AISHLYN berjalan kehulu kehilir sambil menggigit kukunya. Arya memandang satu-satunya sahabatnya yang tinggal itu dengan pandangan bosan.
"Apa masalah kau ni?" soal Arya bosan. Dia menongkat dagu sambil ralit memandang Aishlyn yang berjalan kehulu kehilir di hadapannya.
"Mat, kau kena tolong aku mat," ujar Aishlyn sambil melutut di hadapan Arya. Dia memegang lutut gadis yang sedang duduk dihadapannya itu.
Arya menjongketkan sebelah keningnya.
"Zaquan ajak aku kahwin!" ujar Aishlyn. Hal itu membuatkan Arya terkejut.
"He did?!" soal Arya pula. Aishlyn mengangguk laju sebelum meniarap di atas lantai kayu itu.
"Apa aku nak buat ni?!" rungut Aishlyn lagi.
"I don't know apa yang kau risau sangat, kalau tak suka... Kau boleh tolak dia, kalau suka, kau setuju," nasihat Arya.
"Ish aku dah move on tau. Yang jadi punca tu, eee kau tahu tak dia ada anak dengan Lily?!" soal Aishlyn. Arya berpura-pura terkejut, padahal dia terlebih dahulu berjumpa dengan Ayyash di atas kapal pesiar dulu.
"Okey and?"
"Budak tu comel! Kau tahu tak, Zaquan kata... Kalau aku tak kahwin dengan dia, dia nak dera Ayyash sampai mati," cerita Aishlyn lagi. Kali ini, Arya betul-betul terkejut.
"DIA DERA BUDAK TU?!" Aishlyn sekali lagi mengangguk dengan laju. Arya menyinsing lengan bajunya.
"Sekarang pukul berapa? Empat petang? Bagus. Jom pergi rumah jantan tu, biar aku jolok tekak dia pakai penyapu," ujar Arya bengang sebelum mencapai tudung sarungnya. Tudung Aishlyn juga di ambil sebelum dia melempar tudung itu ke arah tuan badan.
Arya dan Aishlyn memandu ke arah rumah milik Zaquan sebelum mengetuk pintu rumah itu kuat. Aishlyn berdiri di hadapan pintu manakala Arya berdiri di belakang gadis itu.
"Kenapa kau cari aku, tak sabar nak menikah dengan aku ke?" soal Zaquan selepas membuka pintu dengan senyuman senget.
Aishlyn diam.
"Tak aku yang tak sabar nak sepak muka kau ni, tepi!!" marah Arya seraya menolak Zaquan ketepi. Gadis itu masuk ke dalam rumah itu seperti rumah itu miliknya.
"Apa masuk rumah orang tak bagi salam ni?! Kau kenapa?!" marah Zaquan pula sambil mencekak pinggangnya.
"Kau tu kenapa?! Oh kau dera budak tu eh?! Jantan tak guna!" cemuh Arya geram. Terus Zaquan memandang Aishlyn.
"Kau bagitahu dia?! Kau ni memang cari pasal betul lah!!" bengang Khaizul dibuatnya. Aishlyn pula bersembunyi di belakang Arya.
"Eh? Auntie Aryaaa!!!" jerit Ayyash dari tangga sebelum berlari turun dan memeluk kaki Arya erat. Senyuman lebar menghiasi wajah si kecil itu.
Arya mengusap kepala Ayyash dengan sengihan di bibir. Aishlyn pula hairan!
"M-Macam mana... "
"Ayyash... Kenapa badan merah-merah ni? Siapa buat Ayyash?!" soal Arya risau sambil membelek-belek badan anak buahnya.
Ayyash memandang Zaquan, namun dia kembali memandang Arya apabila papanya itu membuat isyarat mati kepadanya sekiranya dia memberitahu Arya.
"T-Takda siapa," balas Ayyash gugup. Zaquan yang memerhati itu tersenyum sambil membuat isyarat thumbs up kepada anaknya.
Arya mengangguk.
BANG !
"ADUH!!"
"Ingat aku bangang ke?! Kau dera anak kau eh?! Melampau sia dia ni," marah Arya selepas menghentak kepala Zaquan ke meja. Jatuh terduduk lelaki itu dibuatnya dengan darah di kepala.
Ayyash berlari mendapatkan papanya manakala Aishlyn pula menutup mulut. Terkejut melihat Arya berubah sebrutal ini!
"Auntie janganlah pukul papa!!" marah Ayyash sambil memeluk lengan Zaquan yang masih pening lalat itu.
