TWENTY SEVEN

4 0 0
                                    

Setelah bersiap dengan sederhana, Sofea kembali ke ruang tamu. Lelaki itu sudah menunggunya, dan mereka pun keluar dari rumah.

Mereka menaiki sebuah kereta hitam yang menunggu di luar rumah. Perjalanan terasa sunyi, dengan hanya suara deruman enjin yang menemani. Sofea memandang keluar tingkap, cuba menenangkan fikiran yang masih kacau akibat malam sebelumnya. Dia tertanya-tanya, apa yang Haider rancang kali ini? Adakah dia akan cuba memujuknya lagi, atau ada sesuatu yang lebih besar di sebalik semua ini?

Kereta meluncur laju menuju destinasi yang tidak diketahui, dan Sofea hanya mampu menunggu dengan penuh debaran dan harapan bahawa apa pun yang terjadi, ia akan membawanya lebih dekat kepada jawapan yang dia perlukan.

Setelah beberapa lama dalam perjalanan yang sunyi, kereta yang dinaiki Sofea akhirnya memperlahankan kelajuannya. Sofea melihat pemandangan luar tingkap berubah menjadi lebih tenang dan damai, dengan pepohon hijau dan angin yang bertiup lembut membawa aroma laut. Hatinya mula merasa sedikit tenang melihat keindahan itu, walaupun masih ada sedikit keresahan dalam dirinya.

Kereta berhenti di hadapan sebuah hotel mewah yang terletak berdekatan dengan pantai. Hotel itu kelihatan tenang, dengan pemandangan laut yang indah di belakangnya. Sofea keluar dari kereta, menghirup udara segar yang membawa sedikit aroma asin dari laut. Anak buah Haider keluar dari kereta, mengangkat bagasi kecil yang disiapkan oleh Sofea dan mendekatinya.

Dari kejauhan seorang lelaki berpakaian santai menuju ke arah di mana Sofea sedang berdiri.

"Hey, I'm waiting for you," kata lelaki yang tidak lain tidak bukan semestinya Haider.

Sofea memandang ke arah Haider yang semakin mendekat, perasaan bercampur baur antara keraguan dan rasa ingin tahu. Senyuman kecil terukir di wajah Haider, kelihatan lebih santai dengan pakaian kasual yang jarang dilihat oleh Sofea sebelum ini.

Matanya memandang Haider bagaikan tertanya-tanya akan sesuatu. "Kenapa bawa aku ke sini?"

Haider tersenyum lebih lebar, menghulurkan tangan ke arah Sofea. "Nothing, just trying to get fresh air here."

Masih dalam keadaan ragu-ragu, Sofea tidak menyambut tangan Haider membuatkan Haider menarik lengan baju Sofea dan mereka mula berjalan menuju ke pantai. Angin laut yang sejuk menyapu wajah mereka, memberi sedikit kelegaan dari rasa resah yang bermain di hati Sofea. Langkah mereka perlahan, mengikuti alunan ombak yang berdesir lembut di tepi pantai.

Mereka berjalan dalam diam untuk seketika, hanya ditemani bunyi ombak dan kicauan burung laut yang berterbangan di atas kepala. Sofea sesekali mencuri pandang ke arah Haider, yang kelihatan tenang tetapi penuh dengan sesuatu yang ingin disampaikan.

Setelah beberapa minit, mereka tiba di sebuah pohon tua yang agak layu, namun masih teguh berdiri di tepi pantai. Haider berhenti, memandang ke arah pohon itu, sebelum mengajak Sofea duduk di bawahnya. Dengan perlahan, mereka duduk di atas pasir lembut, bersandar pada batang pohon yang kukuh.

Pemandangan lautan yang membentang di hadapan mereka begitu memukau. Matahari yang hampir tenggelam di kaki langit melukis warna-warna jingga dan merah muda di langit, menciptakan suasana yang damai dan romantis.

Haider duduk rapat di sebelah Sofea, namun masih ada jarak di antara mereka. Dia memandang lautan dengan tatapan yang tenang, seolah-olah merenung sesuatu yang jauh di dalam hatinya.

"Sofea," Haider akhirnya memecah keheningan, suaranya rendah dan serius. "Pernah tak kau terfikir tentang kita...?"

Sofea menoleh sedikit, memandang wajah Haider yang tampak lebih tenang dari sebelumnya. "Kita?"

