"Zarr slow Zar, jangan kalut" kata Faizal di seat sebelah
Aku tak mengendahkan dia sebagai mana aku tak kisah dengan kereta-kereta di atas highway sekarang. Jarum meter kereta bermain-main di nombor 200km/j. Di atas Highway Plus menghala selatan, sebuah Honda Civic Type R memecut laju membelah malam. Adrenalineku memuncak setinggi yang boleh, amuk aku tak tertahan, aku mengetap gigi menahan dari makian keluar pada Faizal
"Nur ada dengan kau ke sekarang? Sebab tadi aku curi dengar diorang borak"
"Diorang kata padan muka bapok tu, pepandai dia cari jalan balik ke sini" tambah Nita
"Dont tell me yang bapok diorang sebut tu...."
Aku meletakkan panggilan dengan tangan yang bergetar
PUKIMAKKKK jeritku dari hati
"Zar tenang Zar, be rational, duduk dulu" kata Faizal mengangkat tangannya ke depan menyuruhku bertenang
"Macam mana aku nak tenang sial, diorang tinggal Nur sensorang kat Melaka!!, Melaka tu babi!!" Aku menjerkah ke muka Faizal
"Aku tahu, aku tahu Zar, be rational okay? Kita dah tahu dia kat mana"
"Diorang tinggal dia kat Melaka siall!" Aku mengacu penumbuk ke arah Faizal
Namun refleks Faizal sangat laju, sekejap sahaja tangannya menangkap pergelangan tanganku manakala sebelah lagi menarik bahu kiriku kemudian menarik ke bawah. Kemudian lututnya ditujah terus ke abdomen. Aku yang senak jatuh ke lantai menggelupur. Faizal melutut kemudian mencengkam kepalaku dan mengangkat meletakkan ke depan mukanya
"Kau dengar apa aku nak cakap ni Zarif, kau dengar aku takkan ulang dah" kata Faizal keras
Aku menggangguk
"Be rational, sekarang bukan masa nak mengamuk, kau nak mengamuk, mengamuk lepas kita jumpa Nur jap lagi"
"Sekarang, aku nak kau jadi seorang yang waras. Kita amik kereta kau, kita gi Melaka, sini nak ke sana tak sampai 2 jam, sekarang ni Melaka memang jammed, aku ikut kau, aku tahu selok belok situ" Faizal mengeraskan cengkamannya
"Sekarang ni, kita gi selamatkan Nur dulu, kau nak emo, lantak kau, aku taknak kau jadi macam aku dulu bertindak ikut hati. Kau selamatkan Nur dulu, itu yang penting, perasaan kau, kau letak nombor dua" tambah Faizal lagi
"Faham?" Aku mengangguk
"Kau faham tak barua?" Faizal menguatkan lagi cengkaman kepalaku
"Faham!"
"Dah jom gerak, ambik sekali selimut Nur, you gonna need it"
Ah aku lupa kudrat mamat ni bukan seperti manusia biasa
"Kau tahu Zal, benda apa paling aku risau?" Kataku memecahkan kesunyian kereta
"Amende?" Tanya Faizal
"Nur gitau aku waktu kitorang keluar beli baju, dia fobia dengan sesat, dia pernah hilang dalam crowd"
"Sampai sekarang, kesan fobia tu, dia tak pandai dalam berjalan, dia tak tahu baca map, tak ingat jalan yang pernah lalu, takut nak berjalan sorang"
"Sebab tu dia...." aku cuba mengumpul nafas
"Sabar, tarik nafas dalam-dalam" kata Faizal
"Sebab tu dia kalau jalan dengan aku, dia akan pegang tangan, dia takut hilang lagi" kataku
----------
11.10 malam
Kami memasuki simpang sebelum masuk ke kawasan parkir Aeon. Faizal menyuruh aku parkir di luar supaya senang untuk kereta keluar parkir tanpa perlu bayar tiket. Kami bergegas keluar dari kereta menuju ke bangunan Aeon. Aku mencuba call nombor Nur, masih tiada jawapan, fuck!!!
![](https://img.wattpad.com/cover/315701641-288-k681107.jpg)
YOU ARE READING
NURADLI ⚦: Sketsa Dunia Baru
RomantiekKau tahu bila kau pertama kali pandang seorang perempuan tu, hati kau rasa... berbunga, rasa macam... "Cinta pandang pertama?" Kata Faizal mengusik "Ah kau, situ pulak kau fikir" aku meluku kepala Faizal Well, there's this girl "Nama saya Nur, selam...