Aku memasukkan laptop ke dalam beg galas. Setelah memastikan kesemua suis dan plug telah ditutup. Loker dikunci dengan baik. Aku duduk di katil menunggu Nur siap
"Siaaapppp" Nur menarik dua luggage bag bersamanya sambil mengelap peluh
"Engkau ni nak ikut aku atau nak pergi haji sebenarnya ni?" Kataku kaget
"Alaa baju aku banyak la, kau macam tak tahu pulak" kata Nur duduk di sebelahku
Pintu bilik terbuka, Faizal masuk bersama satu beg camping 70liter di belakangnya
"Ini sorang lagi, kau nak gi camping ke?" Tanyaku dengan nada gurau
"Haih, bawak baju bukan main banyak lagi, tengok macam aku, simple, bawak laptop, habis, tu je" kataku mengangkat bag laptop
"Kitorang mana ada baju di rumah kau gampang" kata Faizal
"Dah, takde pape dah kan? Jom la, Jirou kata dia tunggu di kereta" kataku bangun
Aku menarik kedua-dua beg luggage Nur. Nur menutup suis kemudian mengunci pintu bilik. Kami bertiga berjalan menuju ke parkir kereta.
----------
Kereta kami meluncur laju di atas Lebuhraya PLUS. Aku memandu sambil berasap bagi menghilangkan mengantuk. Faizal dan Jirou di belakang sudah berdengkur tidur sejak dari keluar exit Nilai tadi. Nur pula sedang asyik melihat ke luar sambil makan Mr Potato. Katanya dia tak pernah pergi ke kawasan utara Malaysia
Harini hari rabu, kolej kami mula bercuti midsem pada jumaat ni. Aku dan Jirou sepatutnya masih ada satu lagi kelas pada petang Khamis. Tapi setelah puas kami pujuk Sir Kauthar, akhirnya dia tunda kelas tu ke lepas cuti
"Kau series la nak gi rumah aku ni?"
"Iyeeee, bosan laa takde kau" kata Nur sambil mengeliat di kerusi study
"Asal tak balik Kuantan?" Tanyaku pelik
"Aku balik sana takde kawan Zar, kawan-kawan aku kat sini je"
"Dah tu, duduk la sini?" Kataku sarkastik
"Eiii, kau series la nak tinggal aku sini sorang-sorang?" Kata Nur yang bangun menggoyang bahuku
Jadi akhirnya, Nur ikut aku pulang ke rumahku di Ipoh. Haih, bila difikirkan balik, bahaya jika aku tinggal Nur sorang di kolej, kalau apa-apa jadi, siapa nak tolong dia?
Kami dalam perjalanan pulang ke rumahku di Ipoh, awalnya jika aku balik sorang, aku akan tidur di rumah parent di Teluk Intan, tapi diorang pun takde seminggu ni sebab gi honeymoon ke Bali. Dah tua-tua anak keluar rumah baru la nak ada masa untuk berdua laki bini
Faizal dan Jirou juga tak balik, Jirou kerana padanya tak berbaloi untuk pulang ke Sarawak hanya untuk cuti seminggu. Faizal pulak katanya nak ikut sbab dia nak gi ke Penang jumpa kawannya nanti. Sehala la sebab aku nak gi lawat kedai Amirul sekali
"Sikit" aku meletakkan tangan di paha Nur
"Buka mulut aaaaa" Nur cuba menyuakan potato chips ke mulut aku
"Engkau ni, aku tengah drive ni" aku mencubit pahanya
"Alah, asal takleh suap?" Katanya
"Kau suap, aku tak nampak tangan kau kat mana, kang kalau masuk lubang hidung?"
"Aku korekkan hehe" kata Nur tersengih
"Eh tak senonoh budak ni" aku menjentik paha Nur
Nur meletakkan beberapa keping chips di tanganku. Aku kemudian menyuap satu persatu
YOU ARE READING
NURADLI ⚦: Sketsa Dunia Baru
RomansaKau tahu bila kau pertama kali pandang seorang perempuan tu, hati kau rasa... berbunga, rasa macam... "Cinta pandang pertama?" Kata Faizal mengusik "Ah kau, situ pulak kau fikir" aku meluku kepala Faizal Well, there's this girl "Nama saya Nur, selam...