EC:NN37

2.1K 77 2
                                    

                      AISHLYN membuka mata. Fuh berdenyut-denyut otak ni hah! Setelah memerhati ruangan yang menempatkan dirinya itu, ya dia berada didalam biliknya.

"Dah bangun? Baguihlaa, anak papa sihat?" soal Dato Badrul yang baru sahaja membuka pintu bilik itu. Aishlyn tersengih sebelum mengangguk.

PAK !

"Haa ambik hang! Awat dok pi rumah jantan tu sorang-sorang hah?! Nasib abang cerita dekat papa, tidak ka sampai mampoih papa taktau Aishlyn buat apa! Besa dia ni! Lain kali nak pi mana-mana, nak buat apa pun biaq berteman! Satgi jadi apa-apa satlagi lagumana?!" bebel Dato Badrul setelah menepuk kepala anak perempuannya.

"Sakitlah! Abang ni takleh simpan rahsia betul lah," marah Aishlyn geram. Serentak itu juga, Firdaus masuk ke dalam bilik itu.

"Sapa yang kena tepuk tu? Kuat nau bunyi, sampai ke luaq dengaq," perli Firdaus sinis. Aishlyn menjeling lelaki yang bergelar abang itu.

"Abang kenapa bagitau papa?! Tak boleh simpan rahsia la abang ni," marah Aishlyn.

"Ehh biarlah abang bagitau papa! Papa kena tau perangai kau ni, hamboih suka buat benda sendiri," bidas Firdaus kembali. Dato Badrul mengangguk mengiyakan kata-kata si anak lelaki.

"Macam mana boleh sampai sini? Bini hampa tak marah ka? Depa taktau hampa mai sini?" soal Aishlyn. Dato Badrul dan Firdaus berpandangan di antara satu sama lain.

"Let's say... We sneaked out? Haa biaq la mama dengan Ayana tu, kebenaran dah terungkai pun tetap ego," balas Firdaus santai.

"Laa awat Aishlyn tak makan bubur ni? Sodap ni, papa perabih la nohh," celah Dato Badrul pula sambil mencapai mangkuk yang berada di atas meja bersebelahan dengan katil itu.

"Eh-" belum sempat Aishlyn ingin menghentikan aktiviti Dato Badrul, lelaki tua itu terlebih dahulu menyuap bubur itu kedalam mulutnya.

"Fuh, sedap!" ujar Dato Badrul.

"HOI ORANG SURUH SUAP AISHLYN LA!!" jerkah Arya yang muncul dipermukaan pintu. Tersedak lelaki tua itu dibuatnya.

"Uhuk uhuk!" Bubur itu tersembur ke muka Firdaus.

"Eee you're disgusting la papa!!" jerit Firdaus pula sambil mengelap wajahnya menggunakan lengan baju. Dato Badrul pula hampir kehabisan oksigen. Aishlyn yang duduk diatas katil ketawa terbahak-bahak!

"Bak sini! Orang dah masak dekat uncle kat bawah, nak jugak ambik makanan orang sakit! Hamboih, pi turun bawah makan, kesian Felisha letih masak," marah Arya seraya merampas mangkuk bubur itu dari tangan Dato Badrul.

"Ish! Semua orang tak sayang aku, bini tak sayang aku, menantu tak sayang aku. Anak sendiri lagi lah, sekarang ni anak angkat pulak tak sayang aku! Takpaaaa! Sapa la aku ni kan!" rintih Dato Badrul. Berjauh hati katanya.

Arya menjeling lelaki tua itu. Mangkuk bubur itu dihulurkan kepada Aishlyn, takkan nak suap pula kan? Tangan gadis itu masih berfungsi dengan baik.

"Hek eleh dia ingat bubur dia masak tu sedap sangat kot! Jomlah Firdaus, kita turun bawah, tak payah kawan dengan Arya ni," ajak Dato Badrul sambil menjeling Arya tajam.

Elok sahaja Dato Badrul dan Firdaus ingin menuruni tangga, Felisha kembali menolak mereka masuk kedalam bilik.

"Hampa ni pasepa la suka bagi terkejut-"

3|| EC: Lynquan's First Love ©️ [UNEDITED] Where stories live. Discover now