Part 10
IM pun masuk ke dalam kelas. Semua classmate nya memandang ke arah IM. Semua terkejut melihat kepala IM berbalut. Doyoung yang sedang membaca buka tidak perasan kehadiran IM. Ada salah seorang rakannya berkata 'doyoung..IM datang lah..' kata rakannya itu. Doyoung terkejut melihat IM hadir ke sekolah. Doyoung terus menutup bukunya dan mendekati IM. 'Changkyun...kenapa kau datang sekolah ni...kau kan belum sembuh...' kata Doyoung.'Tak pe...aku dah ok lah...tak payah risau...' kata IM sambil memegang bahu Doyoung sambil senyum kecil. 'Ok lah kalau kau ok...tapi ingat tau kalau tak sihat terus bagitahu aku...dah jom duduk' kata Doyoung. Cikgu Jisu pun masuk ke dalam kelas. 'Ok class hari kita tak belajar...nak tahu tak sebab apa? ' kata Cikgu Jisu. 'Sebab apa cikgu? ' kata IM.
'Hari ini ada satu grup K-pop idol nak datang ke sekolah kita dan akan buat persembahan di sekolah kita...' kata Cikgu Jisu teruja. Satu kelas terus menjadi riuh-rendah. 'Siapa cikgu? ' kata perempuan 1. 'Monsta X!!! ' kata Cikgu Jisu. Satu kelas teruja melompat-lompat kecuali Doyoung dan IM. IM menghela nafas kasar sambil menggelengkan kepala dan terus membuka buku teks.
'Buang masa...' bisik IM. Doyoung dengar apa yang IM kata. 'Kau tak nak pergi ke persembahan Monsta X tu...grup tu popular tau sekarang...' kata Doyoung. 'Kau tahu kan sekarang exam dah nak dekat....tapi diorang masih ade masa nak berseronok...buang masa kau tahu tak...' kata IM. 'Tu lah yang kau tak faham...disebabkan exam dah nak dekat lah sekolah jemput grup K-pop tu datang untuk hilang stress kita bila study...' kata Doyoung.
'Apa-apa lah...aku tak nak join kalau kau nak pergi....pergi lah' kata IM. 'Alah teman aku pergi dewan Jer...lepas kau teman aku...kau balik lah kelas semula...boleh lah....' kata Doyoung sambil monyot bibirnya. 'Tak nak...' kata IM. Doyoung memegang tangan IM 'Alah...boleh lah....boleh lah...pliss....pliss...bolehlah' pujuk Doyoung sambil mengoyangkan tangan IM.
'Ye lah...yelah...' kata IM sambil hembus nafas kasar. 'Terima kasih...kau memang kawan yang baik...' kata Doyoung dan terus memeluk IM. 'Ishhh...apa kau ni...peluk...peluk geli lah' kata IM sambil meregangkan pelukan Doyoung. 'Alah nak peluk pun tak boleh...hermmm' kata Doyoung muncungkan bibirnya.
Skip
Semua pelajar berlari ke dewan termasuk lah Doyoung dan IM. Doyoung berlari hadapan IM manakala IM menyusul di belakang nya. IM berasa sangat tak selesa di tengah keramaian itu. Ketika sedang menyelit di tengah keramaian...tiba-tiba seorang pelajar tak sengaja tertolak IM. Dan menyebabkan IM terhantuk di dinding dengan kuat. Doyoung perasan IM terhantuk terus mendekati IM.'Changkyun kau ok tak...siapa yang tolak kau ni...' kata Doyoung risau. IM rasa seperti ade cecair mengalir di dahinya. 'Changkyun....luka kau berdarah baliklah...' kata Doyoung terkejut. IM terus meletakkan tangannya pada dahi dan berdiri. 'Tak pe sikit jer ni...kau pergi lah...aku boleh uruskan sendiri...' kata IM. 'Tak boleh macam tu...risau pulak aku...' kata Doyoung.
'Tak pe...aku ok...kau pergi lah...terlepas nanti persembahan...bukan senang dapat jumpa K-pop idol depan mata kan...' pujuk IM. 'Betul ke kau tak apa-apa...pasti kau ok....ishh...tak boleh lah sikit aku tolong....' kata Doyoung. 'Tak payah...dah...dah pergi...aku ok jer...bye' kata IM sambil menolak Doyoung masuk ke dalam dewan.
