ONE

260 3 1
                                    

"MAAF PERMOHONAN ANDA DITOLAK"

Lama ditenung laptop yang menunjukkan email permohonannya untuk bekerja ditolak lagi. Ini dah masuk kali ke-15 dia memohon pekerjaan di beberapa buah syarikat. Akhirnya laptop itu ditutup. Wanita itu berjalan ke arah almari untuk menukar pakaiannya dan terus keluar dari rumah kecillnya menuju ke tempat kerja.

"Ehhh Fea, asal muka sedih kemain ni", tanya Myra sambil mencubit pipi sahabatnya itu. Wanita bernama Fea itu hanya membalas dengan sebuah senyuman.

"Takde ape lahh", balas Fea. Myra seperti biasa dapat mengagak sesuatu telah terjadi.

"Hmmm ni mesti kes kau tak dapat kerja kan", tanya Myra dapat meneka masalah sahabatnya.

Mana taknya, ni dah kali ke berapa sahabatnya itu memohon pekerjaan namun semua kena tolak. Seperti biasa Fea hanya tersenyum pahit ke arah Myra.

"Dah, dah tak nak sedih-sedih, dah tak cantik kawan aku sorang ni", kata Myra cuba menghiburkan kawannya.

"Aku okay je, tak yah risau la", balas Fea.

Adryana Sofea seorang gadis yang sentiasa ceria namun menyimpan seribu satu rahsia dan perasaan di sebalik senyuman di mukanya.

"Hi can I take you order", tanya Sofea kepada customer di depannya itu.

Sofea bekerja di sebuah cafe itu sudah hampir 5 tahun sejak dia mula belajar di universiti. Hanya Myra sahajalah yang mengambilnya bekerja di cafe itu. Walaupun gaji yang agak kecil, namun Fea tetap perlu bekerja untuk menampung hidupnya yang agak susah.

Sejak kehilangan ibu bapanya ketika dirinya masih kecil, hidup Sofea bergantung harapan dengan dirinya sendiri sahaja.

Hari-hari berlalu seperti biasa di cafe itu. Walaupun cafe itu tidak segah cafe² lain, customer tetap ada yang datang menikmati hidangan dan minuman yang sedap.

"Babe kau free tak malam ni", tanya Myra kepada Sofea yang gigih membersihkan meja makan.

"Aku?? Hmmm rasanya aku free je malam ni, apahal?", tanya Sofea.

"Teman aku boleh tak, nak jumpa client aku kat club", jawab Myra selamba.

"Club!! Kau ni agak-agak la ajak aku pergi tempat macam tu. Cuba kau kira, sejak 5 tahun aku kenal dan kerja kat sini berape kali je aku jejakkan kaki aku ke club", tanya Sofea kepada Myra.

Myra terus menggunakan jarinya untuk acah-acah mengira.

"Satu, dua, tiga, empat.... Hmm rasanya baru empat kali kau pergi, tu pun kena paksa", jawab Myra sambil ketawa.

"Dahtu, tak nak la aku pergi", balas Sofea.

Myra berjalan ke arah Sofea dengan muka comelnya.

"Tapi, tapi ni aku nak bincang pasal cafe ni, bukan saje-saje je. Boleh la please...", kata Myra mencuit lembut bahu Sofea.

"Ya, ya je kau pasal cafe, last, last kau tinggal aku sorang gak", kata Sofea merajuk.

"Tak, tak kalini aku tak tinggal kau dah, haritu urgent la aku kena balik", balas Myra lagi.

"Please~~", pinta Myra dengan muka sedih pulak.

"Yelah, yelah, tak yah nak buat muka sedih sangat", kata Sofea. Ingin sahaja dirinya mencubit bibir Myra yang memuncung semacam itu.

"Thank you Fea, you my one and only bestie, muah", balas Myra memberikan senyuman paling lebar kepada Sofea beserta flying kiss.

Di malam hari dekat jam 10.30 malam, mereka berdua bergerak menuju ke night club.

..........

Still With You (On Going)Where stories live. Discover now