"OI koyaklah baju aku ni! Korang ni pahal?!" marah Firdaus apabila bajunya ditarik oleh Naufal.
"Amboi, amboi. Tadi selamba badak kau je pegang tangan Aishlyn eh! Kau ni memang meminta dikecam ke apa? Dahla bini kau nampak, bukan setakat bini kau! Semua orang nampak tahu tak," marah Arya perlahan.
Dia harus perlahankan suara... Mereka berada di hospital dan bukan di rumah. Takut mengganggu pesakit-pesakit lain.
"Baik kau bagitahu kitorang... Apa hubungan kau dengan Aishlyn?" ujar Hariz yang sudah menarik kolar baju Firdaus. Haa selama ni kau buat dekat aku kan, hari ini akanku balas segala perbuatan hinamu itu!
"Betul nak tahu?" soal Firdaus serius. Ketiga-tiga kanak-kanak riang itu mengangguk.
"Boleh simpan rahsia?"
Sekali lagi mereka bertiga mengangguk dengan patuh. Dah macam anak anjing dah-
"Betul ni? Janji dengan aku?" Firdaus menghulurkan jari kelingkingnya kepada Hariz dan Naufal. Kedua-dua lelaki itu memautkan jari kelingking milik mereka dengan Firdaus.
Pinky promise gitu!
"Bluekk!! Arya tak boleh tau rahsia ni sebab Arya tak buat pinky promise," ejek Hariz sambil memeluk lengan kekar milik Firdaus tanda mengejek gadis itu.
"Eee Firdauss! Nak tahu jugakk! Aku nak janji macam mana?" rungut Arya. Bencilah bila dia seorang sahaja wanita yang ada di situ.
"Atotototo sian dia, takpe... Nanti aku bagitahu kau," balas Firdaus. Arya mengangguk lemah.
Lelaki itu mengeluarkan sehelai kertas dari poket seluarnya sebelum diberikan kepada Arya.
"Pilih kasih sia dia ni! Perempuan tu tak janji dengan kau pun!" marah Naufal. Sepatutnya kertas itu berada ditangannya, bukan ditangan Arya!
"Kalau nak tahu hubungan aku dengan Aishlyn, tengok kertas tu," ujar Firdaus sinis. Naufal dan Hariz berdiri di belakang Arya sebelum mereka bertiga membaca maklumat yang tertera di kertas itu.
"Korang adik-beradik?!" terjerit tiga ekor anak anjing itu. Firdaus mengangguk.
"M-Macam mana?!"
"Nanti-nantilah aku ceritaa, sekarang ni korang tutup mulut. Aku taknak Ayana, mama dan Zaquan tahu yang Aishlyn tu adik aku, faham tak adik-adikku?" soal Firdaus sambil merenung tepat manusia-manusia yang berada di hadapannya satu persatu.
"Faham!!"
YOU ARE READING
3|| EC: Lynquan's First Love ©️ [UNEDITED]
Random"You play the game, and I'll determine if you score." {Under 'ECEY' series × third story} ⚠️Disturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationship. I do not tolerate bad reviews. Thankyou! Pasangan kekasih y...