1

10 0 0
                                    

" jam brpa balik ? " Bunga menyoal Zatul yang belum balik bilik walaupun hampir maghrib.

" mlm kot , aku ada meeting dgn discussions mlm ni di library " Zatul menjawab soalan Bunga dengan suara yang paling perlahan dia boleh memandangkan dia kini di perpustakaan.

" klw otw balik tu bgitau la , mlm bahaya sendiri2 , klw ada kawan lagi bagus " Bunga berpesan

" baik la Cik Bunga "

panggilan ditamatkan.

Zatul menutup laptop nya , tiba2 perut rasa lapar pula. Dia bercadang untuk ke Orange mencari santapan.

Setibanya di Orange , dia pergi ke bahagian maggi cup , dia bercadang untuk makan maggi atau lebih tepat mencari sesutu yang hangat memandangkan hujan sejak tengah hari tadi.

Dia mencari maggi laksa iaitu perisa yang dia paling minat. Dia bersyukur sangat masih ada satu cup terakhir untuk maggi laksa tersisa untuknya. Baru saja dia ingin menggapai maggi cup tersebut , ada sebuah tangan yang lebih pantas mengambil manggi tersebut. Sempat juga Zatul terpegang "tangan" tersebut.

Segera Zatul melarikan tangannya.

" Sorry " Zatul bersuara memandang gerangan tersebut.

'Kenapa pula boleh tersentuh Zatul bijak ??? Lelaki pula tu ' monolog Zatul sendiri.

" Its okay , maaf jga " lelaki itu membalas.

Zatul hanya memberi tundukan kecil sebelum beralih dari sudut maggi tersebut memandangkan maggi yang dia idamkan sudah jadi milik orang.

Kini dia berada di sudut roti pula. Selepas memilih roti , dia beralih ke sudut susu. Kali ini dia bercadang minum susu dan makan roti saja sebagai alas perut.

Selesai saja membayar , Zatul mencari tempat duduk kosong yang ada , dia bernasib baik lagi bahawa ada satu meja kosong untuk diduduki nya.

Dia menikmati makanannya sambil menghayati bunyi hujan. Angin yang bertiup menambahkan lagi suasana menjadi agak sentimental.

" Boleh saya tumpang duduk sini ?" tiba-tiba ada suara menegur Zatul.

Lamunan Zatul terhenti dan kini pandangannya beralih ke arah suara tersebut.

' ehh lelaki yang ngap maggi laksa aku ' monolog Zatul.

" boleh, duduk la " Zatul membalas.

Lelaki tersebut pun duduk. Dia mengambil tempat di bahagian sebelah kiri Zatul. Zatul menyambung lamunannya.

Tiba-tiba telefon Zatul berbunyi .

Dia mengangkat panggilan tersebut.

" sorry Zatul discussions kita hari ni boleh cancel ? banyak yang tidak dapat pergi ke library sebab hujan. "

' cancel pula dah. habis aku nak buat apa di library ni '

" hmmm takpala , mau paksa pun tak boleh juga. Kita discuss dalam group ja la. " Zatul membalas selamba.

Dia rasa teruji sangat hari ni. Maggi diambil orang , discussions plk cancel. Hujan lebat sekarang menghalang dia untuk pulang lebih awal.

Kini dia bercadang untuk menelefon rakannya Hadirah.

" Dirah kau d mna "

" rumah. knp Zatul "

" lahh ingatkan dekat Kolej , baru mau minta tolong ambil aku dekat library nii "

" kau kenapa ada d library jam begini ?"

" tdi plannya ada meeting dgn discussions , tpi discussion tu cancel , meeting plk ubah pergi online jadi aku pun terstuck di library ni. payung pun aku lupa bawa " Zatul menerangkan panjang lebar.

Sunset with YouWhere stories live. Discover now