KEPALA rasa pening. Mata pun rasa perit. Macam nak demam.
Milna mengerang lemah.
Badan rasa lesu lain macam. Sempat dia tertanya-tanya. Kenapa ni?
Dia celik mata. Ruang tempat tidur ini gelap. Dia cuma nampak semuanya dalam keadaan yang samar-samar sahaja.
Dahi berkerut sambil-sambil otak cuba loading dan kenal pasti suasana bilik ini. Dia picit dahi.
Rasanya ini bukan bilik dia. Bilik dia bukan macam ni.
Ini tempat asing ni. Itu yang paling kuat hatinya katakan.
Dia mengerang lagi.
Cuba bangkit dari pembaringan. Dalam lesu itu dia paksa juga jasad keluarkan sisa-sisa tenaga.
Tiba-tiba terasa satu tenaga yang kuat merentap tangannya. Terjatuh semula dia di atas tilam.
Dia cemas bila sedar ada individu lain di dalam bilik ini. Menoleh dia ke bantal sebelah.
"Takkan nak pergi dah?" Orang tu mengangkat sedikit badan lalu mendekati dia.
Tanpa sebarang kata, orang itu merangkul jasadnya erat. Tapi mata masih terpejam. Dan bibir sedang bersahaja mengukir senyum.
"Adam?" Suaranya dah terketar-ketar.
Dia tak sanggup nak membayangkan apa yang dah berlaku ke atas dirinya. Malam tadi seingat dia, dia keluar makan dengan Adam. Tapi setakat itu saja yang dia boleh ingat. Adakah...
Tak, tak. Tolong bagitau dia yang semua ni cuma gimik. Tolong. Kalau ini mimpi, tolong cepat-cepat kejutkan dia.
"Finally dapat pun saya rasa badan awak, sayang."
Gelinya dengar ayat penafian kepada kata-kata mindanya itu. Dia boleh rasa tangan Adam di bawah selimut yang sedang merayap di atas tubuhnya. Dia boleh rasa bahawa sentuhan itu tanpa lapik. Maknanya di tubuh dia sekarang ni dah tak ada pakaian.
"Lama dah saya teringin."
"Apa awak dah buat dekat saya, Adam?" Dia menolak tangan lelaki itu dari tubuhnya.
Dia gelabah bangun. Tarik selimut dan membalut tubuhnya kemas. Dia turun katil. Berlari keluar dari bilik itu.
Adam ikut bangun. Tanpa seurat benang, Adam turun katil. Berjalan ke arah dia yang berada di luar bilik.
"Jangan dekat!" Milna tempik.
Adam berhenti menapak. Tapi sesaat kemudian, meriah senyuman di bibir. Tetap menapak ke arah dia. Berhati-hati.
"Sekarang ni belum siang pun lagi, sayang. Baru pukul dua. Jomlah kita sambung projek mega kita."
"Jangan dekat saya cakap!"
"Uh, tinggikan suara?" Adam angkat kening.
"Diam, Adam. Lagi awak bercakap, lagi saya rasa nak bunuh awak."
Adam senyum sebelah bibir.
"Awak lupa ke? Awak wajib taat dekat saya, tau? Awak akan jadi isteri saya tak lama lagi. Sekaranglah masa untuk practice."
"Sudah-sudahlah dengan ayat penunggang agama tu, Adam... Meluat saya dengar!" Air mata berhamburan di situ juga.
Senyum lagi Adam.
"Kenapa marah-marah ni? Awakkan dah janji akan susah senang dengan saya?"
Milna tahu keadaan langsung tak selamat untuk dia. Langsung dia pun berlari lagi. Tiba di dapur, terus dicapai sebuah laci. Buka. Dia sambar sebilah pisau darinya dan mengacukan ke arah Adam. Dalam masa yang sama dia terus berundur menjauhi lelaki itu.
YOU ARE READING
Lecturer Itu Suami Aku [BAKAL TERBIT]
عاطفيةTo love you, I don't need a reason. - Kai Beyazi