Angin sepoi bertiup lembut di kafe, suasana kafe FE tidak terlalu ramai waktu tengahari, sabtu kan? Samada orang masih tidur, atau ada yang keluar lepak. Jirou dan Kimi keluar bersama girlfriend. Jadi tinggal la kami bertiga yang masih single ni makan tengahhari di kafe. Aku dan Faizal bertukar pandangan. Kami berdua berfikir benda yang sama
"Kau ni berapa bulan sial tak makan?" Kata Faizal memandang Nur
Nur yang baru saja duduk hanya tersengih melihat kami, di hadapannya terletak pinggan berisi nasi yang menggunung, ayam goreng dua ketul, labu masak lemak, serta telur goreng sehiris. Setelah menyinsing lengan baju, bagaikan singa meratah bangkai, Nur terjun ke dalam nasi.
"Kau ni dayus la Zar" kata Faizal
Urghh
"Apahal pulak kau nak babit aku dayus ni bongok?" Jawabku setelah minum air dek tersedak
"Bini kau lapar ni haa, kau tak bagi makan sampai berapa hari?" Sakat Faizal
"Weeeeeiiiiii" Nur menendang kaki Faizal di bawah meja
Gampang betul ayat dia ni
"Hotak kau tak bagi makan, aku beli je, dia ni yang taknak makan, dah dua hari Kimi tu makan free makanan yang aku belikan untuk mamat ni"
"Ohh dah mengaku la ni bini kau?" Kata Faizal tersengih
"Si bodoh ni karang! ... haa kau jangan nak menambah pulak eh" kataku menjegil mata ke Nur
"Alaa aku tak kata apa pun, asal aku kena lak?"
Setelah bangun dari tidur tadi (bangun tu aku masih ngantuk sialla tak cukup tidur) Nur mengajak untuk makan di kafe, selepas ni kami nak ke blok putri untuk Nur ambil assignment dari classmate dia.
Syukur, harini mood Nur dah kembali normal, aku dah mati akal macam mana nak pujuk dia. Kalau dia makwe aku takpe la jugak, ini member je pun nak buat teknik terlarang tak boleh. Aku pun sebenarnya confius nak pujuk dia cara laki atau cara perempuan
"Oii minah ronggeng! Kau gi mana siak lama tak datang kelas" tegur Dila yang tiba-tiba muncul di sebelah
Uhukk sedak Nur yang sedang mengunyah makanan
"Kau nii, aku tengah mengunyah ni nyahh" kata Nur
"Alololo syiannya tersedak? Nak aku tampar-tampar tak?" Usik Dila
"Hoi, hoi, kau nak tampar-tampar orang pulak, pakwe dia depan kau je tu" kata Dhiya
"Pale hotak kau pakwe, baaangang" kataku membuat mata menyampah
"Hai Dhiya" kata Faizal
"Eh Faizal, emm aaa haiiii, kau sihatt??"
Aku memandang mata Nur, Nur yang seakan faham menyengetkan kepalanya ke kanan mengajak pergi. Kami berdua bangun dari kerusi
"Hoi! Nak gi mana?" Kata Faizal
"Kitorang blah la, malas nak kacau korang couple nak date" kataku
"Bukan la bodohhh" kata Faizal
Kraangg kedengaran harapan Dhiya berkecai
----------
"Asal kau lama tak masuk kelas? Madam cari do" kata Dila menyedut air sirap
"Eerr.... aku.... aa... aku...." Nur yang ragu-ragu untuk jawab memandang ke arah aku
Haih kau ni, itu pun nak aku tolong
"Nur balik Kuantan haritu, ada hal family jap" kataku bersahaja
"Lah, asal tu? Okay tak tu?" Tanya Dila menumpukan perhatian
![](https://img.wattpad.com/cover/315701641-288-k681107.jpg)
YOU ARE READING
NURADLI ⚦: Sketsa Dunia Baru
RomanceKau tahu bila kau pertama kali pandang seorang perempuan tu, hati kau rasa... berbunga, rasa macam... "Cinta pandang pertama?" Kata Faizal mengusik "Ah kau, situ pulak kau fikir" aku meluku kepala Faizal Well, there's this girl "Nama saya Nur, selam...