuas hati dengan buku ini.
Niasagitarius out!
_____________________________________________
YOU ARE READING
[C]Dramarama (BBB Elementals Malay Fanfiction)
FanfictionApa yang bakal terjadi apabila lelaki yang kau paling benci kembali dan membawa pulang 3 orang anak ke rumah kau? "Ini papa nak memperkenalkan, adik beradik baru kau." "Jangan haraplah aku nak duduk kat sini selamanya, kau bukannya adik beradik aku...