14| Mall

15 3 0
                                    

Part 14
Keesokan paginya, IM bangun dari tidur lalu mandi seperti biasa. Dia menuruni tangga lalu mendekati Jooheon yang sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen. 'Hyung....tak pergi kerja ke hari ni? ' kata IM lalu duduk disebelah nya. 'Tak...hyung cuti dua hari...Isnin nanti baru kerja....kenapa tanya? ' kata Jooheon sambil matanya fokus pada TV. 'Tak de apa-apa...' kata IM sayu. Jooheon menoleh IM lalu memegang pehanya. 'Kenapa ni...sedih jer' kata Jooheon.

'Doyoung....dia tak de kat sekolah 2 bulan sebab ada kem' kata IM. 'Ouh...tak de teman lah ni...dah tak payah sedih...' kata Jooheon. 'Bukan sedih...cuma sunyi dan bosan kalau Doyoung tak de...' kata IM manja. 'IM disebabkan hari ni hyung cuti apa kata hyung bawa IM keluar pergi jalan-jalan....' kata Jooheon. 'Nak...nak...' kata IM teruja. 'Kalau macam tu pergi lah bersiap...' kata Jooheon. IM lantas berlari menuju ke bilik nya menukar pakaian.

Selepas beberapa minit, IM berjalan luar rumah sambil membawa beg di pinggang nya. 'Mana Jooheon hyung ni? ' kata IM sambil menjenguk ke dalam rumah. Eomma Arra mendekati IM. 'IM nak pergi mana...wangi semacam...pergi dating ye...' usik Eomma Arra. 'Ish...mana ada....Eomma ni...IM nak keluar jalan-jalan dengan Jooheon hyung...' kata IM. 'Ouh....bukan selalunya keluar dengan kawan kamu tu ke? ' kata Eomma Arra. 'Hah? Siapa? ' kata IM. 'BFF kamu tu apa nama dia? ' kata Eomma Arra. 'Ouh...Doyoung...' kata IM. 'Haah dia lah' kata Eomma Arra.

'Dia tak de...dia pergi kem 2 bulan...' kata IM sendu. 'Patutlah anak kesayangan Eomma ni monyok jer tadi....' kata Eomma Arra sambil mengelus kepala IM. IM lantas memeluk Eomma Arra dengan sikap manja. Eomma Arra pun membalas pelukan itu dengan lembut. 'IM kan dah besar kenapa masih manja lagi ni...' kata Eomma Arra. 'Macam mana IM nak hilangkan sikap manja...orang yang IM sayang cuma ada tiga orang...Eomma, Jooheon hyung dan Doyoung jer...' kata IM dengan manjanya.

'Yelah...yelah...sayang IM...' kata Eomma Arra semakin memeluknya dengan erat. 'Aikkk...Jooheon pulak macam mana Eomma....' kata Jooheon mendekati mereka. Mereka merenggangkan pelukan nya. 'Mestilah sayang jugak...Eomma yang jaga dan tengok korang semua membesar depan mata...takkan lah Eomma tak sayang....' kata Eomma Arra sambil memegang tangan Jooheon dan IM. 'Terima kasih Eomma sebab sabar dengan perangai kitaorang semua...' kata Jooheon. 'Sama-sama....ehhh...dah lah...kata nak keluar jalan-jalan tadi...bye...' kata Eomma Arra.

Dalam perjalanan
IM termenung ke luar tingkap dengan wajah yang sendu. IM mengeluh sambil fokus melihat bangunan di luar. 'IM dah lah termenung tu...' kata Jooheon. 'Mana ada termenung...' kata IM menafikannya. 'Tengok reaksi muka kau pun hyung tahu...tak payah nak mengelak...cuba senyum sikit kan kita nak jalan-jalan...' kata Jooheon. IM mengukir senyuman kecil di wajah nya. 'Hah...baru lah comel...' kata Jooheon sambil mencubit pipi IM. 'Sakit lah hyung...' kata IM sambil mengelus pipinya.

