"APA awak buat kat sini, Kai? Berani awak langgar undang-undang universiti?" Soalan tegang Dr. Nasuha.
Undang-undang universiti memberi amaran yang satu-satu pensyarah itu dilarang keras memasuki kawasan universiti di sepanjang tempoh mereka digantung tugas. Jika undang-undang itu dilanggar, maka pensyarah itu akan dihadapkan ke mahkamah universiti di atas akta keselamatan universiti. Hukuman yang lebih keras bakal dikenakan. Tak mustahil pesalah bakal dilucutkan jawatan dan disaman.
"Saya datang sebab Dr. Fairuz bagitau saya pagi tadi yang Milna belum dapat cari supervisor untuk FYP. Saya datang untuk consult Milna, memandangkan hari ni hari terakhir untuk dia cari supervisor."
Dr. Nasuha masih tak puas hati dengan jawapan itu. Dipandangnya semula Milna dan dia menerpa semula gadis itu sambil berusaha mencapai tangan gadis itu.
"You..."
"Jauhi Milna." Dr. Kai membawa Milna berundur beberapa tapak. Dieratkan tangan kanan yang memeluk bahu gadis itu.
Milna sememangnya dari awal tadi lagi tak selesa dengan keadaan ini. Pelukan Dr. Kai terlalu erat, sampai dia terpaksa menenggelamkan wajahnya di dada lelaki itu. Kuat aroma perfume orang tu mencucuk-cucuk hidungnya. Dia tak selesa dengan aroma yang strong lagi sensual tu.
Dia cuba leraikan tangan lelaki itu dari tubuhnya, tapi Dr. Kai lekas mengusap bahunya perlahan. Jelas memintanya bertahan seketika. Keadaan sedang tak selamat untuk Milna. Dibimbangi jika dia lepaskan Milna, Dr. Nasuha akan lebih agresif menyerang.
Milna mendongak cuba cari mata orang tu. Tapi mata Dr. Kai kelihatan terus tajam menikam Dr. Nasuha.
"Berani you all tunjukkan terang-terangan hubungan sulit you all depan I, Kai." Dr. Nasuha mengugut.
"Terpulang apa pun juga yang Dr. nak fikir. Saya tak mahu peduli. Tapi tolong jangan apa-apakan Milna." Jawapan Dr. Kai mudah.
Milna tak puas hati dengan cara berfikir yang semacam itu. Mana boleh tak peduli. Nanti makin teruklah orang kata macam-macam!
Dr. Nasuha pula nampak sakit hati yang bukan calang-calang dengan pendirian tegas Dr. Kai. Membela Milna pula tu, pelajar yang memang tengah di dalam sasarannya. Gelak Dr. Nasuha satu kali.
"Siapa Milna sampai awak lebih pentingkan dia daripada diri awak sendiri?" Sinis.
Tapi Dr. Kai tetap dengan ketegasan yang sama.
"Milna tanggungjawab saya."
Satu lagi ayat yang menyakitkan telinga orang-orang yang bermusuh dengan budak perempuan tu.
"Sesiapa pun juga yang cuba-cuba mengapa-apakan dia, saya takkan izinkan."
Gelak lagi Dr. Nasuha. Berpaling membelakangi dua manusia itu. Berjalan menuju ke dinding pejabat yang diperbuat daripada kaca biru. Berpeluk tubuh. Gerahamnya terketap. Rahang bergerak-gerak.
"I sense a lot of enthusiasm in you, maybe because you're a fresh instructor, Kai."
Dr. Fairuz juga kelihatan tersenyum mendengar tempelak itu. Bersetuju tentunya.
"I guess your wife should know this. Ada perempuan mentah yang dah mula masuk ke dalam hati suami dia."
Lekas Milna mendongak semula ke wajah Kai. Cemas dengan ugutan yang orang tu lemparkan.
Lagi-lagi bila tengok orang tu mengeluarkan telefon canggihnya dan mula menghubungi seseorang.
"Dr...." panggilnya. Tangan menggenggam baju Dr. Kai di bahagian dada.
YOU ARE READING
Lecturer Itu Suami Aku [BAKAL TERBIT]
RomantikTo love you, I don't need a reason. - Kai Beyazi