AISHLYN menarik nafas dalam. Berurusan dengan Lucas sangatlah mencabar emosi dan Imannya.
Gadis itu menghentak meja sebelum sekali lagi dia bangun dengan drastik. Jus epal yang berada di hadapannya di ambil sebelum dia simbah ke arah Lucas.
Terkejut semua orang di situ. Ada yang sudah mengeluarkan kamera untuk merakam kejadian yang bakal berlaku sebentar sahaja lagi. Zaquan juga turut terkejut melihat tindakan Aishlyn.
"Dah kata jangan sentuh aku kan?! Kau tak faham bahasa dekat mana lagi?! Gatal punya jantan! Mampus la kau dekat sini," bengang Aishlyn sebelum dia menendang perut Lucas kuat.
Jatuh kerusi lelaki itu dibuatnya. Aishlyn tak cakap banyak terus mengambil beg tangannya dan keluar daripada restoran tersebut dengan hati yang membara.
"Aishlyn!" Kedengaran suara Zaquan sedang memanggil dirinya namun dia endahkan sahaja.
Aishlyn berdiri di hadapan kereta Zaquan sebelum meletakkan beg tangannya di atas kereta lelaki itu. Wajah dikipas-kipas akibat kepanasan yang melampau.
"Dia ingat dia siapa?! Geramnya aku! Mampus la kena buang kerja ke apa, benci," bebel Aishlyn sendiri. Apabila sudah penat berdiri, dia duduk di bahu jalan dengan kain gaunnya menyentuh jalan tar itu.
Ya, Aishlyn memakai gaun berwarna ungu cair hari ini. Gadis itu merapatkan lutut ke dada sebelum dia membenamkan kepalanya.
Tanpa dia sedari, dia tertidur.
"Wey bangkit paa, gila apa kau lena tepi jalan," suara Zaquan menyapa pendengarannya. Aishlyn perlahan-lahan bangun sebelum berhadapan dengan lelaki itu.
"What was that? Why did you kicked him? Siap jurus air dekat dia ni kenapa? Takde adab ke Aishlyn? You're embarrassing me, my company and yourself," soal Zaquan bertubi-tubi.
"Kalau dia tak biadap sangat, saya tak buat lah semua tu! Dia ingat dia tu siapa nak sentuh-sentuh orang! Melampau! Eh Tuan tahu tak dia tu time tengah discuss tadi, dia selak kain saya pakai kaki jijik dia tu?! Nasib saya pakai seluar dekat belah dalam! Cuba kalau saya tak pakai?! Kalau ikut hati tu, bukan setakat tendang, saya akan toreh perut dia, bawak keluar usus lepastu sumbat dalam mulut dia sendiri! Melampau tahu tak melampau!!!"
"Mentang-mentanglah syarikat dia tu hebat, ada nama, dia boleh buat sesuka hati?! Eh atleast respect me as muslim woman la wey, penat-penat saya jaga maruah saya! Dia siapa??!!!"
Bertubi-tubi bebelan yang keluar daripada mulut Aishlyn. Terdiam Zaquan dibuatnya.
"But still... You humiliated him in public la, sayang. I don't care kalau muka dia berderemen ke apa since he freaking deserved it, and aku support kau pukul dia. But think about our reputation, benda ni akan rosakkan reputasi kita tau," tegur Zaquan lembut.
Fuh si setan ni jadi lembut la wey!
"Tuan kisah pasal maruah syarikat je! Maruah saya ni siapa nak kisah?! Geramnya rasa macam nak geget tayar kereta! Tuan taknak pecat saya? Saya kan dah malukan tuan dengan syarikat tuan? Taknak pecat ke?!" provok Aishlyn.
Entah mengapa hari ini dia rasa marah. Tiada emosi lain, hanya perasaan marah yang ada di dalam hatinya.
"Nonsense la nak pecat kau. I will never do that. Dahla jom kita pergi makan aiskrim, biarlah si Lucas tu. Aku dah batalkan kerjasama dengan dia," balas Zaquan santai.
