"Zar.... gementar laa" Nur memegang tanganku di tombol gear
"Lah? Asal pulak kau ni?" Aku memandang Nur pelik
"Kau suruh aku pakai lawa-lawa ni... nak jumpa family kau ke?"
"Bukan lah kau ni haih"
"Macam mana kalau diorang tak restu hubungan kita?" Nur memusingkan badannya menghadapku
Bukan la gilee haaa kau ni amekkau" aku menjentik dahinya
"Addededehhh habisss? Kita nak gi mana ni?" Kata Nur sambil menggosok dahinya
"Kita nak gi kedai aku jap, tapi yang kat Kulim punya"
"Wowwwwwww nakkk nakkkk, aku nak tengok tempat boyfriend aku kerjaaaaaa" mata Nur bersinar mendengarkan itu
"Ah kau, kita gi sekejap je pun, aku nak borak-borak sikit lepastu kita blah la"
Aku, Faizal dan Jirou berdiri di sebelah kereta sambil mencucuh rokok, kami baru saja sampai ke cawangan kedai aku di Kulim, ZA Sub Maju yang merupakan kedai percetakan baju jersi sublimation terbesar di utara Malaysia. Kedai aku berkeluasan 3 shoplot 3 tingkat.
Selepas habis SPM, aku kerja part time di sebuah kedai makan di Teluk Intan. 4 bulan bekerja, aku berjaya kumpul hampir RM3000, berkat kelas dan tunjuk ajar dari FB, aku beli mesin heatpress pertama aku. Dari situ bisnes aku berkembang, siang malam ada saja kerja aku buat, design brand sendiri, design ikut cita rasa sendiri. Asal ada event je, aku akan join, ada isu? Aku print baju, event politik? Aku jual, event motor? Aku pergi buka tapak untuk jual
Aku diberikan akal fikiran yang tajam dalam hal bisnes, ada saja peluang atau lubang yang aku dapat masuk, aku akan perah otak macam mana untuk buat duit di situ
Cash is king, you gotta admit it
Semuanya berjalan dengan lancar, bisnes aku sewaktu itu masih lagi bersih
Sehinggalah
----------
3 tahun lalu
Dushh
Ahh fuck sakit sial kau tumbuk, aku mengesat pipi yang masih panas, seraya aku uppercut lelaki baju hitam yang merapat ke arahku. Lelaki tadi melangut ke atas sambil mengerang, aku segera jacked perutnya hingga dia jatuh terpelanting masuk ke dalam longkang belakang. Offf air situ hitam mat
How do i get into this?
Semuanya berlaku 20 minit yang lalu. Aku sekarang ada di Kulim, hantar t-shirt family day sepupu aku, dah alang-alang sedara sendiri yang order, aku pilih untuk hantar sendiri instead of pos
So, aku keluar dari 7e, baru beli rokok dan air, dalam perjalanan pergi ke van niaga aku, aku terserempak dengan segerombolan manusia di lorong belakang kedai. Lebih kurang 10 orang sedang pukul seorang lelaki berkemeja putih di tengah, badannya terhuyung hayang ditolak dan sepak oleh 10 orang tadi
Untuk orang yang normal, selalunya mereka akan buat tak tahu saja, bukan urusan mereka untuk dimasuk campur, ataupun tindakan yang lebih berakal ialah dengan cabut lari selamatkan diri.
Tapi entah kenapa, akal aku mungkin dah terbang keluar dari jasad. Sama seperti macam mana aku flying kick lelaki yang terdekat dengan aku. Rakan-rakannya yang terkejut akan kehadiran aku segera meluru ke arah aku. Cuba menghayun penumbuk kosong, aku elak, tumbuk balik diorang
Keadaan berlarutan sehinggalah lawan aku yang ke-3, yang tadi tu, yang baru kena jacked masuk longkang. Aku mengesat air peluh di dagu kepenatan. Aku berpusing ke belakang mencari lelaki kemeja putih tadi. Macam mana keadaan dia?
YOU ARE READING
NURADLI ⚦: Sketsa Dunia Baru
RomanceKau tahu bila kau pertama kali pandang seorang perempuan tu, hati kau rasa... berbunga, rasa macam... "Cinta pandang pertama?" Kata Faizal mengusik "Ah kau, situ pulak kau fikir" aku meluku kepala Faizal Well, there's this girl "Nama saya Nur, selam...