Part 9
Jooheon terus memusingkan badannya. 'Kalau tak sakitkan hati orang lain tak boleh ke? Hyung tahu ke apa yang berlaku semalam....sedap mulut mengata' geram Jooheon. 'Hah...korang nampakkan reaksi dia...nampak sangat menipu...' kata Minhyuk sambil menunjuk ke arah Jooheon.Jooheon geram bergerak ke hadapan sedikit tetapi dihalang oleh IM. 'Hyung...jangan..hyung dah janji kan' kata IM. 'Hyung...tak boleh tahan dah...' kata Jooheon. 'Hyung tahu tak yang IM masuk hospital semalam...TAHU TAK! ' marah Jooheon. 'Hah!? IM masuk hospital!? Sebab apa? ' terkejut Eomma Arra.
'Kalau Eomma nak tahu...Eomma tanya lah sendiri kat Wonho hyung...dia penyebab IM masuk hospital semalam' kata Jooheon. Wonho terus berdiri 'memang aku yang buat kenapa salah ke? Dia yang dah ambil barang aku lepas tu tak nak jujur...memang kena lah dia' kata Wonho sambil jelingkan mata pada IM. IM menyorok di belakang Jooheon.
'Wonho hyung kalau marahkan IM sekali pun tak payahlah pukul sampai berdarah-darah....hyung ni memang tak de hati dan perasaan ke? ' tanya Jooheon. 'Ade aku kesah ke? Perkara yang dia buat dulu tu lagi menyakitkan...aku pukul dia sampai berdarah pun masih tak cukup untuk ubati luka kitaorang semua....kalau nak diikutkan hati aku...nak jer aku buat lagi teruk tapi disebabkan aku masih ade belas kasihan aku tak jadi buat macam tu' kata Wonho.
Eomma Arra yang dengar pertengkaran mereka tak boleh nak buat apa2 sebab Eomma Arra tak boleh masuk campur hal diaorang. 'Aku setuju dengan apa yang Wonho hyung cakap...' kata Hyungwon. 'Aku pun setuju' kata Kihyun dan Minhyuk serentak. Shownu pula hanya diam dan tak nak masuk campur hal diaorang.
'Korang semua ni memang kejam!!' tengking Jooheon. 'Shownu hyung...kenapa hyung senyap jer...kitaorang sibuk bertengkar boleh pulak hyung makan' kecewa Jooheon. Shownu berhenti makan dan pusing memandang Jooheon dan IM. 'Aku malas nak masuk campur hal korang semua...dan satu lagi aku tak nak menyebelahi sesiapa pun...dah sekarang aku nak pergi office...korang selesaikan masalah korang....ok bye' kata Shownu dan terus berjalan ke pintu keluar.
Jooheon geram dengan kata2 Shownu. 'Eh...dah lah Jooheon sampai bila kau nak menyebelahi budak pembawa nasib malang ni...tak de faedah pun' kata Hyungwon. 'Pembawa nasib malang? Perkara yang berlaku dulu tu...kemalangan tak de sesiapa yang akan jangka perkara tu akan berlaku...dan satu lagi masa tu IM kecik lagi...dia tak tahu apa2...kenapa hyung terus nak salahkan dia' kata Jooheon.
IM yang mendengar kata2 Jooheon terus menitiskan air matanya. 'Tak kesah lah...apapun dia tetap salah kalau dia dulu tak beria minta Eomma dan Appa beli hadiah hari jadi dia...Eomma dan Appa tak kan meninggal' kata Wonho. Kihyun, Minhyuk dan Hyungwon mengangguk. Jooheon geram terus mendekati Wonho dan menumbuk Wonho.
Wonho pun membalas tumbukan Jooheon. Mereka berdua bergaduh di situ. Eomma Arra dan IM cuba menghalang Jooheon daripada bergaduh dengan Wonho manakala Kihyun, Minhyuk dan Hyungwon pula hanya melihat. Akhirnya, mereka habis bergaduh. Wonho dan Jooheon terduduk di lantai. Eomma Arra dan IM membantu Jooheon berdiri manakala Kihyun membantu Wonho berdiri.
