AYYASH turun ketingkat bawah apabila mendengar bunyi bising. Sudahlah perutnya lapar, mentalnya penat. Perlahan-lahan dia mencari sumber suara tersebut.
"M-Mama dengan p-papa buat apa tu?" soal Ayyash apabila dia tiba didapur.
Terus Aishlyn menurunkan kuali ditangannya. Zaquan juga menurunkan tong gas yang hampir sahaja dibaling kearah Aishlyn sekiranya anak kecil itu tidak masuk campur.
Rambut mereka berdua berwarna putih kerana melakukan sesi membaling tepung sebentar tadi. Zaquan bertindak merangkul bahu Aishlyn sebelum tersenyum kepada anaknya.
"T-Takde apa, mama dengan papa okey je ni. Tak adanya kitorang nak berbunuhan dekat sini, kan Aishlyn kan?" ujar Zaquan kepada Aishlyn.
"Betul! Mama dengan papa tak buat apa. Tadi tu... Err kitorang nak halau lipas," tambah Aishlyn pula. Mereka berdua tersengih seperti kerang busuk!
Malu wey bergaduh depan anak!
Wajah Ayyash sebek. Kemudian, kedengaran tangisan halus daripada kanak-kanak lelaki itu.
"Mama dengan papa gaduhh!" raung Ayyash sambil mengelap air matanya sendiri.
Terus Aishlyn menyiku perut Zaquan sebelum berlari anak mendapatkan Ayyash. Wanita itu melutut dihadapan anak kecil itu sebelum memegang kedua-dua belah bahu Ayyash.
"Ayyash kenapa ni, sayang? Takk mama dengan papa tak gaduhh," pujuk Aishlyn sambil mengelap air mata kanak-kanak itu.
"Ayyash kenapa ni? Cuba bagitahu papa," ujar Zaquan pula.
"Hiks A-Ayyash lapar... " ujar anak kecil itu. Zaquan menyekeh kepala Aishlyn yang sedang menenangkan Ayyash.
"Kau apahal tak bagi dia makan?" soal Zaquan jengkel. Aishlyn bangun menghadap si suami.
"Sebab layan kau la! Aku tadi nak masak dah dekat dia, lepastu kau ni baran tiba-tiba! Tergendala aku punya aktiviti," bidas Aishlyn pula sambil mengusap kepalanya. Pedih oi!
"Tu semua alasan!"
"Memanglah alasan! Kalau peribahasa dah lama aku kata kau tu bodoh sombong! Hek eleh kerja nak cari salah orang je dia ni," tangkis Aishlyn lagi.
"Eee kau sejak-sejak jadi bini ni apahal biadap sangat?! Aku ni suami tau, patutnya aku yang menang," marah Zaquan lagi.
"Sejak bila ketika masanya suami menang?! Kemenangan milik isteri lah," gaduh Aishlyn lagi.
"Sudahhhh!" jerit Ayyash sambil menutup telinganya. Terus Aishlyn dan Zaquan menutup mulut mereka erat, rapat, sendat, padat dan tepat.
"Ayyash tak suka la papa dengan mama bergaduh... Janganlah gaduh, Ayyash taknak mama tinggal Ayyash macam ibu," tangis Ayyash lagi sambil menarik Aishlyn dan Zaquan agar merendahkan badan mereka.
Kemudian, anak lelaki itu memeluk erat Aishlyn dan Zaquan. Terdiam Zaquan dibuatnya, nampaknya perbuatan dia terhadap Lily telah memberikan Ayyash trauma yang sangat teruk.
"Mama minta maaf, mama tak tinggal Ayyash macam ibu. Mama janji," ujar Aishlyn sambil menautkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking Ayyash.
"Papa minta maaf, Ayyash... " ujar Zaquan pula sambil mengeluh. Mereka berdua memeluk Ayyash erat.
"Ha kau aa ni! Tengok, trauma dah budak ni," bisik Aishlyn keras. Zaquan menarik hujung rambut Aishlyn.
"Cantik sikit! Aku dah suruh dia masuk bilik kunci pintu lah," balas Zaquan pula.
"Eh kau ingat kau kaya sangat ke nak buat bilik kedap bunyi? Kau ingat budak ni pekak ke? Kau tu lainlah, dahla pekak, bengap pula tu," hina Aishlyn lagi.
YOU ARE READING
3|| EC: Lynquan's First Love ©️ [UNEDITED]
Sonstiges"You play the game, and I'll determine if you score." {Under 'ECEY' series × third story} ⚠️Disturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationship. I do not tolerate bad reviews. Thankyou! Pasangan kekasih y...