18| Perasaan

3 1 0
                                        

Part 18
Changkyun mendiamkan diri. 'Kenapa kau diam? Betul lah kan kau pun suka kan Wonyoung tu!!!!' kata Lee Know. 'Tak.....aku tak tipu kau.....' kata Changkyun merayu. 'Ahhhhhh....aku tak percaya kau....kau tak nak mengaku ye...korang pegang dia ni....' arah Lee Know. Hendery dan Yeonjun memegang kedua-dua tangan Changkyun dengan kuat. 'Argghhh...lepaskan aku....lepaskan aku...' kata Changkyun. Lee Know mengepal buku limanya lantas mendarat di pipi IM. Bukkk! Bukkk! Bukkk!

Sebanyak tiga tumbukan di pipinya menyebabkan bucu bibirnya terluka. Dia merasakan pipinya panas dan kebas. Badan mulai lemah. Lutut hampir jatuh ke lantai tetapi ditahan oleh Hendery dan Yeonjun. Lee Know menggenggam dagu IM dan menyelak rambut Changkyun menutupi dahinya. 'Macam mana? Sedap tak? Ni akibat rampas buah hati Lee Know!! ' kata Lee Know lantas menendang perut Changkyun menggunakan lutut berkali-kali.

Changkyun tidak boleh berkata apa-apa lagi. Mulut nya terkunci. Seluruh badan terasa sakit. Lee Know menendang perut Changkyun buat kali yang terakhir. Dia memuntahkan cecair merah dari mulut dan menitis ke lantai. 'Dah jom kita blah dari sini! ' kata Lee Know. 'Kau ingat ye...jangan dekati Wonyoung lagi' kata Yeonjun. Changkyun terduduk ke lantai. Badan lemah longlai. Air mata mengalir di pipi. 'Kenapa aku jadi macam ni....' bisiknya sambil mendongak ke langit.

Dia duduk kaku di situ untuk beberapa minit. Dia memegang kepalanya lalu meraba dahi terasa ade benjolan di dahi. 'Aduhhh...macam mana nak buat ni kalau hyung nampak ni...habis lah' kata Changkyun. TING! Masuk satu notifikasi di telefon nya.

[IM mana kau? Hyung dah sampai ni! Cepatlah!]

'Habis lah hyung dah datang! Macam mana aku sorokkan ni!' kata Changkyun gelabah. Dia lantas berdiri dan berjalan menghampiri koridor yang bersambung ke pintu keluar. 'Aku bagi alasan jer lah. Harap-harap hyung percaya.' bisiknya sambil mengelap bibir nya yang terluka tadi dengan bahagian dalam lengan baju.

Kini, dia telah berada di hadapan pintu kereta Jooheon. Pintu kereta dibuka. Lalu dia melabuhkan punggung di atas kerusi. 'Serabai nya rambut...mana mata kau..hyung tak nampak! Cuba sikat ke tepi rambut tu...baru lah kemas...' bebel Jooheon. 'Dah tamat waktu persekolahan kan...biar lah serabai...stress jawab kuiz tadi..' tipunya. 'Suka hati kau...' jawab Jooheon sambil memandu kereta.

Sesampai di rumah, Changkyun terus keluar dari kereta tanpa menghiraukan Jooheon. 'Aikk! Budak ni terus keluar je! Hmm... ' kata Jooheon kesal. Changkyun membuka pintu rumah lalu masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu ada Shownu, Hyungwon dan Minhyuk sedang seronok melayan televisyen. Kedengaran gelak tawa mereka yang tidak pernah didengari di telinganya sekian lama. Dia memberhentikan langkahnya lalu menatap ketiga-tiga abangnya. Mata Changkyun memandang tetap mulut mereka yang sedang ketawa menonton TV.

Senyuman yang sudah lama dia ingin lihat. Tanpa disedari, perlahan-lahan bibirnya juga mengukir satu senyuman kecil.

[Alangkah bagus kalau kita boleh senyum macam ni selalu sama seperti dulu]

'Apa tengok-tengok, hah!!!' tengking Minhyuk yang telah mengejutkan Changkyun dari khayalannya. 'Ahhh...tak de apa-apa...' kata Changkyun. 'Senyum-senyum bagai...jijik betul! Kacau mood betul lah kau ni..pergi lah sana...sibuk je!!!' marah Hyungwon. 'Lebih baik kau masuk bilik sekarang sebelum ada yang lebam nanti...' kata Shownu tanpa menoleh melihat adiknya itu. 'Sorry hyung...IM masuk bilik dulu' kata Changkyun dengan lembut.

Selepas Changkyun masuk ke dalam bilik, Jooheon masuk ke dalam rumah sambil membawa beberapa fail yang dipenuhi dengan kertas. 'Beratnya...' Jooheon mengeluh perlahan. 'Jooheon, mari Eomma tolong angkatkan ye! ' kata Eomma Aika yang menghampiri Jooheon dari menyiram pokok bunga. 'Terima kasih Eomma! ' kata Jooheon. 'Kenapa IM tak tolong kamu angkat fail-fail ni tadi? ' tanya Eomma Aika. 'Entah budak tu, terus melulu masuk ke dalam rumah, pelik betul perangai dia hari ni. ' kata Jooheon. 'Ke dia merajuk kamu ambil dia lambat kat sekolah tadi?' kata Eomma Aika lagi. 'Eh, mungkin jugak! Nanti Jooheon cakap dengan dia! ' kata Jooheon.

