EC:NN53

2.1K 68 4
                                    

                        BEBERAPA bulan sudah berlalu semenjak Aishlyn kembali ke bumi Malaysia. Dia juga sudah mempunyai pekerjaan tetap iaitu sebagai guru tadika.

Hari ini merupakan hari kelapan sejak dia mula bekerja disini. Setiap pagi pada pukul 7:30 pagi, Aishlyn akan menunggu anak muridnya sampai dihadapan pagar.

Sedang Aishlyn menjaga mereka, ada seorang murid yang menarik perhatiannya.

"Ayyash, Ayyash okey ke?" soal Aishlyn sambil menyentuh bahu budak lelaki berumur empat tahun itu.

"Teacher, jangan pegang situ... Sakit... " ringis budak itu. Terus Aishlyn menyelak baju anak muridnya itu. Benar sangkaannya, ada kesan-kesan lebam diseluruh tubuh budak itu.

"Ya Allah, Ayyash! Siapa buat ni? Bagitahu teacher cepat," desak Aishlyn. Ayyash menggeleng lalu budak itu menangis.

"Teacher sapu ubat ya," pujuk Aishlyn lembut. Budak bernama Ayyash itu mengangguk.

Sejak daripada hari itu, Aishlyn banyak meluangkan masa dengan Ayyash. Setiap hari, Aishlyn akan memasakkan bekal untuk Ayyash kerana budak itu kelihatan cengkung.

Hinggalah tiba hari ini...

"Teacher, teacher nak jadi mama Ayyash tak?" soal kanak-kanak itu polos. Aishlyn ketawa janggal.

"Mama Ayyash pergi mana?" soal Aishlyn.

"Mama Ayyash lari.. Sejak daripada hari itu, papa pukul Ayyash. Sakit," adu kanak-kanak itu lagi. Aishlyn memandang budak lelaki itu simpati. Setan punya bapak!

"Ayyash, kalau Ayyash kena pukul lagi, Ayyash bagitau teacher tau," pesan Aishlyn. Budak lelaki itu mengangguk sambil tersenyum menampakkan giginya.

                       KEESOKKAN harinya, Aishlyn menunggu kanak-kanak itu seperti biasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                       KEESOKKAN harinya, Aishlyn menunggu kanak-kanak itu seperti biasa. Namun, tunggu punya tunggu, Ayyash masih tidak memunculkan diri.

Hatinya sudah berasa tidak sedap... Serentak itu juga hujan yang sangat lebat turun membasahi bumi. Hujan yang nak dekat ribut tu.

Terus Aishlyn masuk kedalam dan meminta alamat Ayyash daripada rakan sekerjanya... Setelah memperolehi alamat tersebut, Aishlyn bergegas menaiki keretanya kerumah itu.

Setibanya dihadapan rumah agam yang menjadi tempat tinggal Ayyash, Aishlyn turun daripada keretanya bersama payung ditangan. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Ayyash berdiri ditengah-tengah hujan yang lebat itu.

"AYYASH!" jerit Aishlyn kuat. Tetapi budak itu tidak menyahut. Mungkin kerana hujan yang sungguh lebat.

Aishlyn melihat sekeliling rumah tersebut. Pagar itu tajam-tajam... Agak mustahil untuk dia panjat. Namun apabila difikirkan kembali keselamatan anak muridnya itu, terus Aishlyn melempar payungnya kebelah dalam dan mulai memanjat pagar takguna itu.

3|| EC: Lynquan's First Love ©️ [UNEDITED] Where stories live. Discover now