"WEY nanti la sat, kalut-kalut pi mana?" rungut Aishlyn. Jauh betul si Zaquan ni parking kereta.
"Cepatlah," marah lelaki itu apabila Aishlyn masih lagi terkedek-kedek padahal dirinya sudah selesai meletakkan barang gadis itu di kerusi belakang.
"Nah wey baki," ujar Aishlyn seraya menghulurkan wang kertas bernilai RM20 kepada Zaquan.
"Simpanlah dekat kau," balas Zaquan seraya menghidupkan enjin keretanya. Bersedia untuk memulakan perjalanan!
"You're weird, ni duit kau tau! RM20 ni boleh beli baju kau tahu tak, haa baik kau ambik!" ujar Aishlyn lagi. Tangannya masih menghulurkan duit tersebut.
"Aku bagi kau tu aku bagi kau lah! Jangan tolak rezeki boleh tak?! Ambik simpan dalam poket diam-diam," marah Zaquan kembali.
Aishlyn akhirnya menyimpan kembali baki milik Zaquan. Saja ja offer tadi, orang kata kena offer 3 kali baru ambik.
Perjalanan senyap.
"Kau pahal hah? Tiba-tiba ja baik," soal Aishlyn. Zaquan mengerling gadis itu.
"Baik salah, jahat salah," balas jejaka itu malas.
"Taklahh, baik lain macam kau ni," ujar Aishlyn lagi.
"Ke sebab aku dah cantik? Ooo macam ni kau eh, mentang-mentang aku dah cantik... Kau layan aku baik-baik," sengaja Aishlyn mengusik.
"Haah, memang. Beauty privilege is real, and satu lagi, sebab perangai aku memang macam ni. Aku kan act of service punya orang," balas lelaki itu bangga.
"Terpaling act of service. Tuih! Anyways, kau dengan Lily tu pasangan kekasih ke?" soal Aishlyn lagi. Sengaja dia mengajak Zaquan bersembang, tidaklah sunyi kereta itu.
"Haah, pahal? Cemburu?" usik jejaka itu.
"Eww... Kau memang takde niat nak halalkan dia ke?" soal Aishlyn lagi.
"Tak terlintas lagi. You know me, aku hanya perlukan perempuan-perempuan ni untuk jadikan hiburan," balas Zaquan sinis.
"Hiburan kepala bapak kau! Kau tak belajar agama ke dulu? Siap pegang-pegang anak dara orang ni... Tak takut dosa ke?!" Aishlyn melenting di situ.
"Yang kau nak melenting tak tentu pasal ni kenapa? Rilek dah la," ujar Zaquan malas.
"Otak kau! Dah dah la tu mainkan hati perempuan, tak insaf lagi ke?" bebel Aishlyn lagi.
"Senyaplah. Kau tu sebenarnya jealous kan aku mainkan hati perempuan lain? Kau nak aku main hati kau sorang je kan? Helehh aku tahu lah isi hati kau tu," usik Zaquan lagi.
Aishlyn membuat muka. Tapi bila difikirkan balik, dia ingin membalas dendam kepada Zaquan.
"Indeed... Yes, aku cemburu sebenarnya-"
SKREEET!
"HOI PAHAL KAU NI?!" jerkah Aishlyn apabila dahinya terhantuk dashboard kereta itu. Lelaki tak guna itu tiba-tiba sahaja brek mengejut!
"Kau... Cemburu?" soal Zaquan hairan. Aishlyn mengangguk selamba.
"Kenapa cemburu? Macam mana boleh cemburu? Kau suka aku lagi kan sebenarnya?" soal Zaquan bertubi-tubi.
Aishlyn senyum gedik.
"Biar aku jelah yang tahu, thanks hantar balik," ujar Aishlyn seraya turun daripada kereta tersebut. Dia membuka pintu bahagian belakang sebelum mengambil segala barangan miliknya.
"Wey Aishlyn! Habaq pa wey! Weyy!" panggil Zaquan. Aishlyn hanya mengendahkan jejaka itu sebelum berjalan masuk ke dalam rumahnya.
Zaquan akhirnya putus asa dan meneruskan perjalanannya pulang. Aishlyn memerhati kereta yang berlalu pergi itu dari tingkap rumahnya.
"Cemburu my ass, never in a million years," ujar Aishlyn lagi dengan nada benci yang membuak-buak.
"Woo what are you doing melekat dekat tingkap tu?" soal Arya hairan. Terus Aishlyn membalikkan tubuhnya dengan sengihan.
"T-Takde apa," balas gadis itu sebelum meletakkan plastik di tangannya di atas meja.
"Zaquan hantar kau balik eh? Atotototo adakah cinta lama bertaut kembali?" usik Arya lagi sambil melabuhkan diri di atas sofa yang empuk itu.
"Mana adaa! Aku dah tak suka dia lah, apa yang aku buat... Semuanya hanyalah untuk membalas dendam!" ujar Aishlyn nekad.
Arya mengangguk faham. Tak lama selepas itu, turunlah Felisha dari tingkat atas.
"Fulamak Aishlyn, style gila kau sepak perempuan model tu!" ujar Felisha mengambil tempat di sebelah Arya. Matanya ralit menonton video yang tular di media sosial itu.
"Aishlyn sepak orang? Mai nak tengok wey," Arya merampas telefon Felisha. Kemudian dia menepuk tangan selepas menghabiskan video tersebut.
"Keren banget sih! Tapi, kenapa tajuk video tu... CEO menyelamatkan seorang model daripada dibalun oleh gadis gila perhatian?" soal Arya hairan.
"Tak nampak pun CEO tu? Takde pun dalam video?" tambah gadis itu lagi. Rasanya nak dekat 3 kali dah dia ulang video tersebut, masih tidak muncul bayang CEO penyelamat itu.
"Zaquan. Dia yang selamatkan perempuan model tu daripada aku a.k.a gadis gila perhatian," cerita Aishlyn malas.
"HAH?! ZAQUAN TU CEO?!" terjerit Arya dan Felisha dibuatnya. Aishlyn mengangguk.
"Kenapa dia nak backup perempuan tu pulak? Apa yang kau buat sampai dia nak backup perempuan tu? Kau kan bestfriend merangkap ex dia? Sebenci-bencinya dia dekat kau pun, takkan dia nak lebihkan orang lain? Hello you're in his friend group kot," soal Felisha bertubi-tubi.
Gadis itu bertindak menarik Aishlyn bersila di hadapannya. Orang kata nak tumpahkan teh!
🌸-arysffya-🌸
YOU ARE READING
3|| EC: Lynquan's First Love ©️ [UNEDITED]
Losowe"You play the game, and I'll determine if you score." {Under 'ECEY' series × third story} ⚠️Disturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationship. I do not tolerate bad reviews. Thankyou! Pasangan kekasih y...