"DENGAR betul-betul apa yang aku cakap ni ya, Zaquan. Kau tu, selama-lamanya akan menjadi lelaki yang tak guna," ujar Aishlyn sinis sebelum melangkah masuk ke dalam kedai itu.
3 kali dah ni dia nak masuk tapi tak jadi!
"Damn it." Zaquan meluru ke arah Aishlyn sebelum menarik beg tangan gadis itu masuk ke dalam kedai.
Terkejut Aishlyn dibuatnya. Lily juga ternganga!
"What the heck is wrong with you?!" marah Aishlyn apabila badannya terdorong ke depan.
"Aku hantar kau balik," ujar Zaquan sambil matanya tajam menikam mata Aishlyn. Aishlyn kembali merentap beg tangannya.
"No thanks. Not interested, and please move, I want to ambil that cereal," ujar Aishlyn dingin seraya menunjuk ke arah kotak bijirin yang berada di rak paling atas.
Zaquan mencapai kotak bijirin itu sebelum menghulurkannya kepada Aishlyn memandangkan dia tahu bahawa gadis di hadapannya ini tidak mungkin dapat mencapai kotak yang berada di rak paling tinggi itu.
Aishlyn hanyalah 165cm ya. Zaquan pula 187cm.
"You have insulted me. And I'm sending you back home," ujar Zaquan lagi. Aishlyn sekali lagi menghamburkan tawanya.
"Ohh rasa tercabar la ni? How cute! And nope, still not interested. Kalau setakat nak hantar balik sebab rasa tercabar, baik tak payahlah," bidas Aishlyn seraya berjalan ke tempat lain sambil memeluk kotak bijirin pemberian Zaquan sebentar tadi.
"No, you're coming home with me. And that's final," putus Zaquan. Dia setia mengekori Aishlyn daripada belakang, sekiranya Aishlyn ingin mengambil barang di rak atas, dia sedia membantu.
"How about me?!" marah Lily sambil menghentak kakinya.
Aishlyn dalam diam tersenyum sinis. Seronok mendengar pertengkaran yang berlaku di antara pasangan kekasih itu.
"I'm sorry, Lily... Tapi I tak boleh teman you harini," balas Zaquan dengan perasaan serba salah.
"I ni girlfriend you! Kenapa you lebihkan perempuan tak guna ni?! Hah?!" berang Lily disitu.
"Sayangg~" panggil Zaquan dengan nada meleret. Lily sedikit sebanyak cair dengan nada itu.
"I kan pantang dicabar... Perempuan tak guna ni cabar I, you know me, right?" pujuk Zaquan sambil mengusap rambut Lily lembut.
"MashaAllah haram," bisik Aishlyn sendiri apabila melihat adengan itu.
"Tapi sayang-"
"Shhh, I sayang you okey. Only this time," pujuk Zaquan lagi. Lily mengangguk perlahan sebelum mengukirkan senyuman.
"Trust me, Lily. Aku pun dulu macam kau... naive," celah Aishlyn dengan mimik muka kesian. Sempat dia menjeling ke arah Zaquan.
"Ish main jauh jauh la!" marah Zaquan seraya menolak Aishlyn ke tempat lain. Aishlyn pula mengibas-ngibas tempat Zaquan menyentuhnya.
"Ish jangan sentuh orang boleh tak?! Tak tahu halal haram ke?!" marah Aishlyn geram. Rasa macam nak samak badan ni!
"Kau gi main jauh-jauh, aku tampar kau kang haa," halau Zaquan lagi. Aishlyn menjeling lelaki itu.
"Ish aku tak kacau korang pun! Orang nak ambik barang la halamak ai!" bidas Aishlyn kembali sebelum dia membelek barang-barang keperluannya.
"You percaya I tak, sayang?" soal Zaquan lagi sambil menatap Lily dengan pandangan lembut.
"Okeylah, sayang... I percayakan you," ujar Lily dengan senyuman. Gadis itu memegang tangan Zaquan erat.
Matanya kemudian beralih kepada Aishlyn.
"Eh perempuan! Dia ni boyfriend aku tau! Kau jangan macam-macam! Kalau aku tahu kau flirt dengan dia, mati kau aku kerjakan!!" jerit Lily geram.
Aishlyn hanya mengendahkan jeritan Lily. Biarlah dia memekak sorang-sorang dia!
"Dah, sayang... You pergi dulu, byee!" ujar Zaquan lagi sebelum dia dan Lily berpelukkan selama 5 saat. Lily mengukirkan senyuman sebelum keluar daripada kedai itu.
Zaquan melambaikan tangannya kepada buah hatinya itu.
"Atotototo sweetnyaaa, you want to be a part of the neraka jahannam community, right?" perli Aishlyn dengan senyuman mengejek di bibirnya.
"Hang memang rindu tapak tangan singgah muka sungguh laa, hang pi bayaq lekaih!" arah Zaquan sambil mencekak pinggang.
Aishlyn tersengih sambil membawa barang-barangnya ke kaunter pembayaran. Elok sahaja dia berselisih dengan Zaquan, lelaki itu bertindak menghulurkan wang kertas sebanyak RM100 kepada Aishlyn.
"Hehehe masheh," ujar Aishlyn selamba mengambil duit lelaki itu. Zaquan menggelengkan kepalanya melihat tindak-tanduk gadis pendek itu.
Bagi Aishlyn, benci memanglah benci! Tapi kalau dia bagi duit, kenalah ambil kan? Orang kata jangan tolak rezeki ehek.
"Total semuanya RM80 ya," ujar cashier itu seraya menghulurkan dua beg plastik yang berisi barangan Aishlyn.
Baru sahaja Aishlyn ingin menyambut huluran cashier itu, Zaquan terlebih dahulu mengambil beg plastik tersebut. Dia menjinjing beg plastik itu keluar daripada kedai tersebut.
"Thankyouu," ujar Aishlyn seraya mengambil duit bakinya. Lalu, gadis itu pantas mengejar langkah Zaquan yang kian menjauh.
Oh, dia bukan orang gaji saya!
Dia macam greenflag tapi at the same time red. Mungkin dia neutral? Anyways...
🌸-arysffya-🌸
YOU ARE READING
3|| EC: Lynquan's First Love ©️ [UNEDITED]
Sonstiges"You play the game, and I'll determine if you score." {Under 'ECEY' series × third story} ⚠️Disturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationship. I do not tolerate bad reviews. Thankyou! Pasangan kekasih y...