"You diam la Ayyash, auntie nak hentak kepala papa you sampai pecah," bengang Arya lagi. Ayyash pun diam, kawan papanya yang satu ini jangan dicabar tahap kesabarannya.
"Eh kau, aku tak habis lagi dengan kau. Amboi tak cukup dera Ayyash, kau ajak Aishlyn menikah pula! Apa benda kau ni?!" marah Arya lagi. Zaquan merengus kesal sebelum bangun.
Dia mengheret lengan baju Arya ke dapur. Meninggalkan Ayyash dan Aishlyn sendiri.
"Papa dengan Auntie Arya memang selalu gaduh macam tu ke?" soal Aishlyn kepada Ayyash. Ayyash mengangguk laju.
"Haah. Auntie selalu pukul papa kalau papa pukul Ayyash. Tapi papa tak melawan," balas Ayyash pula. Aishlyn naik heran, tak melawan? Pelik ni!
"Macam mana Ayyash kenal Auntie Arya?" soal Aishlyn lagi. Sengaja dia mengorek rahsia.
"Papa cerita yang Auntie Arya dah jumpa Ayyash sejak lahir. Lepastu bila Auntie Ayana meninggal, papa selalu bawak Ayyash pergi rumah Auntie Arya untuk main dengan Ayris," cerita Ayyash bersungguh-sungguh.
Aishlyn berubah riak.
"Ayris? Siapa Ayris tu?" soal Aishlyn hairan.
"Teacher tak tahu ke? Oh memang la teacher tak tahu hehe... Teacher kan bukan friend group papa dengan Auntie Arya. Ayris tu anak arwah Auntie Ayana," balas Ayyash dengan sengihan.
Aishlyn merasakan seperti hatinya ditusuk dengan sesuatu yang tajam. Anak Ayana? Dan Arya langsung tidak memberitahunya? Lebih sakit hati apabila Arya dan Zaquan langsung tidak menceritakan kewujudan dirinya kepada Ayyash!
Aishlyn jatuh terduduk di atas sofa itu.
Arya dan Zaquan kembali dari dapur. Aishlyn memandang mereka berdua tidak percaya sebelum tangannya naik melempang pipi sahabatnya kuat!
Terteleng kepala Arya dibuatnya. Ayyash dan Zaquan pula terkejut!
"Ayyash naik atas! Sekarang!" arah Zaquan tegas. Terus budak berusia empat tahun itu naik ke tingkat atas. Kini, hanya tinggal mereka bertiga.
Arya masih memegang pipinya yang terasa pijar itu. Mata Aishlyn berkaca sambil dadanya naik turun menahan amarah.
"Kau ni pahal?! Lempang-lempang orang pulak?!" marah Zaquan. Terkejut aku tengok perempuan gangster ni kena sepak!
"Kenapa... Kenapa kau tak bagitahu aku Ayana ada anak?! Kenapa kau tipu aku cakap kau tak pernah jumpa Ayyash?! Kenapa Arya?! Kenapa?!!" tengking Aishlyn kuat.
Air matanya jatuh tanpa sebab. Arya memandang sahabatnya dingin. Zaquan pula mengambil aiskrim di dalam peti sejuk. Dia duduk di atas sofa dan menanti drama yang akan terjadi sebentar lagi.
Spoil gila si budak Zaquan ni.
"Oh kau dah tahu la ni?" soal Arya kembali.
"Kenapa kau tipu aku?!!" tengking Aishlyn kuat sambil menyeka air matanya kasar. Arya masih diam, pandangannya kosong. Namun bibirnya mengukirkan senyuman senget yang kelihatan seperti seorang psiko.
"CAKAP LAH, PEREMPUAN!!" tempik Aishlyn lagi sambil menolak tubuh Arya kuat.
Terus senyuman itu pudar dari bibir Arya. Wajahnya berubah ketat apabila Aishlyn menolak-nolak tubuhnya tanpa henti. Mencabar kesabaran dan keimanan betul wanita berusia 28 tahun yang berada dihadapannya ini.
Arya masih merenung Aishlyn. Tajam. Seperti segala dendamnya akan dia luahkan tepat dihadapan Aishlyn. Zaquan pula memerhati mereka berdua silih berganti.
Kini. Masa. Meluahkan. Segalanya.
Team Arya ke Team Aishlyn?
🌸-arysffya-🌸
YOU ARE READING
3|| EC: Lynquan's First Love ©️ [UNEDITED]
Aléatoire"You play the game, and I'll determine if you score." {Under 'ECEY' series × third story} ⚠️Disturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationship. I do not tolerate bad reviews. Thankyou! Pasangan kekasih y...