BERANI betul Dr. Kai mungkir janji.
Kemain lama Milna tunggu Dr. Kai pagi ni, sebab malam tadi Dr. Kai janji akan datang jemput dia dan bawa dia ke klinik bersama-sama. Tapi sampai ke sudah tak nampak bayang.
Milna cuba call orang tu, tapi semedangnya orang tu tengah on call dengan orang lain.
"Dia bersembang dengan siapa yang lama sangat ni? Dia dah berbaik balik dengan wife dia ke?" Milna tak puas hati pandang skrin telefon yang masih tak mampu reach lelaki itu.
Berkali-kali dah dia cuba hubungi orang tu. Dah berlalu masa dua jam pun. Sekarang dah pukul sembilan pagi pun. Matahari pun dah naik segalah.
Mengomel-ngomel perempuan tu di tepi pagar besar rumah.
Tetap tak puas hati, sudahnya dia bangun dari bangku batu. Berjalan ke banglo sebelah. Tekan loceng di tepi pagar. Kemudian berjengket-jengket menjengul kepala ke keadaan di dalam kawasan rumah itu. Menunggu-nunggu maid orang tu keluar.
Kenapa dia tak cuba cari aje bayang kereta orang tu? Kan lebih mudah. Kalau ada kereta orang tu, sah-sah itulah tanda yang orang tu memang dah ada di rumah orang tuanya ni. Kan?
Masalahnya dia tak boleh buat macam tu. Sebab reka bentuk dan seni binaan rumah Tan Sri Edward dengan Puan Sri Lucy ni langsung tak sama dengan rumah orang tua Milna. Rumah keluarga super elit itu, kawasan parkir keretanya berada di tingkat bawah tanah. Jadi dari atas sini, memang takkan boleh nampak sebarang kenderaan terparkir depan rumah.
Di tingkat groundfloor ini, seluruh laman khusus untuk rekaan landskap semata-mata.
Front yard dan backyard. Taman bunga dan private pool. Disertai kawasan air terjun dan sungai buatan yang dipenuhi ikan arowana yang pelbagai warna.
Ah, dia sendiri yang design rekaan landskap rumah ni dulu, tahulah dia.
"Iya, Cik Milna?" Akhirnya keluar pun Bu Rahmah di muka pintu.
Milna menjengket lebih tinggi. Sebab pagar kecil ini pun memang tinggi.
"Bu Rahmah. Dr. Kai ada?"
"Oh, Tuan Kai. Ada, Cik Milna."
"Tolong panggil dia kejap. Kata saya nak jumpa."
"Sekejap ya, Cik Milna."
Milna turun dari menjengket. Betul-betulkan beg silang di badan.
Sesaat dia pandang sneakers di kakinya. Tak tahu nak buat apa. Bosan. Dia belek-belek ringkas sneakers biru itu.
YOU ARE READING
Lecturer Itu Suami Aku [BAKAL TERBIT]
RomantikTo love you, I don't need a reason. - Kai Beyazi