'Bila masa pulak IM pandai merajuk ni? ' kata Eomma Aika. 'Entah lah, mungkin dia tak de kawan kat sekolah kot? Sebab tu dia jadi sensitif sikit. ' sambung Jooheon. 'Doyoung tak de untuk teman dia, mungkin sebab tu dia jadi sensitif. Nanti jangan lupa pujuk IM tu! ' kata Eomma Aika. 'Okey, Eomma! ' kata Jooheon. 'Fail-fail nak letak dekat mana?' tanya Eomma Aika. 'Letak dekat atas katil je, nanti Jooheon nak susun semua kertas-kertas dalam fail tu. ' kata Jooheon. Jooheon dan Eomma Aika mengangkat fail-fail itu bersama-sama sehingga masuk dalam bilik Jooheon.

Skip malam
(9.00 malam)
Pov Changkyun
Changkyun duduk termenung kaku di atas katil sambil melihat ke arah bekas torehan nya pagi tadi. 'Arghhh...sakit! Kenapa lah aku bodoh sangat? Terfikir nak buat perkara di luar kawalan. IM...IM...kau kena kuat!' Changkyun berbisik seorang diri sambil mengelus perlahan luka torehan itu yang masih merah. Tiba-tiba pintu diketuk, dengan pantas dia menurunkan lengan baju bagi menutupi luka itu. 'IM, Eomma ada bawakan makan malam ni! ' kata Eomma Aika. 'Eh, Eomma kenapa susah-susah bawakan IM makanan ni? IM boleh turun sendiri, makan kat bawah lah. ' kata Changkyun lembut.

'Tak susah pun, Eomma tengok IM macam tak sihat je. Sebab tu Eomma bawakan makanan ni. ' kata Eomma Aika. 'IM sihat je lah, Eomma tengok lah! ' katanya tersenyum sambil membuka luas lengan. 'Ye Eomma tahu IM sihat fizikal. Tapi mental IM sihat ke? ' sambung nya lagi. Persoalan itu membuatkan dirinya terdiam kaku. 'Betul kan? Cuba cerita dengan Eomma, apa masalah yang IM hadapi? Eomma tahu, IM selalu akan mengadu dengan Doyoung kan? Tapi sekarang Doyoung tak de sisi IM dan jangan lupa IM masih ada Eomma dengan Jooheon. IM masih boleh mengadu masalah dengan kami berdua. ' kata Eomma Aika.

Kata-kata yang dilontarkan oleh Eomma Aika membuatkan hati rapuhnya tersentuh dan sebak. Mata Changkyun mula berair. Senyuman tadi bertukar menjadi kesedihan. Kepala ditundukkan ke bawah kerana malu memperlihatkan wajahnya yang berlumuran air mata. 'IM, kenapa tunduk? Mari sini! ' kata Eomma Aika sambil membuka luas lengannya ingin Changkyun masuk ke dakapannya. Perlahan, IM mendekati Eomma Aika lalu perempuan itu menarik masuk tubuh anak manjanya ke dakapan. Tubuh Changkyun dipeluk seerat-eratnya manakala Changkyun menangis teresak-esak di pelukan Eomma Aika.

'Lepaskan....lepaskan semua kerunsingan IM...Eomma akan teman IM...' kata Eomma Aika sambil mengelus perlahan bahu Changkyun. 'Hiksss! Hiksss..hikss..! ' tangisnya. Akhirnya, dia dapat melepaskan segala perasaan yang dipendamkan di dalam lubuk hati. Beberapa minit berlalu, Changkyun mulai tenang. Perlahan, dia meleraikan pelukan daripada Eomma Aika. Bekas tompakan air mata Changkyun jelas kelihatan di baju Eomma Aika. 'Macam mana? Dah rasa okey sikit? ' tanya nya dengan lembut. Changkyun mengangguk perlahan sambil kesenggukan.

'Sekarang boleh tak, cerita apa yang buat IM sedih macam ni? Kalau nak cerita, cerita lah. Eomma takkan paksa. Kalau tak nak cerita, tak pe. Eomma tak kisah pun. Tapi yang penting sekarang ni IM dapat keluarkan segala perkara yang dipendamkan? ' tanya Eomma Aika. 'Terima kasih, Eomma. ' kata Changkyun tersenyum sambil mengelap air matanya. 'Macam ni bagus! Jangan sedih-sedih, okey! Eomma sentiasa ada menemani IM sambil bila-bila! Kasih sayang Eomma ada dalam hati dan jantung IM! ' kata Eomma Aika sambil menuding ke arah hati dan jantung Changkyun.

'Sayang Eomma dangan Jooheon hyung! IM tak nak cerita sekarang, IM tak sedia lagi nak cerita. ' kata Changkyun. 'Tak pe, sekarang ni! IM makan, tengok badan IM dah susut sejak Doyoung tak de ni. Tak boleh jadi ni! IM kena makan banyak-banyak, okey! Mari Eomma suapkan! ' kata Eomma Aika dengan semangat. 'Eomma, IM dah besarlah! Biarlah IM makan sendiri. ' kata Changkyun sambil tersenyum kecil. 'Tak boleh! Eomma nak suap jugak, kalau tak nanti IM makan sikit je! Nanti sakit macam mana? Risau Eomma tau kalau IM sakit! Jadi sekarang buka mulut Eomma suapkan! ' kata Eomma Aika sambil menghala sudu yang berisi makanan ke mulut Changkyun.

Skip esok pagi......

(Apakah yang akan berlaku pada part seterusnya?)
(Jangan lupa undi, follow dan komen tau)
Sambung Part 19

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Apr 12 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Why You Hate Me?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang