"SERIOUSLY why do we have to decorate this hall on our own?" soal Ayana yang sedang menggantung kain berwarna putih didinding dewan tersebut.
"Because your mother in law nak eratkan silaturahim," balas Dato Badrul dengan nada jengkel.
"Eratkan silaturahim apa macam ni! Ini menyusahkan orang! Cakap jelah mama minta duit tapi papa tak bagi kan?" sampuk Firdaus pula.
"Haah memang! Papa tokse keluarkan duit sedangkan papa tak setuju pun buat majlis macamni," bidas Dato Badrul sambil memasang meja.
"Hye ada bad news dengan good news. Nak dengar yang mana dulu?" celah Arya pula.
"Apa benda?"
"Berita baiknya, kitorang dah siap pasang decoration dekat tepi pantai. Berita buruknya, benda tu hanyut... " balas Arya sambil memejamkan matanya.
"HAH HANYUT?! MACAM MANA BOLEH HANYUT?!" tengking Puan Ella yang meluru kearah Arya. Dia mencengkam bahu gadis itu.
"IT'S NOT MY FAULT! IT WAS HARIZ!" jerit Arya sambil menunjuk kearah Hariz yang sedang menyorok dibelakang langsir.
"Hoi cantik sikit pa! Kau yang pacak tiang tu dekat dengan laut!" marah Hariz pula.
"Decoration apa ni?" celah Aishlyn. Dia sedang mengangkat barang untuk diberikan kepada Firdaus.
"Diamlah! Sibuk je! Kamu tu tak layak tahu, nanti kamu rosakkan majlis je! Auntie bagi kamu hadir pun dah besar rahmat tau," balas Puan Ella kasar.
Aishlyn hanya diam. Terluka jugalah apabila ibu kandung sendiri berkata sedemikian. Tetapi dia tidak menyalahkan wanita tua itu, dia sendiri yang memilih untuk merahsiakan hal sebenar daripada pengetahuan Puan Ella dan juga Ayana.
"Haa Aishlyn, pergi bagi barang ni dekat Firdaus," arah Dato Badrul bagi mengelakkan suasana janggal. Aishlyn hanya mengangguk.
Elok dia kalih kebelakang, badannya terlanggar dengan seseorang.
"Sorry," ujar Aishlyn perlahan. Dia mendongakkan kepalanya, lelaki itu pun turut merenung dirinya. Luth Zaquan.
Mengingatkan bahawa mereka perlu menjaga jarak, Aishlyn terus berlalu pergi selepas mengucapkan kata maaf. Zaquan memerhati gerak-geri Aishlyn dengan pandangan kosong.
Puan Ella menyiku Ayana. Ayana yang faham dengan isyarat yang diberikan itu mengangguk.
"Fir, sambung kerja Ayana. Mama nak bawak dia pergi satu tempat kejap," arah Puan Ella seraya menarik lengan Ayana agar mengikuti langkahnya.
Disisi lain, Aishlyn sedang menyusun doorgift yang ada didalam sebuah kotak. Ya memang banyak kerana mereka dimaklumkan bahawa keluarga Lily ingin mengajak seluruh kerabat mereka untuk bertemu dengan Puan Ella dan Dato Badrul.
Dato Zaini? Ya dia ada. Namun biasalah orang tua itu, tidak mahu mengambil bahagian. Puan Ella pula terlebih rajin, jadi dia menawarkan diri untuk menganjurkan majlis sekaligus menyusahkan orang lain.
"Hey perempuan," ujar Puan Ella sambil menolak Aishlyn menggunakan kakinya. Aishlyn yang berada dalam posisi cangkung itu jatuh kehadapan.
"Ya, auntie? Kenapa?" soal Aishlyn lembut. Malas dia ingin bertekak.
YOU ARE READING
3|| EC: Lynquan's First Love ©️ [UNEDITED]
Losowe"You play the game, and I'll determine if you score." {Under 'ECEY' series × third story} ⚠️Disturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationship. I do not tolerate bad reviews. Thankyou! Pasangan kekasih y...