Mengurai Misteri Healing Pt 2

326 27 2
                                    

Hari 2

Faizal menyandar ke kerusi, tangannya naik ke atas cuba mengeliat meregangkan badan. Ergghhhhh payah sial. Dulu time sekolah, elokkk je aku stay sains sosial, dah apahal naik kolej aku pergi apply teknologi maklumat, apakejadah aku bukannya reti sangat bab-bab komputer ni

Faizal mengeluarkan kotak rokok dari laci mejanya kemudian dinyalakan sebatang. Filter rokok dikemamnya asap dibiar beralun naik dibazirkan. Jam sudah menunjukkan 10.45 malam, langit di luar sememangnya gelap, tanpa sekelumit awan. Sesekali dia akan menjeling ke arah Microsoft Word di skrin laptopnya. Pantek, berasap otak aku buat bendalah ni

Haah ek, mana-

Krekkk

Daun pintu terbuka dari luar, Kimi melangkah masuk ke dalam bilik, wajahnya kelu seperti muka ikan haruan yang baru ditarik pancing. Faizal memandang ke arah roommatenya yang berdiri tegak memandangnya

"Asal kau ni?"

Kimi hanya berdiri tegak di situ, wajahnya kosong, matanya seakan baru nampak sesuatu yang ngeri.

"Mai aku teka, hang nampak hantu" kata Faizal memusingkan kerusinya

"Dak mat, aku kena lagi teruk" kata Kimi

"Mona tak pakai make up?"

"Hoii, Mona Mona kita tak main noh haaa aku pukui hang satgi kot" kata Kimi mengangkat penumbuk

"Dah tu?"

Badan Kimi tiba-tiba menggeletar, bulu romanya naik meremang, segera dia mencapai kerusi kemudian duduk di sebelah Faizal. Tangannya menggagau kotak rokok di atas meja, kemudian dia keluarkan dan nyalakan sebatang. Tangannya menggeletar memegang rokok

"Teruk sangat kau ni"

"Aku... aku baru balik dari sebelah hang tau dak"

"Ahhh mampuihhh"

----------

10 minit lalu

"Nuurr sakitttt" rintih Zarif

"Alololo sayang sayang niii, tahan eh tahan tauuu, Zarif kuat kan?" Pujuk Nur

Kimi melepaskan nafas berat meluat, matanya sejak dari tadi hanya fokus pada luka Zarif di lengan kirinya, Kimi tekad yang dia takkan angkat kepala langsung nak tengok bedebah dua ekor depan dia ni

Zarif sedang duduk di atas katil, tangannya disuakan ke depan untuk dicuci oleh Kimi. Nur pula berdiri di atas lututnya di sebelah Zarif, menarik kepala Zarif kemudian dipeluk ke dadanya, tangannya mengusap rambut pipi dan jambang Zarif, cuba menenangkan buah hati yang sedang merintih di dadanya. Tangan kanan Zarif pula merangkul peluk bontot Nur, rapatkan koneknya ke badan Zarif

"Shh shh shh shh baby, sikit je lagi baby"

"Pantekk cepat la sikittt" kata Zarif

"Eh?" Nur memandang ke Zarif

"Aa..."

"I mean, cepat laaa, tak tahan dah ni sakittttt" sambung Zarif merintih di dada Nur

----------

"Barua tu buat teruk bakhangggg" kata Kimi

"Hang tau pastu time aku nak blah tu, dia halau aku, pantek betui, kita punya elok tolong dia"

"Kau pun kena jugak?" Tanya Faizal mengekek

"Maksud hang?" Kimi memandang Faizal pelik

"Kau kena harini, aku semalam kau tahu, benda sama jugak"

"Haaaaa hang tau ann lagu mana, herrrrr tak boleh aku geli geleman herghhh dah la laki ngan laki"

Faizal yang baru hentak mengetuk abu terhenti pergerakannya, kaku, mendengar komen terakhir dari Kimi tadi. Kau geli? Kau geli dengan orang gay? Itu kau nak cakap?

NURADLI ⚦: Sketsa Dunia BaruWhere stories live. Discover now