Haider turut memandang ke arah Sofea. "Everything I have done to you...," kata Haider berhenti.

Sofea menarik nafas panjang, membiarkan udara segar mengisi paru-parunya cuba menenangkan dirinya sebelum kembali bersuara.

"I'm just thinking, is it worth it for you to get this revenge?," soal Sofea perlahan, suaranya sedikit bergetar.

Haider terdiam sejenak mendengar pertanyaan Sofea. Wajahnya yang tadi tenang berubah sedikit tegang, seolah-olah beban yang sudah lama dipikulnya kembali terasa. Dia menghela nafas panjang, memandang ke arah lautan yang luas, seakan-akan mencari jawapan di antara ombak yang berderu.

"Aku selalu fikir, that's the only way for me to happy," kata Haider akhirnya, suaranya rendah dan penuh keraguan. "But now... everything changed. Aku tak tahu sama ada semua ini berbaloi atau hanya akan buat kau lebih terluka."

Sofea memandang Haider dengan penuh simpati. Dia tahu lelaki di sebelahnya ini sudah melalui banyak kesakitan, dan mungkin dendam itu adalah satu-satunya cara Haider cuba mengekalkan rasa maruahnya. Namun, Sofea juga tahu bahawa dendam jarang sekali membawa kebahagiaan yang sebenar.

"Haider," Sofea memanggil dengan lembut, "Aku faham kenapa kau rasa perlu buat semua ni. Tapi kau juga kena tanya diri kau... apa yang akan tinggal untuk kau selepas semua ini selesai? Kalau kau hilangkan semua rasa benci tu, apa yang kau akan ada nanti?"

Haider memandang Sofea, mata mereka bertemu dalam satu pandangan yang penuh pengertian. Dia tahu Sofea bercakap benar. Dendam mungkin boleh memberi kepuasan seketika, tetapi ia juga boleh menghancurkan segala yang baik dalam hidupnya.

"Aku tak nak kau terjebak lebih dalam, Haider," sambung Sofea, suaranya sedikit bergetar. "Don't let this hurt you more."

Kata-kata Sofea menyentuh hati Haider. Untuk pertama kalinya dalam waktu yang lama, dia merasa dirinya terperangkap antara dua pilihan-meneruskan dendam yang telah lama dipendam atau melepaskannya demi sesuatu yang lebih berharga.

Haider menunduk, memandang pasir yang tersapu di kakinya. "Aku tak tahu kalau aku boleh lepaskan semua ni," katanya dengan jujur. "Tapi... kalau itu yang kau mahu... I will try."

Sofea tersenyum nipis mendengar jawapan Haider, perasaan lega perlahan-lahan mengisi hatinya. Tanpa berfikir panjang, dia bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah air pantai.

"Jom," kata Sofea menunjukkan jari terlunjuknya ke arah air laut yang jernih.

Haider terkejut sejenak tetapi tidak menolak. Dia mengikuti langkah Sofea yang sudah berlari kecil ke arah ombak yang menghempas pantai.

Sofea melangkah ke dalam air laut yang sejuk, merasakan ombak kecil menyapu kakinya. Dia memandang ke arah Haider yang berdiri di tepi pantai, ragu-ragu untuk menyertai.

"Haider, cepatlah!" Sofea memanggil dengan suara yang penuh semangat, memercikkan air ke arah Haider.

Haider tersenyum melihat Sofea. Untuk seketika, semua masalah dan kesedihan yang menghantui hidupnya kelihatan jauh, bagaikan ombak yang perlahan-lahan menjauh dari pantai. Dia akhirnya melangkah masuk ke dalam air, membiarkan perasaan ringan itu membawanya pergi sejenak.

Mereka berdua bermain-main di dalam air, melupakan segala-galanya. Ombak kecil yang datang dan pergi menambahkan lagi keseronokan mereka. Sofea memercikkan air ke arah Haider, dan Haider membalasnya dengan senyuman lebar yang jarang kelihatan. Gelak tawa mereka bergema di sepanjang pantai yang sepi itu.

Saat itu, di tengah-tengah lautan yang tenang dan di bawah langit yang cerah, mereka berdua merasakan sesuatu yang berbeza-kebahagiaan yang tidak dibayangi oleh masa lalu, dan seolah-olah semua masalah yang selama ini membebani mereka hilang dibawa angin laut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 16 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Still With You (On Going)Where stories live. Discover now