Kau Syaitan, Zarif Azhar

394 22 6
                                    

"Zal, mana Zar ni?" Tanya Nur

Jam sudah menunjukkan 9.30 malam, sudah 10 jam Zarif keluar selepas dari masalah dengan Nur tadi. Nur cuba untuk call phone Zarif, namun ianya tak diangkat, whatsapp juga tak dibalas, dia sudah menanyakan pada Nita, Jirou, hatta Mus'ab juga perihal keberadaan Zarif, namun jawapan mereka semua sama

Mereka tak nampak Zarif langsung harini

Nur hanya mengerekot saja di katil sejak dari tadi, dia hanya bangun untuk minum.air dan mandi, selama 2 minggu ni, katil ini menjadi kawan baik tempat dia menangis, jangan la aku kena tidur menangis lagi malam ni, kata Nur di dalam hati

"Zaal, Zar tak gitau kau pape ke?" Tanya Nur

Faizal hanya menggeleng, itu saja yang dia mampu buat kerana sudah menyampah menjawab soalan yang sama setiap 10 minit, dia cuma nak baca buku novel dengan tenang

Pintu bilik dibuka, Nur yang kaget lantas bangun melihat ke pintu. Hatinya melonjak gembira, ZAAARRR!!

"Hang awat tak balik bilik lagi barua?" Kata Kimi yang baru masuk ke bilik

"Aku kena asuh budak ni jap, eh lepak aa" balas Faizal

"Eeiiiiii kau niiii, aku nak Zariff laaaaa!!" Nur melempar sandal ke kaki Kimi

"Woii woiii, awat pulak hang nii"

----------

Aku bersandar ke tepi kereta, santai malam ni, jam baru pukul 8.45 malam, asap toksik berkepulan naik dari bibir yang masih berminyak. Steak Wagyu A5 potongan Sirloin yang aku ratah tadi sememangnya memuaskan hati. Dah lama aku tak habiskan ribuan ringgit untuk hanya seorang makan. Mujur berbaloi pada harganya. Makanan sebegini menjadi kebiasaan untuk orang yang berpendapatan setaraf dengan aku. Sesekali, aku perlu kembali ke pucuk pokok setelah lama di tanah

Pemandangan kotaraya Kuala Lumpur sungguh indah malam ni, aku memarkir kereta di tepi jalan lereng Bukit Ampang. Limpahan cahaya mencemar kekelaman malam di lubuk duit ini. Deretan lampu setiap bangunan bertebaran, bersama 2 batang cahaya yang lebih tinggi dari yang lain. KLCC huh, lama aku tak pergi situ

"With all this potential, saya boleh jamin, company kami boleh jadi tempat terbaik untuk Encik Zarif melaburkan asset encik" kata Sazali

"Fixed 25% monthly huh? Thats really high, macam mana kau boleh untuk bayar investor that amount of money" kataku membelek helaian kertas di meja

"Macam Encik boleh tengok sekeliling ni, KLCC, bangunan Tabung Haji, semua tu, diorang semua ni dibuka sebagai sewaan, syarikat kami jugak ada buat sewaan bangunan macam ni, tapi kami buat di Utara Malaysia"

"Cara kami boleh distribute profit dengan menggunakan kaedah REITS, Di mana kami akan keluarkan"

"Ya ya aku tahu REITS, 90% blah blah, bangunan hospital, blah blah, giberrish semua tu, skip ahead"

"Saya berani janji pada Encik Zarif, cik cuba invest dulu, minimum untuk invest pada kami RM10000 saja dulu pun takpa, cik tahu kalau cik invest 10k sekarang setiap tahu-"

Aku sebenarnya dah dapat hidu apa yang Sazali borakkan haritu semuanya adalah kelentong, bilamana dia keluarkan ayat "kaedah REITS" tu aku dah nampak, REITS bukan kaedah, dumbass, its a type of investment. Aku mungkin pelajaran setakat SPM, tapi aku tak bodoh.

Sepanjang sejam kami di Starbucks SOGO, bermacam-macam benda yang diluakkan oleh Si Sazali untuk convince aku masuk ke perangkapnya. Aku pun pasangkan topeng muka berminat. Cuma dalam kepala aku, aku ada perancangan lain, badan aku dah lama tagihkan tangisan manusia

Selepas dari pertemuan kami, aku melaburkan sebanyak RM50000 dalam skim Sazali. 2 bulan pertama, aku mendapat dividen sebanyak RM12500 sebulan. Well, baru 50% dia bayar. Bulan ketiga, Sazali mula call memberitahu yang company dia ada masalah, beberapa kali untuk 4 bulan selepas itu, beribu alasan diberi untuk menjawab mengapa dia boleh bayar lagi. Masalah di bank la, cek kena tendang la, salah nombor account la, sehinggalah suatu hari pada bulan ketujuh dia gak bayar dividen

NURADLI ⚦: Sketsa Dunia BaruWhere stories live. Discover now