BAB 3

945 12 0
                                    

"TUAN KAI?"

Suara tu ketara sangat berbunyi terkejut, disertai pula dua tiga lagi emosi lain. Hairan dan bingung.

Kai senyum nipis saja dekat Bu Rahmah. Senyum sebelah bibir. Kaki pijak lantai lepasi pintu, masuk ke dalam rumah. Kunci kereta di tangan, terdengar berlaga dengan gugusan kunci penthouse.

 Kunci kereta di tangan, terdengar berlaga dengan gugusan kunci penthouse

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bu Rahmah masih terpisat-pisat. Dia memang tengah lena tadi, waktu interkom di biliknya berbunyi nyaring tanda ada orang menekan suis loceng di pagar besar mansion ini. Dalam terpisat-pisat itulah dia bangun membuka pintu utama rumah.

Mana tak terkejut bila tengok tuan besar tu balik ke banglo ini tengah-tengah malam buta. Tak pernah-pernah dibuat sebelum ni. Macam buang tabiat pun ada juga rasanya ni.

Tapi dalam terpisat-pisat itu dia masih sedar yang kejadian ini bukan mimpi. Lekas-lekas Bu Rahmah tutup pintu. Kunci kemas. Berketak bunyi yang keluar. Kemudian Bu Rahmah mengekori Kai.

"Tuan Kai mahu saya kejutkan Puan Sri?" Suara lembut dan sopan layaknya seorang bibik. Mengantuk-mengantuk pun kerja tetap kerja.

"Tak payah, Bu Rahmah. Kai nak terus naik ke bilik Kai, nak terus tidur." Suara tuan besar masih santai. Masih menapak, menuju ke lif utama.

Bu Rahmah tak tahu nak buat keputusan.

"Oh..." Untuk awal-awal ini, itu dahulu yang keluar. Sambil-sambil dia kerah otak mencari ayat seterusnya.

"Tuan Kai mahu Bu Rahmah siapkan minum? Makan ke?"

Dari belakang ni tetap boleh nampak yang Kai tersenyum dengar soalan dia ni. Menoleh Kai pada dia.

Dan memang betul pun. Di bibir Kai, tengah segaris senyuman mesra terukir.

Tapi sekejap saja Kai menoleh ke arah dia ni. Kai kembali memandang hadapan. Tekan punat di dinding lif. Kemudian menunggu. Kai silang dua tangan di dada.

"Kai dah mengantuk ni, Bu Rahmah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kai dah mengantuk ni, Bu Rahmah. Tak larat nak masukkan apa-apa dalam perut Kai dah."

"Oh..." Itu lagi yang keluar. Teragak-agak lagi untuk seketika.

Lecturer Itu Suami Aku [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now