Stesen berikutnya, Sungai Petani ... sila pastikan tiada barang yang tertinggal ... mind your step
Bergema gerabak komuter dengan pengumuman tadi. Perlahan komuter ini berhenti di platform 2 Stesen KTM Sungai Petani, gerombolan manusia mulai berkerumun di pintu komuter menunggu ianya buka
Pchhh
Pintu automatik gerabak terbuka, memuntahkan isi dalamnya. Manusia mula berpusu-pusu keluar dari perut komuter. Sikit yang keluar, banyak yang masuk. Gerabak yang tadinya lenggang mulai padat. Bau hamis bercampur masam mengewap naik ke udara
Tenetengtenengteng
Pintu akan ditutup
Komuter bergerabak 4 tadi perlahan meluncur keluar dari stesen.
----------
Akmal
Zar, bilik kau ada siapa lagi duduk?
Takde siapa, Roslan dah pindah kan haritu
Elok
Felo gitau ada budak baru nak masuk
Sumbat masuk bilik kau ya
Ye la
Bukan aku boleh lawan felo pun
😑
Hakalah merajuk
Nanti aku belanja la nasi bungkus
Nasi bungkus je?
Bapak ahh kedekut sial
Pukul berapa dia masuk?
Dalam sejam dua gitu
Aku tengah tolong akak dia wakilkan daftar
Lawa siot💦💦💦
Kau tu asal ada burit semua kau kata lawa
Aku keluar dari chat kemudian menutup telefon, pandanganku teralih ke luar tingkap. Huh? Budak baru masuk eh? Lambat betul, intake ke berapa dia ni lambat sangat. Ah gi mampus la, bukan urusan aku nak tahu kenapa dia lambat masuk
Aku bangun kemudian memerhati sekeliling bilik. Kubikel bersaiz 10×10 ini mampu memuatkan 2 katil bujang, 2 loker serta 2 meja study. Sebelum ni aku tinggal bersama Roslan, namun dia dipanggil ke kolej impiannya, aku terpaksa lah tinggal berseorangan di dalam bilik ini. Nampaknya zaman bujang aku akan tamat tak lama lagi
Aku memeriksa kawasan katil sebelah dan di dalam lokernya, mencari sekiranya ada sampah-sampah yang perlu dikutip buang
Alright, bilik, clean. Aku? Aku mencium ketiak sendiri, bapak bau bacin sial. Aku menanggalkan pakaian serta mencapai alatan mandi. First impression perlulah elok, takkan aku nak jumpa budak baru dalam keadaan selekeh. Kang tiba-tiba akak dia yang datang, hilang la kredit aku
Aku mengetatkan tuala di pinggang bersedia untuk keluar, tanganku menggapai atas loker dan mengeluarkan sebatang rokok bersama lighter dari kotak
![](https://img.wattpad.com/cover/315701641-288-k681107.jpg)
YOU ARE READING
NURADLI ⚦: Sketsa Dunia Baru
RomanceKau tahu bila kau pertama kali pandang seorang perempuan tu, hati kau rasa... berbunga, rasa macam... "Cinta pandang pertama?" Kata Faizal mengusik "Ah kau, situ pulak kau fikir" aku meluku kepala Faizal Well, there's this girl "Nama saya Nur, selam...