Nur POV
"Nur, its okay, jangan risau ya?" Kata Zar tersenyum
"Aku dah move on"
"Woi nyah!!" Jerit Dila
Aku tersentak semula dari lamunan, pen yang sedari tadi diimbang di atas bibir jatuh ke lantai, alah dah kotor, tak boleh imbang dah. Aku memandang Dila di sebelah yang menongkat dagu memandangku. Apahal minah ni, kacau je ish
"Asal kau ni nyah?" Tanyaku bangun sambil menggapai pen di lantai
"Kitorang borak dengan kau dari tadi lagi, tapi kau ni tah jauh terbang ke mana dah aku pun tak tahu" kata Dila
Oh haah ek, aku baru teringat yang aku di kelas sekarang ni, kelas Sir Adam, kelas pertama selepas cuti midsem ni. Kami sedang menunggu Sir Adam sampai. Adeh, Zar la ni, dia yang buat aku terbang merata aduhai
"Asal?" Tanyaku memandang Dhiya di hadapan
"Kitorang nak gi library japgi, untuk assignment Miss Liu, nak ikut tak?" Kata Dila
"Emm... bila tu?" Kataku mengambil phone dari dalam beg
"Lepas kelas ni la, asal? Kau ada kerja lain ke nak buat?"
"Emmm jap jap aku check"
Sekarang.... pukul 10, kelas habis 11.30 eh, hmmm kalau nak ikut diorang, baik aku beli jajan sikit buat alas perut dulu. Hmmmm Zar ada kelas tak ehhh, kalau dia takde, mesti dia ada di dorm, kalau gitu malas laaa aku nak ikut diorang
Oh.....
Zar ada kelas pukul 11 sampai 1, alahhh, aku baru nak lepak dengan Zar, aishh, rindu la boyfriend sorang ni, ceh kau ni Adli, padahal baru pagi tadi kau gerak Zar bangun tidur haiyaa.
Zar habis kelas pukul 1..... hmm aku nak lunch dengan dia la japgi, tapi kafe paling dekat dengan library pun di FS, jauh juga tu kena turun bukit. Hmm tapi aku nak lunch dengan Zar
Aku membuka aplikasi whatsapp menekan chat Zar yang dipinkan paling atas
ZAR💕💕
Zarr😘😘
Dah bangun ke?
Kau ada kelas kan japgi?
Jangan ponteng ehYe aku dah bangun la ni
😒Alaa aku tanya je
Jangan la marah cinta🥲Hah asal ni?
Japgi jom lunch sekali nak?
Tapi aku lepak library japgi...
Nak lunch ngan boyfriend🥲🥲🥲Habis kelas japgi aku pickup
Kau dah la pakai kasut tumit
Jangan nak ngada jalan jauh
Tunggu aku japgiSweeetnyaaaaa boyfriend sorang niiii, nak pickup aku di library. Ishh dah la dia tahu aku pakai wedges harini. Asal ehh, asal ehh sweet sangat ni Zarif Azhar??? Ishh caringnyaaa roommate aku ni, haihh makin hari, makin cair aku dengan dia, aku memeluk phone ke dada kemudian menggoyangkan kaki atas dan bawah
YOU ARE READING
NURADLI ⚦: Sketsa Dunia Baru
RomanceKau tahu bila kau pertama kali pandang seorang perempuan tu, hati kau rasa... berbunga, rasa macam... "Cinta pandang pertama?" Kata Faizal mengusik "Ah kau, situ pulak kau fikir" aku meluku kepala Faizal Well, there's this girl "Nama saya Nur, selam...