'Perlahan jer pun...mengada sangat...' kata Jooheon. 'Hyung ni sama macam Doyoung suka cubit pipi IM...tengok habis tembam pipi IM...' bebel IM. 'Cubit sebab comel...geram tengok perangai manja kau...' usik Jooheon. 'Tu bukan alasan untuk cubit pipi IM ni....' kata IM mencebik. 'Eh...dah tak payah nak merajuk sangat...dah sampai pun ni...' kata Jooheon. IM memandang ke luar tingkap. 'Kita pergi mall nak beli apa? ' kata IM. 'Pergi shopping lah....' kata Jooheon sambil mematikan enjin kereta.

'Hyung...IM bukan perempuan nak shopping-shopping ni....' kata IM.  'Hyung nak beli baju baru untuk TV show nanti....' kata Jooheon. 'Kalau macam tu hyung pergi lah shopping....IM nak round mall ni...' kata IM. 'Nak kad kredit tak? Mana tahu kau pun nak beli apa-apa kat sini...kau pun tak pernah datang sini kan? ' kata Jooheon sambil membuka beg dompet nya. IM dengan pantas menahan tangan Jooheon. 'Tak payah hyung, kad kredit hari tu pun banyak lagi duit...tak pe....kalau hyung dah habis shopping call IM tau....' kata IM. Jooheon mengangguk.

IM pun berjalan di bahagian kafeteria mengambil bau makanan yang menusuk ke dalam rongga hidung nya. 'Sedap nya bau makanan ni....tapi nanti lah makan...beli makanan sama-sama dengan Jooheon hyung.....' bisik IM. Sedang seronok berjalan tiba-tiba IM berhenti betul-betul di depan dinding kaca kedai mainan. Di sebalik kaca itu terdapat sebuah kotak kereta mainan. Mata lekat memandang mainan itu. Jantung nya mula berdegup laju. Mata IM berkaca-kaca. IM mendekati dinding kaca itu lalu menyentuh kaca tersebut dengan tangan yang menggeletar.

Hati mula terasa sebak. 'Eomma~Appa~Maafkan IM....' batin IM. IM menutup mata rapat. Setitis air mata jatuh ke pipinya. Hati seakan-akan retak apabila melihat kereta mainan itu. Mengingatkan dirinya tentang tragedi yang berlaku beberapa tahun dulu. Masa yang membuat dirinya mula hidup dalam kebencian dengan orang terdekat. Rasa sakit yang paling menyakitkan dalam hidup nya. Tragedi yang menyebabkan dirinya kehilangan kedua orang tua dan juga kasih sayang abang. IM pun sedar dari alam kesedihan nya. Dia mengelap air mata menggunakan sapu tangannya.

'IM stay positif IM...jangan disebabkan masa lalu kau ingat semua kesakitan dan kesedihan yang akan mempengaruhi diri kau...ingat kau masih ada Eomma Arra, Jooheon Hyung dan Doyoung....stay positif...' kata IM pada dirinya sendiri. IM menarik nafas panjang lalu melepaskan nya dengan penuh kelegaan. IM berjalan di bahagian kedai pakaian jenama mahal. 'Nak beli baju ke...aku rasa tak perlu kot...hah! Skincare aku dah habis...nasib baik aku ingat...mana Watson ye...rasa nya tadi macam ada nampak kat depan tu...pergi dulu lah....' bisik IM.

IM memasuki kedai Watson lalu mencari bahagian skincare kegemaran nya. 'Mana pulak skincare fav ku...hmmm' kata IM sambil matanya ligat memerhatikan setiap rak. Akhirnya, IM menjumpai skincare fav nya di rak paling belakang. 'Tinggal satu jer...kena ambil dulu ni...' kata IM. Ketika IM mencapai tangannya ke skincare itu pada masa yang sama ada seorang perempuan juga ingin mengambil skincare itu. Pergerakan perempuan itu lebih cepat menyebabkan skincare itu telah diambil oleh perempuan itu. 'Alah....' kecewa IM sambil memegang rak kosong itu. 'Eh...IM!? ' kata perempuan itu terkejut.

IM pun menoleh.....

(Apakah yang akan berlaku pada part seterusnya?)
(Jangan lupa undi, follow dan komen tau)
Sambung Part 15

Why You Hate Me? Where stories live. Discover now