EC:NN34

1.9K 79 3
                                    

                         AISHLYN terjaga dari lenanya. Kini dia berada di rumah milik Arya. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Nasiblah rakan-rakannya masih menerima kehadirannya walaupun dia sudah menconteng arang di muka mereka.

Seusai solat Subuh, Aishlyn membersihkan diri. Kemudian, gadis itu turun ke bawah dan melalukan rutin hariannya iaitu menyediakan sarapan pagi kepada dua ekor oyen.

"Good morning, Aishlyn! Your phone berbunyi tadi, probably ada mesej," ujar Felisha yang sudah lengkap berpakaian serba hitam.

Terus Aishlyn naik ke biliknya dan mencapai gajet tersebut. Aplikasi WhatsApp di buka, mesej yang dihantar oleh nombor asing itu ditekan.

019XXXXXXX
Dah tak reti nak datang kerja? Kau ingat ni company bapak kau ke apa? Kau datang kerja sekarang.

Aishlyn mengeluh kuat. Terasa ingin membaling telefon tersebut ke dinding sehingga berkecai! Tahulah dia bahawa yang menghantar pesanan tersebut merupakan Zaquan.

Aishlyn menukar pakaian dan memakai tudung sarung. Gincu dioleskan pada bibir agar tidak kelihatan seperti mayat hidup! Minyak wangi juga disemburkan pada badan.

Ya dia malas bersiap! Sesungguhnya tujuannya hanyalah pergi ke syarikat tersebut dan meletakkan surat peletakkan jawatannya diatas meja Zaquan.

"Oi pi mana mat?" soal Arya yang sedang mengunyah roti telur yang disediakan oleh Aishlyn sambil menonton Hagemaru.

"Kerja." Aishlyn terus keluar daripada rumah tersebut. Kereta pemberian Dato Badrul dia naik sebelum gadis itu menghidupkan enjin kereta tersebut.

Perjalanan menuju ke arah syarikat dimana dia bekerja mengambil masa dalam 40 minit. Aishlyn hanya menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

                          AISHLYN berdiri di hadapan pintu masuk syarikat KZ Holdings

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                          AISHLYN berdiri di hadapan pintu masuk syarikat KZ Holdings. Berat kakinya ingin melangkah masuk namun digagahkan jua.

Tiba sahaja dia ditingkat atas, dia disambut dengan pandangan jijik dan hina daripada para pekerja yang ada.
Aishlyn mengendahkan mata-mata yang sedang memandangnya itu lalu duduk ditempatnya.

"Jalang, masuk," panggil Zaquan dari intercom tersebut. Aishlyn menahan rasa mendengar orang yang dahulunya digelar sahabat memanggilnya dengan panggilan hina itu.

Aishlyn mengetuk pintu bilik Zaquan.

"Masuk!" sahut jejaka itu dari dalam. Aishlyn menolak pintu dan menghadap lelaki tersebut.

Didalam hatinya, Aishlyn tidak berhenti berdoa kepada Allah meminta dipermudahkan urusan menghadap lelaki takguna dihadapannya ini.

"Oh datang kerja? Still perlukan duitlah nampaknya? Aku ingatkan Lucas tu bayar kau tiap-tiap malam?" hina Zaquan dengan sinis.

3|| EC: Lynquan's First Love ©️ [UNEDITED] Where stories live. Discover now