"Jaemin,kau ingat tak perempuan yang pernah aku cerita dulu?"

"Oh yang Karina tu ke. Kenapa? Dah memang aku ingatlah sebab kau selalu cerita pasal dia je. Kau jarang sekali cerita pasal Mia even Mia tu tunang kau."

See? Sepupu dia sendiri perasan Jeno lebih suka story pasal perempuan lain berbanding tunang sendiri.

"Hm,dia lah. Dia menghilang dah selama 3 tahun pun sebab sambung belajar kat mana pun aku tak tahu,semua contact dia even kawan baik dia pun tak tahu apa apa. "

"Kau ada buat apa apa ke sampai dia tekad menghilangkan diri dari kau?"

Jeno hanya menggeleng. Tahu tahu dah takde kat Korea. Mananya dia tak pelik.

"Bukan kau bagitahu aku haritu dia sukakan kau? Mungkin ada sesuatu yang berlaku sebab tu dia bawak diri?"

"Takkan lah sebab dia jealous dengan Mia? Nonsense!"

"Mungkin lebih dari tu?"

"Aku ingat aku nak cari dia,sebab haritu dia ada tinggalkan nama English dia yang orang lain tak tahu."

"Kau tahu?"

"Reyna Evelyn"

Jeno hanya tersenyum.

.
.

"Reyna, i ada assignment tau nak kena settle harini. You nak balik or nak tunggu i?"

"Hm,i tunggu je lah. Tak lama kan? Lagipun assignment i dah siap,so i bosan kalau duduk kat rumah tu lama lama. Kalau tidur je,lemah badan pulak"

"Hm yelah. Tak lama pun,dalam 1 jam or 2 jam gitu je. Sebab dah nak final preparation so sikit jelah. You duduk jelah situ dulu,kalau nak apa apa panggil i tau"

"Iyalah Jiwoong sayang,i dengar. Takyah nak membebel sangat !"

.
.
"Kau seriuslah nak cari dia sampai ke Kanada tu?"

"Seriuslah,kalau tak aku takkan cari dia lah. Aku nak jumpa dia,perlukan perjelasan dia dengan lebih kukuh kenapa pergi macam tu je. Aku tak rasa alasan pergi kesana hanya untuk belajar"

"Jen,perlu ke kau ganggu fikiran kau dengan menda ceni? Kau dan Mia akan berkahwin dalam masa 2 minggu lagi. Itupun wife aku si Minju yang dengar dari mak kau."

Langkah Jeno terhenti.

"Perlu ke?"

Jeno lantas menanggalkan cincin di jari manisnya itu dan memberikan kepada Jaemin.

"Aku nak putuskan pertunangan ni. Tolong bagitahu mama aku ,aku tak mampu teruskan semua ni."

Terkesima Jaemin mendengar jawapan sepupunya itu. Mampus lah dia lepas ni kena bebel dengan Mama Lee.

"Lee Jeno kalau tak buat hal tak sah"

Jaemin menggeleng perlahan ,dia sendiri pun tak tahu nak handle macam mana lagi dengan sepupunya yang seorang ini. Pelik punya perangai,suka buat decision melulu begitulah.

.
.
tbc

(C) Meet You AgainWhere stories live. Discover now