6| Salah Faham

25 2 0
                                    

Part 6
Eomma Arra meletakkan mangkuk yang berisi japchae di depan IM. IM tanpa membuang masa terus makan. Tengah sedap IM makan...'IM...nanti Eomma nak keluar tau...nanti tolong Eomma basuhkan baju kotor boleh...nanti Eomma balik...biar Eomma yang sidai ok...boleh tak? ' tanya Eomma Arra. 'Boleh jer...Eomma nak pergi mana...' kata IM dengan mulut penuh.

'Adalah...IM tak payah sibuk...dahlah Eomma nak bersiap dulu..nah ni kunci rumah...' kata Eomma Arra sambil menghulurkan kunci rumah kepada IM. IM pun mengambil kunci itu. Selepas 5 minit, Eomma Arra turun dan berjalan ke pintu keluar. 'IM...eomma pergi dulu ye...jaga rumah...faham tak...' kata Eomma Arra. 'Ye...bye...hati-hati kat jalan raya tu...' kata IM sambil makan.

Skip habis makan
IM membasuh mangkuk japchae tadi dan mengunci pintu rumah. 'Hah....basuh baju pulak...' kata IM sorang2. IM pergi ke bilik laundry...memasukkan satu persatu baju dan memeriksa setiap pakaian yang berpoket. Ketika sedang memeriksa poket seluar Wonho...IM terpegang sesuatu.

IM mengeluarkan barang itu. 'Eh...ni kan kad credit Wonho hyung...nanti lah aku bagi' IM memasukkan kad credit Wonho ke dalam poket seluarnya. IM sambung masukkan baju ke dalam mesin basuh.

Skip selesai basuh baju
'Ah...selesai pun...banyak sangat orang dalam rumah...baju pun jadi banyak...hmmm' kata IM sambil baring di sofa. IM baring sambil melihat telefon nya. Lama-kelamaan IM tertidur.

Skip Malam
(8.00 malam)
'Haishhh...dah malam ni...tak de sorang pun yang balik...banyak sangat kerja ke...Eomma kata nak balik petang tapi tak balik2 pun orangnya...' bebel IM sorang2 sambil menyilangkan tangan. IM bangun dari sofa dan berjalan ke dapur nak minum air. Baru saja 3 tapak melangkah....tiba-tiba RING...RING....RING...RING...Telefon IM berbunyi.

IM terus mencapai telefon nye dan menjawab panggilan telefon. 'Hah...Eomma...knp tak balik lagi...lama IM tunggu tau...kata nak balik petang....ni dah malam ni...' kata IM. 'Sorry Lah...eomma rasanya eomma tak boleh balik malam ni..eomma balik esok....hyung IM dah balik ke...' tanya Eomma Arra. 'Sorang pun belum balik...IM sorang2 Kat rumah ni...' kata IM.

'Lah...tak balik lagi...tak pe...biar eomma telefon diaorang...ok' kata Eomma Arra. 'Ok lah...bye' kata IM. IM pun menutup panggilan telefon. Selepas 30 minit, loceng rumah berbunyi....TING...TONG...TING....TONG. IM terus membuka pintu...Wonho yang sedang berdiri di depan pintu. 'Hyung...dah balik..' kata IM sambil senyum kecil. Wonho hanya senyap dan tidak memandang Wonho.

Wonho terus naik ke masuk ke dalam biliknya. 'Haishhh...wonho hyung jer yang balik...yang lain mana...' bisik IM sambil memandang ke luar pintu. IM terus menutup pintu...duduk di sofa dan menonton televisyen.

Pov Wonho
Wonho meletakkan botol airnya dan beg gim dia di atas katil...masuk mandi. Selepas 10 minit mandi, Wonho keluar dan memakai baju. Wonho duduk di atas katil dan mengambil beg dompetnya. 'Aku tak periksa baki...yang cashier tadi pulangkan...' kata Wonho sambil membuka dompetnya. 'Hah...cukup2...' kata Wonho.

Wonho memeriksa kad creditnya cukup ke tidak. 'Eh....kurang satu ni...mana lagi satu...ade 5 jer...sepatutnya ade 6...' kata Wonho. Wonho terus berdiri dan mencari di seluruh bilik nya. 'Mana pulak aku letak...tak silap aku...aku simpan dalam poket seluar semalam....' kata Wonho. 'Mesti ade dalam seluar semalam...hah..aku telefon Eomma...' kata Wonho.

Wonho terus menelefon Eomma Arra. 'Hello...eomma...ade basuh baju semalam kan....ade jumpa kad credit Wonho tak? ' tanya Wonho. 'Hah..kad credit...Eomma tak basuh semalam...IM yang basuh baju tadi..pergi tanya dia..' kata Eomma Arra. 'Ok...' kata Wonho. Wonho terus turun dan mendekati IM.

'IM...' panggil Wonho. IM pusingkan pandangan ke arah Wonho. 'Kau ade jumpa ape2 masa basuh baju tadi? ' tanya Wonho dingin. 'Hmm..tak de jumpa apa2 pun..' kata IM. IM masa ni lupa pasal kad credit tadi. 'Kau jangan nak tipu aku...mesti ade kat kau kan.. ' kata Wonho geram. 'Apa benda..IM tak ambil lah...IM tak jumpa ape2 pun tadi...' kata IM.

Wonho yang tak puas hati terus meraba poket seluar IM. Wonho jumpa sesuatu ni poket IM. 'Hah!...ni ape!? ' marah Wonho sambil menunjukkan kad credit tu. IM membulatkan matanya...'haah...lah aku jumpa kad credit Wonho hyung petang tadi...tapi aku lupa...haishhh' kata IM dalam hati.

'Ni apa!? Ko sebenarnya nak ambil aku punya kad kan....' kata Wonho marah. 'Tak..wonho hyung sebenarnya petang tadi IM ingat nak bagi hyung tapi..IM lupa..' kata IM. 'Dah...kau tak payah nak berdalih...kalau memang kau jumpa kad aku petang tadi...kenapa kau bagi aku masa aku balik tadi hah!? Nampak sangat kau sebenarnya nak ambil aku punya kad kan sebab kau tak de duit...!? ' marah Wonho.

'Tak...Wonho hyung...IM lupa tadi..' kata IM nak mempertahankan dirinya. 'Dasar penipu!! ' tengking Wonho dan terus menampar pipi IM. 'Arghh..hyung...sumpah IM tak tipu..' kata IM. Wonho yang geram terus menolak ke dinding dengan kuat. 'H...hyung...IM tak ti..pu..' kata IM lemah. IM terduduk di lantai.

Wonho menarik kerah baju IM dan menumbuk muka IM. 'Lain kali...jangan nak menipu...jujur je kalau kau ambil barang aku....kau faham!? ' tengking Wonho. IM tak jawab apa2. Wonho melepaskan kerah baju IM dengan kasar dan menyebabkan kepala IM terhantuk kuat pada bucu meja ruang tamu.

Wonho tak peduli dan terus masuk ke dalam bilik. 'Arghh...' IM ngerang kesakitan. IM memegang kepalanya dan berdarah. IM rasa pedih gila kepalanya. IM cuba bangun tapi tak boleh sebab kepala IM sakit yang amat. Pandangan mata IM mula kabur dan IM tak sedarkan diri.

(Apa yang akan berlaku pada IM?)
(Jangan lupa undi, follow dan komen tau)
Sambung Part 7

Why You Hate Me? Where stories live. Discover now