EC:NN17

2.3K 93 0
                                    

              "WALAUPUN kau dah kurus, dah cantik sekalipun... Kau kena sedar, kau tu akan selama-lamanya akan menjadi mainan orang. Kau ingat diorang dekat sini kawan dengan kau sebab apa? Sebab kau ada cable dengan Encik Luth sahaja. They freaking used you, same goes dengan Encik Luth," provok Mimi lagi.

Aishlyn memandang Mimi tajam. Geram, benda yang paling dia insecure telah menjadi bahan bualan rakan sekerjanya. Bukan setakat bahan bualan, bahan ketawa!

Qayyum pula berdiri di sebelah Mimi dengan senyuman sinis. Dia berjalan mengelilingi Aishlyn.

"Awhhh our Aishlyn is sad? Poor you, kau nak buat apa? Tu siap genggam-genggam tangan tu, nak buat apa tu?" ejek Qayyum sambil bermain dengan hujung tudung Aishlyn.

Tak cukup dengan itu, Mimi meronyokkan beberapa helai kertas sebelum membalingnya ke arah Aishlyn bertubi-tubi.

"What are you gonna do? Your scandal a.k.a Encik Luth tak masuk harini. So what are you gonna do? Aishlyn nak tumbuk abang Qayyum ke?" ejek Qayyum lagi. Dia berada betul-betul di belakang Aishlyn.

"Actually, yes." Satu tumbukan kuat hinggap ke pipi Qayyum. Jatuh terduduk lelaki itu dibuatnya.

Gadis itu berpaling ke arah Mimi yang masih terkejut dengan tindakannya yang menumbuk Qayyum sebentar tadi. Satu tamparan hinggap di pipi Mimi pula.

Aishlyn mencangkung sambil mencengkam rambut Mimi dari belakang dengan kuat. Meringis kesakitan gadis itu dibuatnya.

"Eh aku tak kacau kau tau, kau apahal kacau aku?" soal Aishlyn sambil menguatkan lagi cengkamannya. Menangis Mimi dibuatnya sambil memegang tangan Aishlyn yang setia di rambutnya itu.

"Jangan sentuh dia lah!!" tengking Qayyum pula sebelum menerkam Aishlyn daripada tepi. Aishlyn melepaskan rambut Mimi akibat tolakan hebat daripada Qayyum.

"Eh perempuan!! Kau fikir kau siapa?! Kau tu budak baru, kau ingat kau setanding dengan aku ke hah betina?!" jerkah Qayyum sambil menunjal-nunjal kepala Aishlyn.

Lelaki itu mencengkam tudungnya seperti mana dia mencengkam rambut Mimi sebentar tadi. Aishlyn hanya tersengih dan membiarkan Qayyum melakukan apa yang dia suka.

"Macam ni ke perangai orang kena reject? Gila meroyan," ejek Aishlyn. Para pekerja semua ternganga apabila ayat tersebut keluar daripada mulut Aishlyn.

Semua sudah sedia maklum bahawa Qayyum telah ditolak oleh Lily. Dan tiada sesiapa pun yang berani berbicara tentang hal itu.

PANG !

"Senyaplah perempuan tak guna. Kau ingat kau siapa hah sundal? Kalau aku boleh bunuh kau ni, aku hiris-hiris mulut kau ni tahu tak?!" ugut Qayyum sambil tangannya mencapai cutter di atas mejanya.

Pisau itu dimain-mainkan di sekitar mulut Aishlyn. Gadis itu biasalah, tersengih sinis.

"Kenapa tak menjawab? Mulut kau dah kena gam? Ke kau takut aku jolok cutter ni dalam mulut kau?" soal Qayyum sinis. Tangannya masih setia mencengkam tudung gadis itu.

Pisau itu berada di hujung mulut Aishlyn. Qayyum hanya meletakkan pisau itu di situ, tiada tekanan. Namun jika Aishlyn bergerak sedikit sahaja, pasti ada yang terluka.

3|| EC: Lynquan's First Love ©️ [UNEDITED] Where stories live. Discover now