"Gemini!" Winny berlari lari anak ke arah Gemini yang sedang mengutip bola yang digunakan mereka untuk practice tadi. Gemini memalingkan kan wajahnya dan memandang Winny.
"Ha?" Tercungap cungap Winny dibuatnya lalu menepuk bahu Gemini. Gemini hanya memandang sahabatnya itu pelik.
"Mark.. dia pindah" terbeliak mata Gemini dibuatnya sebelum menarik tangan Winny dan berlari naik ke blok engineering.
Sambil berlari, Gemini sendiri tidak tahu tujuannya kemana sebab yang dia tahu sekarang ni dia hanya nak jumpa dengan Mark. Kejadian 1 minggu yang lalu masih berbekas di mindanya.
"Gem, tu!" Tunjuk Winny dimana kelihatan Mark sedang berdiri sambil memegang kotak di tangannya. Tidak lupa, Ford kawan kepada Fourth turut ada disitu.
Mereka berdua berlari ke arah Mark. Ford yang melihat kehadiran mereka mulai berundur dan beredar, dia ingin membiarkan tiga sekawan itu bersendirian.
"Mark.." Ucap Gemini dengan wajah sedih. Mata Mark seakan akan sudah mati rasa. Tiada expression muka sekalipun.
"Mark, perlu ke sampai nak pindah bagai? Teruk sangat ke aku ni kat mata kau, Mark?" Tanya Gemini membuatkan Mark menundukkan kepalanya. Tangannya digenggam kuat.
"Ha.. ini bukan soal teruk tak teruk, Gem. Aku buat ni demi kebaikkan aku dengan kau. Kebaikkan kita berdua, aku tak nak spend masa aku dekat tempat yang akan buat aku berdendam dengan kau" Kata Mark panjang lebar. Winny hanya berdiam sahaja sebelum menggelengkan kepalanya.
"Kau tahu kan Mark, Fourth pun belum buat pilihan sama ada dia nak kau atau pun Gemini. Kenapa kau nak lari dari masalah? Selesaikan dulu" kata Winny pula yang hanya dibalas ketawa kecil dari Mark
"Kau ingat dia nak ke pilih aku? Mamat ni dari awal awal lagi memang dah melekat dengan Fourth. Aku? Memang dari awal tak ada peluang." Gemini mulai berasa sebersalah. Memang dari awal lagi Gemini cuba untuk mendekati Fourth, cuba untuk masuk ke dalam hidupnya. Bahkan terang-terangan menggoda Fourth.
"Aku minta maaf, Mark. Kita dah kawan lama, aku tak sangka persahabatan kita ni tamat sebab benda remeh ni." Mark hanya memandang Gemini
"Remeh? Pada kau remeh tapi pada aku. Hilang orang yang aku suka, yang aku kagum dekat someone yang aku dah anggap macam adik sendiri.. tak remeh, Gem." Winny melihat Ford yang turut memegang kotak dibelakang Mark.
"Dia kenapa?" Tanya Winny
"Dia.. ikut aku" Berkerut dahi Gemini.
"Kalau ye pun tak suka aku, aku rasa tak perlu kot kau pisahkan Ford dengan kawan kawan dia juga." Mark menolak Gemini menggunakan kotak yang ada ditangannya.
"Kau ingat aku perangai sial macam kau ke. Dia yang nak ikut aku. Aku tak paksa dia." Dengus Mark membuatkan Gemini memandang Ford lama.
"Pasti ke apa kau buat ni, Fourth tahu ke?" Ford menganggukkan kepalanya membuatkan Winny dan Gemini mengeluh perlahan.
FLASHBACK
LAST NIGHTFourth dan Satang sedang enak menyantap sate ayam yang dibelikan oleh Ford. Sekarang mereka bertiga berada di apartment milik Ford, entah kenapa Ford memanggil mereka untuk berkumpul.
"Eh Ford, sini lah makan dahulu. Asyik kehulur kehilir je dah kenapa?" Tanya Satang sambil mulut nya tidak berhenti mengunyah sate ayam tersebut.
Ford mengeluh lalu duduk di hadapan Fourth dan Satang.
"Aku.. aku nak pindah." Tersembur sate ayam yang dimakam Satang tepat kena muka Ford membuatkan lelaki itu terjerit kecil
"Woi!" Marah Fourth cecepat dia bangun mengambil tisu dan mengelap bekas sate yang ada di muka dan baju Ford
![](https://img.wattpad.com/cover/341127137-288-k913997.jpg)
YOU ARE READING
[ BL ] MY ECSTASY | GEMINIFOURTH
Hayran KurguKisah dimana Fourth seorang penulis buku yang menggunakan nama samaran 'Tulisan Bintang' jatuh cinta dengan peminat bukunya sendiri, Gemini. HOMOPHIC DNI. (n.) Slow Update don't be silent reader please ^__^ 28 jun 2023