Bab 22

306 42 17
                                    

Gempa merehatkan badannya di atas katil, badannya masih terasa penat. Dia berharap sangat yang dia dapat keluar dari wad ini.

"Abang Gempa!" Thorn menyapa Gempa dengan nada gembira, Gempa menatap ke arah Thorn dengan senyuman lemah.

Kali ini Blaze, Thorn dan Solar melawat Gempa dengan keadaan terurus dan bersih.

"Abang okay ke?" soal Blaze sambil meletakkan beg kertas yang dibawanya di atas meja.

"Okay," balas Gempa dengan nada lemah.

"Betul ke? Abang Gempa nampak tak sihat, abang lupa makan ubat lagi ke?" kata Thorn dengan nada sedih.

"Abang okay, cuma penat." Gempa perlahan-lahan bangun ke posisi duduk, dia meletakkan bantal di belakangnya.

Gempa mengangkat Thorn dan meletakkan anak kecil itu di atas ribanya.

"Thorn rindu rumah baru," kata Thorn.

"Rumah baru?" soal Gempa.

"Pulau Rintis," celah Solar, Gempa terdiam seketika.

"Nanti kita balik ke Pulau Rintis lepas abang sihat, okay?" balas Gempa.

"Okay!" kata Thorn dengan riang.

"Bagus." Gempa mengusap lembut rambut Thorn.

"Abang, ada orang lain nak melawat abang." Blaze mencelah.

"Siapa?" soal Gempa dengan perasaan tertanya-tanya.

Blaze tersenyum dan berjalan ke pintu, dia sepertu mengajak seseorang untuk masuk. Ternyata empat orang pelawat berjalan masuk ke dalam wad tersebut.

"Apa khabar, Gempa?" Fang menyapa sambil tangannya memegang sebakul buah.

"Fang? Yaya? Ying? Gopal pun?" Gempa memandang keempat-empat pelawat itu, ternyata yang melawat dia adalah kawan-kawannya.

"Kau tidak datang kolej dah beberapa hari, aku datang kat rumah kau tapi kosong. Aku risau," kata Fang.

"Betul tu, aku tanya Tok Aba dan Tok Aba cakap kau masuk hospital! Jadi kami berbincang untuk datang sama-sama ke sini!" Yaya mencelah.

"Betul! Kasihannya, muka kau banyak pucat!" kata Ying pula.

"Janganlah cakap muka Gempa pucat," kata Gopal, membantah kata-kata Ying.

Fang dan Yaya ketawa dengan telatah Ying dan Gopal menyebabkan Gempa turut ketawa sedikit.

"Tengok! Aku buat Gempa senyum!" kata Ying dengan bangga.

"Tuah je tu," kata Gopal.

"Bila kau dapat keluar hospital?" soal Fang.

"Tak tahu lagi," balas Gempa.

"Alah, tak seronoklah kalau tak keluar lagi. Kami rindu kau," kata Yaya dengan nada sedih.

Mereka berempat bercerita pelbagai cerita dekat Gempa sambil bergelak tawa. Melihat telatah kawan-kawannya yang gembira dan juga kehadiran mereka membuatkan Gempa tersedar yang masih ramai masih kisah pasalnya, kehadiran mereka membuatkan Gempa sedikit gembira. Gempa sedar yang dia tidak berseorangan. Tok Aba, kawan-kawannya dan lebih penting, adik-adiknya adalah sebabnya untuk Gempa terus hidup. Tiba-tiba Gempa teringat kata-kata arwah ibunya yang muncul di mimpinya sebelum sedar di hospital.

"Gempa, mama bangga yang kamu sekuat ini. Kamu jaga adik-adik kamu dengan sangat baik, mama gembira. Mama tahu kamu bertahan untuk adik-adik kamu."

Tiba-tiba air matanya kembali jatuh, hatinya terasa terharu yang hidupnya tidak sesunyi yang dirasainya. Gempa tahu yang dia tidak sepatutnya sakit berseorang diri, dia juga memerlukan pertolongan disekelilingnya yang masih kisah tentang kehadirannya.

[C]Dramarama (BBB Elementals Malay Fanfiction)Where stories live. Discover now