"Baguslah. I don't want to see his face," balas Aishlyn dengan wajah yang mencuka. Zaquan hanya tersengih sambil mengangguk sebelum mereka berdua masuk ke dalam kereta.
Bersedia untuk ke destinasi seterusnya.
-K E E S O K A N H A R I N Y A-
"Good morning everyone," ujar Aishlyn ceria. Namun dia di hadiahkan pandangan yang agak hina oleh para pekerja.
"Look who's here... Perempuan yang ingat dia ma'am besar dalam office ni," ujar Mimi si pekerja di kaunter pertanyaan tingkat bawah dengan sinis.
Aishlyn menjongketkan keningnya.
"Eh perempuan... Kau tahu tak kau dah malukan syarikat ni dengan perangai terpaling baran kau tu?" soal Mimi lagi sambil menyilangkan tangannya di dada.
Mereka masing-masing hanya diam melihat Aishlyn yang ditindas itu.
"Apa benda korang ni?" soal gadis itu.
Mimi mengambil surat khabar sebelum dia membaling tepat ke arah muka Aishlyn. Aishlyn meringis kesakitan sebelum dia mengambil surat khabar yang jatuh ke lantai itu.
"Pembantu Peribadi syarikat KZ Holdings menendang dan menyimbah CEO ternama syarikat Luke's? Perempuan batak perhatian buat hal dekat restoran?"
Aishlyn membaca tajuk akhbar itu sebelum surat khabar itu dironyokkan kemudian di baling ke tong sampah.
"See? Perempuan tu kau kan? Tak tahu malu. Encik Luth kau dah rembat, Encik Lucas pun kau nak sebat? Tamak gila kau," ejek Mimi lagi.
Pandangan Aishlyn beralih kepada Amanda, Naddy dan Sarah.
"Don't tell me korang pun percaya benda-benda ni?" soal Aishlyn jengkel.
"W-Well... Bila difikirkan balik, it's quite weird you boleh jinakkan Encik Luth macam tu unless you're his mistress... Since the whole world tahu yang Encik Luth tu baran tahap maksimum," balas Naddy sambil memandang ke tempat lain.
"True... Aku pun nampak Encik Luth layan kau lebih dari orang lain. Kitorang kalau buat salah sikit, terus kena maki hamun. Kalau kau, tah macam takde apa-apa tindakan pun," tambah Sarah pula.
"And he kept looking at you with I don't know, mata yang lembut? Bangga? Suka? Even dengan Cik Lily pun dia tak buat macam tu... " sampuk Amanda.
"The conclusion is, you're his mistress," ujar Mimi lagi.
"Haih... Bertudung, tapi perangai macam jalang juga. Better yang tak bertudung, atleast tak jalang sana sini. Agak-agaknya kenapa dia tendang Encik Lucas tu? Oh yes, probably dia ajak gi hotel tapi Encik Lucas tolak. Mungkin Encik Lucas rasa tak worth it kot dengan perempuan macam dia ni, sebab tu dia bekeng, dia balun Encik Lucas dekat restoran tu," celah Qayyum pula.
"Betul juga, agak-agaknya dia malukan syarikat kita ni sebab Encik Luth pun reject dia! Gatal sangat, awhhh poor Aishlyn, takde laki nak dekat dia. Sedar diri la perempuan, kau tu buruk. Selekeh. Hodoh. Gemuk. Eh korang tengok tak gambar dia dulu? Omg buruk gila kot macam badak," cerita Mimi sambil ketawa terbahak-bahak.
Yang lain pun ikut ketawa bersama-sama dengan Mimi. Aishlyn hanya memandang mereka semua. Tajam.
🌸-arysffya-🌸
YOU ARE READING
3|| EC: Lynquan's First Love ©️ [UNEDITED]
De Todo"You play the game, and I'll determine if you score." {Under 'ECEY' series × third story} ⚠️Disturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationship. I do not tolerate bad reviews. Thankyou! Pasangan kekasih y...