Mereka berempat terus keluar dari rumah. 'Hyung tak apa2 ke?' kata IM risau sambil dudukkan Jooheon di sofa. Bucu bibir Jooheon berdarah dan ade kesan lebam di pipinya. 'Arghh...tak apa2 hyung ok jer' kata Jooheon. 'Hyung kenapa buat macam tu...kan hyung janji...sekarang tengok..kan dah luka2....' kata IM risau sambil air matanya mengalir di pipinya.
'Ish...kenapa IM menangis ni...jangan lah menangis...buruk muka tu nanti' kata Jooheon sambil mengelap air mata IM dengan jari nya. 'Hyung ni..IM tengah boleh pulak dia main-main..hiks..' kata IM. 'Dah tak payah risau...memang tanggungjawab hyung pun untuk lindungi IM...' kata Jooheon sambil senyum. 'Jooheon...IM apa yang berlaku sebenarnya...kenapa Wonho pukul IM...IM buat ape' tanya Emma Arra.
IM pun ceritakan apa yang berlaku dari awal sampai akhir. 'Ouh...sebab tu jer...Wonho pukul IM...' kata Eomma Arra. Jooheon mengangguk. 'Hyung korang ni dah makin melampau...IM tak nak report polis ke? ' kata Eomma Arra. IM terus menggelengkan kepala. 'Tak payah...IM tak nak buat macam tu...biar jer diaorang...' kata IM. Eomma Arra menghela nafas kasar. 'IM dah bawa Jooheon masuk bilik...' kata Eomma Arra.
IM pun memapah Jooheon masuk ke dalam bilik. 'Jooheon hyung rehat lah dulu...IM masuk bilik dulu' kata IM. Jooheon mengangguk. IM pun masuk ke dalam bilik dan mencampakkan badannya di atas katil. 'Penatnya lah...kalau macam ni selalu...hmm' ngeluh IM dan menutup matanya.
Skip esok pagi
(6.00 pagi)
IM bangun bersiap nak ke sekolah walaupun luka di kepalanya masih belum sembuh. IM mandi dan bersarapan...kemudian Jooheon seperti biasa menghantar IM ke sekolah. Ketika tiba di sekolah, IM ingin membuka pintu kereta tetapi Jooheon memanggilnya. 'IM jap...betul ke IM dah ok...hyung takut kalau IM masih tak sihat...tengok kepala IM tu masih berbalut...nanti apa kata kawan-kawan...' risau Jooheon.'Hyung...IM ok jer lah...lagipun final exam dah nak dekat ni...tak boleh lah IM tak datang sekolah...hyung tak payah risau...Doyoung kan ade boleh tengok kan IM...' kata IM sambil senyum kecil. 'Ye lah kalau macam tu...kalau tak sihat atau tak sedap badan cepat-cepat telefon hyung tau...' kata Jooheon. IM mengangguk.
IM pun keluar dari kereta dan berjalan ni koridor sekolah. Ketika IM berjalan...semua pelajar memandang ke arah IM. IM menjadi tumpuan ramai pelajar 'we kenapa dengan kepala IM tu...' kata pelajar 2. 'Dia cedera ke? Kesian nya dia' kata pelajar 1. 'Dia cedera tapi masih datang sekolah? ' kata pelajar 3. IM menghiraukan kata-kata pelajar-pelajar tersebut dan terus berjalan masuk ke dalam kelas nye.
IM pun masuk ke.....
(Apakah yang akan berlaku pada part seterusnya?)
(Jangan lupa undi, follow dan komen tau)
Sambung Part 10
YOU ARE READING
Why You Hate Me?
Teen FictionKisah 7 beradik (Monsta X) Anak bongsu dari 7 beradik itu dibenci oleh abang2nya.... Eomma dan Appanya meninggal dunia kerana anak bongsu itu... Selepas dari kemalangan itu..mereka bertujuh dijaga oleh pembantu rumahnya.... Dari situ juga....abang2...