Koridor pun telah kosong tiada sosok seorang pelajar pun. IM berjalan di koridor dan menuju ke tandas sambil memegang dahinya yang masih mengalir darahnya. Sesampai di tandas, IM berdiri di hadapan sinki dan mencuci lukanya. 'Arghhh...sakitnya' ngerang IM sambil mencuci lukanya itu. Setelah selesai, IM membasuh tangannya dan mengelap tangannya pada sapu tangan yang dibawa.
IM menyeluk poketnya mencari plaster dan botol ubat luka.(botol ubat tu kecil jer tau so muat letak dalam poket seluar) 'Aikk...aduh....tak de lah pulak....botol ubat dan plaster dua-dua tak de...tercicir ker....aduh susah lah macam ni' bebel IM sorang2. 'Aduh...sakitnyalah kepala aku....kena cari cepat botol ubat dan plaster aku ni...' kata IM dan terus keluar dari tandas.
IM berjalan di koridor mencari botol ubat dan plaster nya. 'Mana pulak tercicir ni...' kata IM sambil memegang kepala yang masih sakit dan pedih. IM terus kan mencari di sepanjang laluan koridor ke dewan. 'Tak de...macam mana ni kepala aku dah sakit sangat ni...' kata IM sambil menggelengkan sedikit kepalanya. Langkah IM dah tak stabil.
IM dah mula rasa tak sedap badan. Pandangan matanya samar-samar. IM terjatuh ke lantai dan pengsan.
Skip
(1.00 petang)
Persembahan telah tamat. Semua pelajar keluar dari dewan. 'Risau pulak aku dengan IM...macam mana keadaan dia...' kata Doyoung sambil berjalan laju. Ketika berjalan di koridor, Doyoung nampak ramai pelajar berkumpul di koridor seperti ade sesuatu berlaku. Doyoung yang ingin tahu terus mendekati mereka.Doyoung menyelit di kalangan pelajar-pelajar di situ dan membulatkan matanya. 'Changkyun!! ' kata Doyoung. Doyoung terus mengangkat kepala IM dan letakkan di pehanya. 'Changkyun! Changkyun! Bangun! ' kata Doyoung sambil menepuk perlahan pipi IM. Cikgu Jisu pun sampai di situ. 'Kenapa ni...' kata Cikgu Jisu.
'Tadi lepas kitaorang keluar dari dewan lepas tu nampak IM dia dah terbaring kata sini tak sedarkan diri...' kata salah seorang classmate nya. 'Dah..sesiapa tolong papah IM ke bilik rawatan...' kata Cikgu Jisu. IM pun dibawa ke bilik rawatan sekolah. IM pun dirawat oleh doktor sekolah. Doyoung tunggu di luar bilik rawatan.
Doyoung mengeluarkan telefon nya dan mendail nombor Jooheon.Pov Jooheon
Jooheon sedang makan tengah hari bersama Hyunjin dan pengacara TV yang lain. Tengah sedap bersembang dan makan tiba-tiba telefon Jooheon berbunyi. Jooheon mengambil telefon nya. 'Eh...Doyoung..' kata Jooheon. 'Aku nak angkat telefon kejap tau...korang makan lah dulu...' kata Jooheon dan terus bangun. Jooheon berdiri di penjuru studio dan mengangkat panggilan telefon Doyoung.'Kenapa ni Doyoung...? ' kata Jooheon. 'Jooheon hyung...Changkyun...dia' kata Doyoung tersekat-sekat. 'Kenapa dengan IM....' kata Jooheon panik. 'Jooheon hyung...Changkyun pengsan' kata Doyoung. 'Apa!!? ' terkejut Jooheon.
Jooheon pun terus...
(Apakah yang akan berlaku pada part seterusnya?)
(Jangan lupa undi, follow dan komen tau)
Sambung Part 11

YOU ARE READING
Why You Hate Me?
Fiksi RemajaKisah 7 beradik (Monsta X) Anak bongsu dari 7 beradik itu dibenci oleh abang2nya.... Eomma dan Appanya meninggal dunia kerana anak bongsu itu... Selepas dari kemalangan itu..mereka bertujuh dijaga oleh pembantu rumahnya.... Dari situ juga....abang2...