EC:NN47

1.8K 66 1
                                    

                          MEREKA semua kecuali Aishlyn berada didalam dewan tersebut untuk menikmati makan tengah hari.

"Silakan," ujar pelayan-pelayan yang ditempah khas oleh Puan Ella. Mereka menghidangkan makanan-makanan enak yang dimasak oleh cef bertaraf antarabangsa!

"Thankyouu, eh jemputlah makan," ujar Puan Ella kepada keluarga Lily.

"I was wondering, who are you actually? Setahu I, Zaquan tak ada mak kan?" soal wanita yang bernama Farah berusia 56 tahun itu.

"That's true. Tapi dia anggap I macam ibu dia sendiri," balas Puan Ella sambil ketawa.

"Zaquan? Macam mana boleh terpikat dengan anak uncle ni?" soal bapa Lily, Yusni. Walaupun Zaquan dan Lily sudah bertunang lama, baru kini dia mempunyai kesempatan untuk bersembang dengan bakal menantunya itu.

Zaquan yang sedang mengelamun itu tersentak. Dia memandang Lily yang sudah memandangnya.

"It's... The way she talks, the way she walks, the way she make me feel inside," balas Zaquan bersahaja. Hal itu membuatkan para saudara mara Lily menjerit kesukaan.

Lily pula menahan senyumannya. Bukan selalu Zaquan memujinya dengan ikhlas seperti ini!

"Rasanya there were eight of you? Mana sorang lagi?" soal Aisyah, kakak kepada Lily.

"Dia-"

"Hmph dia tu. Pemalas! Lagipun dia rasanya taknak jumpa uols kot, I tell you a secret, dia tu minat dekat Zaquan. Haa bila si Zaquan ni pilih Lily, meroyanlah dia," potong Puan Ella sambil ketawa.

Keluarga Lily juga turut ketawa apabila mendengar ayat Puan Ella yang dianggap lawak itu. Namun lain pula bagi para sahabat, Dato Badrul dan juga Zaquan. Mereka semua menggelengkan kepala mendengar ayat Puan Ella dengan muka yang ketat.

"I'm sorry to interrupt but apa yang this old lady said wasn't true," sampuk Arya yang sememangnya sudah meluat dengan perangai Puan Ella.

"Honey, of course we know that. Kitorang tak salahkan dia because Zaquan ni memang handsome, semua orang pun akan meroyan kalau Zaquan pilih orang lain, luckily he chose Lily," balas seorang lelaki yang diberi nama Hakim.

Sekali lagi meja dipenuhi dengan gelak ketawa mereka semua.

BAM !

"Dia tak meroyan. Stop laughing like it's funny. Even if she's not here, it's my responsibility to ensure that her dignity is not trampled upon," ujar Arya selepas menepuk meja.

Suasana sepi. Sunyi. Tiba-tiba Puan Ella ketawa.

"Ahahahaha you're so funny, Arya. We're not making fun of her at all! It's a joke, don't take it seriously... Biasalah, budak ni tengah period, itu yang emosi sikit tu," ujar Puan Ella kepada para tetamunya.

Felisha yang berada disebelah Arya memegang lengan rakannya yang sudah hampir meletup itu.

"Sabar wey sabar," pujuk Hariz pula.

"Stupid menopause woman," maki Arya perlahan. Dia sambung menikmati makanannya walaupun hati sudah kian membara.

Arya bangun dan bergerak kearah tandas. Sepanjang perjalanan tersebut, hanya makian yang keluar daripada mulutnya. Tiba-tiba bahunya ditepuk oleh seseorang.

3|| EC: Lynquan's First Love ©️ [UNEDITED] Where stories live. Discover now