Aku menyarung selimut ke badan Nur di katil. Setelah saja pulang tadi, aku buatkan maggi kari untuk dia makan. Seleranya tak kuat, dia hanya menjamah 3 suapan sahaja. Tak mengapa. Aku faham
"Zar, tengok ni, aku belikan untuk kau" kata Nur sambil mengeluarkan barang dari dalam beg PDI tadi
Nur menghulurkan baju kemeja hitam line merah yang baru saja dibelinya untukku. Dia teringat aku ya sewaktu di sana. Aku menyarung kemeja tersebut. Its fit
"Kau tahu eh saiz aku?" Kataku terharu
"Hehe aku tahu la saiz boyfriend aku" katanya tersengih
"Hotak kau, terima kasih Nur, aku appreciate sangat-sangat" kataku sambil mengusap rambutnya
"Jaga elok-elok tau, tu hadiah untuk persahabatan kita" kata Nur sambil menggoyangkan badannya
"Baik Nur, im gonna be proud when i wore this" kataku
"Hehe mana kiss aku?" Kata Nur tersengih
Amboi kau? Lain macam minta kiss eh
"Ye la ye la, sekali ni je okay?" Kataku memujuk Nur
Aku menarik kepalanya kemudian mencium lembut rambutnya, dalamnya aku doakan supaya dia selalu dalam keadaan selamat
"Eiiii bestnyeeeee, thats my boyfriend" kata Nur sambil menepuk-nepuk perlahan rambutku
"Again Nur, boyfriend kucing kau la"
Aku meletakkan tangan di tepi bahu Nur, Nur dari tadi tak lepas melihatku
Tok tok tok
"Masuk" kataku
Jirou yang baru saja pulang dari kerja memasuki kubikel bilik bersama Kimi dan Faizal.
"Eh Nur aku baru dengar apa jadi, kau okay?" Tanya Jirou yang duduk di sebelah Nur
"Aku okay je Jirou, zar selamatkan aku tadi tau, dia sepak-sepak anjing tadi kau tahu" kata Nur semangat
"Zar sepak anjing? Wah ini benda baru ni, kau tak cite aku pun tadi Zal?" Kata Jirou
"Mana aku tahu, patut la Zar ni halau aku ke stesen bas tu, dia nak jadi hero laa" kata Faizal
"Dah dah, tak boleh lama sini, lagi cepat habis, lagi bagus" kataku
"Nita dah tunggu dah"
Kami semua bergerak ke pintu. Ada urusan yang perlu diselesaikan. Ada hutang yang nak dikutip
"Zaaaarrr, kau nak tinggal aku ke?" Kata Nur mencemikkan muka
"Tak Nur, aku pergi kejap je, jangan risau eh?" Kataku menggosok rambutnya
"Takuut...." kata Nur perlahan sambil melorot ke dalam selimut
"Takpe, korang gi, aku teman Nur sini, Nur, kau boleh kalau aku teman?" Tanya Faizal
Nur mengangguk lemah
Aku sebenarnya tak sampai hati nak biarkan dia berseorangan malam ni, lepas tragedi tadi, harusnya dia trauma. Mujur Faizal ada. Kami bertiga keluar dari bilik, keluar dari asrama. Kini yang tinggal dalam bilik hanya Faizal dan Nur
"Kau okay?" Kata Faizal pada Nur
"Aku okay je, jangan risau" kata Nur
"Kau jangan risau, Zar tak marah kau, dia cuma risaukan kau, nasib baik kau selalu hantar gambar pada dia" kata Faizal sambil menampar-nampar pahanya mencari lighter
"Itu pun tak cukup la Zal" kata Nur perlahan
"Kalau tak cukup, kitorang tak jumpa kau" kata Faizal bersama rokok di bibir
YOU ARE READING
NURADLI ⚦: Sketsa Dunia Baru
RomansaKau tahu bila kau pertama kali pandang seorang perempuan tu, hati kau rasa... berbunga, rasa macam... "Cinta pandang pertama?" Kata Faizal mengusik "Ah kau, situ pulak kau fikir" aku meluku kepala Faizal Well, there's this girl "Nama saya Nur, selam...