"AKU masih tak percaya kau nak kahwin dengan dia. Wey siapa sangka kita akan kahwin dengan diorang," ujar Ayana sambil mengelap air matanya apabila melihat Aishlyn yang mengenakan baju nikah tersebut.
Mereka berempat kini berada dibutik pengantin untuk memilih baju Aishlyn. Mereka tidak tempah, hanya sewa memandangkan majlis kahwin itu pada hujung minggu ini.
"Lepasni korang berdua pula," ujar Aishlyn kepada Arya dan Felisha.
"Eee, tak berkembang la nanti. Aku nak kahwin dengan orang lain, taknaklah muka macam Hariz tu," balas Arya sambil membuat riak geli.
"Aku pun taknak Naufal. Dia kuat tantrum," ujar Felisha pula. Ayana dan Aishlyn ketawa.
"Cantiklah Aishlyn baju ni... Kau ambil yang ini jelah," ujar Ayana sambil membelek-belek tubuh gadis itu.
"Aku pun suka yang ini, korang jadi bridesmaid aku tau," ujar Aishlyn kepada ketiga rakannya. Tiba-tiba pintu butik itu dibuka.
Seorang gadis melangkah masuk.
"Lily? Buat apa dekat sini?" soal Aishlyn hairan apabila Lily mendekati dirinya.
"The thing is... " Lily masih teragak-agak untuk memberitahu Aishlyn kehendaknya.
"The thing is... Since I'm no longer the bride... I was thinking if I could be a part of this wedding? No, I won't sabotage you or anything... I just want to feel included," ujar Lily sambil menundukkan kepalanya.
Takut ingin memandang wajah empat wanita yang bekerjaya itu.
"The desicion is yours, Aishlyn," ujar Arya yang sedang fokus bermain PUBG didalam telefon pintarnya itu.
"Of coursee... Kau jadi one of my bridesmaid, nak?" tawar Aishlyn dengan senyuman. Terus raut wajah Lily berubah, akhirnya mereka menerimanya!
"Nakk! Omg I nak," jerit Lily ceria sebelum berlari memeluk Aishlyn. Aishlyn membalas pelukan Lily sambil ketawa.
"Aku ambil baju nikah yang ni, sekarang kita nak cari baju korang pula a.k.a bridesmaids," ujar Aishlyn. Mereka berempat mengangguk seperti kanak-kanak yang riang.
"Korang carilah dulu yang mana korang suka, aku nak tukar baju." Aishlyn hilang dari pandangan.
"Geng kita nak baju warna apa ni geng?" soal Felisha sambil membelek-belek baju yang ada.
"Pink belacan la wey, baru Aishlyn tak tenggelam," ujar Ayana pula. Arya, Felisha dan Lily terus bersetuju!
"Tapi... Betul ke Aishlyn nak kahwin dengan Zaquan?" soal Arya. Lily memandang gadis itu.
"Kenapa?"
"Betul juga kan... Macam mana kalau dia lari tiba-tiba?" fikir Felisha pula. Aishlyn itu bukan boleh dibuat main, ada sahaja akalnya ingin membuat kekecohan.
"Jangan nak fikir yang bukan-bukan. Pelamin, catering semua dah tempah, tak lucu ya kalau dia lari," celah Ayana tegas.
"I tak rasa dia akan lari. I yakin dia tak lari, dahlah jangan fikir benda-benda macamni. Diorang suka sama suka kan? Mustahil lah Aishlyn nak lari, tambah pula dengan perangai baran Zaquan tu... Dia takkan berani," tambah Lily pula.
YOU ARE READING
3|| EC: Lynquan's First Love ©️ [UNEDITED]
Losowe"You play the game, and I'll determine if you score." {Under 'ECEY' series × third story} ⚠️Disturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationship. I do not tolerate bad reviews. Thankyou! Pasangan kekasih y...