"Zaaar, diorang ada lagi kat situ" kata Nur sambil melihat ke belakang
Aku mengerling ke cermin belakang, ya betul, Nissan Almera tu masih berada tak jauh dari kami. Aku menekan minyak sedikit lagi untuk menambah kelajuan
Aku tap kad touch n go kemudian meneruskan perjalanan. Kami memasuki Lebuhraya PLUS. Nur yang sedikit aneh memandang ke luar
"Zar, kita datang tadi takde highway kan?"
Aku hanya diam memandang ke depan. Memang betul pun, kolej kami dekat sahaja dengan tempat lepak kami tadi, tapi sekarang kami sudah jauh dari kolej menuju ke arah selatan tanah air
"Nur, aku nak tau something boleh?" Tanyaku memecah kesunyian
"Apa?" Jawan Nur pendek
"Kau tahu kereta Nissan Almera WJK29XX" Tanyaku sambil mengerling ke cermin pandang belakang
Nur diam sebentar. Jari jemarinya bergerak-gerak menunjukkan dia takut untuk menjawab
"Kau tahu kan?" Tanyaku sekali lagi
Nur mengangguk
"Kereta diorang kan?"
Nur mengangguk lagi
"Kau jangan panik, tenang saja di situ, jangan buat keputusan tergopoh gapah" kataku pada Nur
"Asal Zar?" Tanya Nur kerisauan
"Diorang follow kita"
Nissan Almera tadi semakin merapat. Mereka kini hanya berjarak 1 kereta dari kami. Highway agak pesat malam ni memghala ke selatan
"Kita nak gi mana ni Zar?" Tanya Nur risau
"Aku taknak balik kolej lagi, kang kalau diorang nampak kita masuk kolej, kantoi la kau study situ" kataku memandang ke depan
"Ouh..."
"Aku teka je ni, kau taknak diorang tahu kan?" Tanyaku mengerling ke arah Nur
"Haah, please jangan bagi diorang tahu Zar" katanya dengan nada takut
Aku tersenyum pada Nur, pemumbukku diletakkan di atas kepalanya
"Well, looks like kita kena extend la sikit masa and coverage outing kita kali ni"
Kami melintasi Exit Ainsdale. Nampaknya kami masih belum terlepas, Almera tadi masih lagi di belakang. Lebuh raya mulai lenggang sedikit. Almera tadi mula menyucuk ke belakang kami. Aku menggenggam kuat leather stereng
"Nur, aku nak tanya something boleh?" Tanyaku
"Asal tu? Tanya la" jawab Nur
"Siapa diorang ni?"
Nur diam. Wajahnya menunjukkan berat untuk dia jawab
"Nevermind, kau jawab bila kau rasa boleh nanti" aku memandang ke depan
Siapa mereka ni masih lagi menjadi misteri padaku. Tapi aku assume yang mereka ni pernah beri kenangan hitam pada Nur. Masakan tidak dia reaksi seperti tadi
"Kay tu cekap tak drive?" Tanyaku
"Tak" jawab Nur
"Asal?" Tanyaku lagi
"Dia banyak kali accident, sebab tu mak dia belikan kereta yang murah je untuk dia"
"Almera korang anggap murah?" Tanyaku terperanjat
"Mana aku tahuuu, aku dengar diorang cakap je, aku mana tahu sangat pasal kereta" jawab Nur membela diri
Aku tersenyum sambil memperbetulkan kedudukan tangan di stereng. Tangan kiriku menggapai tombol kawalan suhu aircond kemudian mematikannya. Kemudian membuka sedikit tingkap di sebelah Nur. Nur sedari tadi memerhati aku sambil mengangkat sebelah keningnya

YOU ARE READING
NURADLI ⚦: Sketsa Dunia Baru
Roman d'amourKau tahu bila kau pertama kali pandang seorang perempuan tu, hati kau rasa... berbunga, rasa macam... "Cinta pandang pertama?" Kata Faizal mengusik "Ah kau, situ pulak kau fikir" aku meluku kepala Faizal Well, there's this girl "Nama saya Nur, selam...