"Masuk bilik," kata Gempa kepada Solar dan Thorn, Gempa meletakkan mereka berdua di dalam bilik itu.
"Jangan keluar sampai abang cakap yang Solar dan Thorny boleh keluar okay?" soal Gempa, tiba-tiba dia terasa seperti dejavu kerana ayahnya pernah mengatakan perkara tersebut kepadanya semasa kecil dahulu.
"Okay!" balas Thorn.
"Abang Gempa jangan masuk hospital lagi tau," kata Solar pula.
"Abang takkan," kata Gempa lalu dia berjalan ke tingkat bawah.
"Mana anak lelaki kau?!" Wanita tua itu menjerkah Tok Aba, keadaan di ruang tamu sangat hangat dengan pertengkaran nenek Blaze dan Tok Aba.
Taufan, Halilintar dan Blaze menonton pertengakaran tersebut dengan diam, hati mereka menyokong Tok Aba untuk melawan nenek durajana itu manakala Gempa berdiri kaku di tangga, turut menonton pertengkaran itu.
"Dia mana ada kat sini!" jerkah Tok Aba pula.
"Jangan tipu aku! Aku tahu yang kau sorokkan anak lelaki tak guna kau tu!" Wanita tua itu semakin meninggikan suaranya.
"Jaga mulut kau sikit, aku tahu anak lelaki aku jadi tak guna sebab kau! Kau jangan buat tak tahu!" Tok Aba melawan kembali, jeritan wanita itu tidak menggoyahkannya.
"Sekarang kau salahkan aku?! Kau tahu tak anak kau guna duit syarikat laki aku tanpa izin untuk bayar kos cucu yang dah nak mati tu!" Kata-kata wanita itu seperti menambahkan minyak pada api yang marak, Tok Aba dan keempat-empat cucunya mula naik angin.
Pang!! Sedas tamparan menghinggap wajah wanita itu, keadaan sekeliling terdiam.
"Kau tampar aku?!" jerkah wanita itu.
"Aku mungkin jaga kata-kata aku tetapi bila kau katakan tentang cucu aku itu dah nak mati, aku takkan maafkan kau! Jaga mulut busuk kau tu!" tengking Tok Aba, keempat-empat cucunya tercengang tetapi dalam hati mereka, mereka mahu sahaja bersorak untuk Tok Aba.
"Mana cucu aku yang lain?! Aku mahu mereka!!" Wanita itu cuba untuk mengubah topik apabila dia kalah dalan perbalahan dengan Tok Aba.
"Kau jangan nak tukar topik! Aku tahu kau nak lari, dasar pengecut!" kata Tok Aba pula.
"Aku sudah membayar peguam untuk mengambil cucu-cucu aku! Jumpa aku di mahkamah!" Wanita tua itu melemparkan sekeping kertas ke muka Tok Aba sebelum berlalu pergi, Tok Aba menatap tajam ke arah wanita tua itu.
"Hebatlah," puji Blaze.
"Kan, kan?" Taufan menyetujui pendapat Blaze.
"Atok, rehat tok." Gempa menolak lembut Tok Aba untuk duduk di atas sofa, cuba untuk menenangkan lelaki tua itu.
Tok Aba mengeluh berat, mahu naik darah tinggi kalau bergaduh dengan nenek tua itu. Tok Aba mengambil nafas yang sangat dalam dan cuba menenangkan dirinya. Gempa mengambil kertas tersebut dari Tok Aba dan membacanya.
"Perbicaraan mahkamah adalah bulan depan," kata Gempa.
"Patut ke kita ambil peguam juga?" soal Taufan.
"Mestilah, kalau tanpa peguam takkan boleh menang punya." Halilintar mencelah.
"Tapi jika tidak berjaya macam mana? Aku.. Aku tak mahu tinggal di sana!" bantah Blaze.
"Kamu jangan risau, kita cuba sedaya upaya. Atok tahu kami dan adik-adik kamu tidak mahu duduk di sana," kata Tok Aba, Blaze sekadar menganggukkan kepalanya.
"Rasanya Taufan mendapat idea," celah Taufan.
"Apa dia?" soal Gempa.
"Kita boleh buat laporan tentang penderaan yang mak Blaze lakukan," terang Taufan.
![](https://img.wattpad.com/cover/189783704-288-k514420.jpg)
YOU ARE READING
[C]Dramarama (BBB Elementals Malay Fanfiction)
FanficApa yang bakal terjadi apabila lelaki yang kau paling benci kembali dan membawa pulang 3 orang anak ke rumah kau? "Ini papa nak memperkenalkan, adik beradik baru kau." "Jangan haraplah aku nak duduk kat sini selamanya, kau bukannya adik beradik aku...