BAB 9

564 6 3
                                    

PENAT.

Sebaik terbuka saja lock di pintu, Kai tak banyak-banyak kira lagi. Hanya menarik pintu lalu melangkah masuk ke dalam penthouse.

Rambut pun dah serabai. Dia kocak-kocak lagi, kemudian meneruskan langkah yang longlai.

Rasa agak panas. Dia buka kancing pada kamejanya. Empat butang teratas dia leraikan dari lubangnya. Terdedah sebahagian besar dadanya.

Panjang betul hari ni. Sampai dia pun tak sanggup nak ingat lagi. Makin geram dekat budak perempuan tak semenggah tu, sudahnya malam ni dia balik sini.

Ya, selepas dua minggu dia tak pulang ke rumah ni. Merajuk dengan Jane punya pasal.

Ah, Jane! Itu lagi satu.

Dia ingatkan bila dia bawa diri berhari-hari macam hari tu, Jane akan pujuk dia. Alih-alih, sampai lebih dua minggu dia pulang ke rumah orang tuanya pun, sepatah haram Jane tak tanya apa-apa. Nak telefon atau sekurang-kurangnya hantar WhatsApp ke. Tak ada!

Sampai macam ni sekali Jane tak anggap dia ni penting, dia aje yang terhegeh-hegeh. Sudahlah, sampai sini aje pun dah cukup jelas.

Kai teralih perhatian bila terdengar suara perempuan mengerang. Jane? Jane tak keluar ke mana-mana malam ni?

Dalam suram pencahayaan ruang tamu, Kai pandang jam tangannya.

Dah lebih dari jam dua belas malam.

Pelik. Selama ni tak pernah Jane melekat di rumah. Balik rumah semata-mata untuk tidur aje, tak pernah lebih dari tu.

Adakah sebab Kai tak ada di rumah ni, baru Jane terfikir nak berbaik dengan rumah ni? Seanti itu Jane terhadapnya?

Kai mengubah haluan. Tak jadi terus masuk ke biliknya. Kai menuju ke master bedroom. Bilik Jane.

"Auch, baby..." Erangan keasyikan. Suara Jane pertama kali dia dengar sebegini menggoda.

Tak sampai sesaat kemudian, telinga ni dengar pula suara lain menyambut desahan Jane. Jane tidak bersendirian?

Maknanya sepanjang hampir tiga minggu dia tak ada ni, ini kerja Jane? Langsung tak pedulikan dia, bahkan semakin seronok mengisytihar kemerdekaannya. Bahkan dalam rumah dia sendiri ni pun Jane dah mula berani bawa orang luar masuk? Jane cuba cabar dia ke apa ni?

Pintu bilik tertutup, tapi tak rapat. Terbuka tiga puluh lima darjah.

Dia boleh nampak terang-terangan pakaian bersepah di lantai. Boleh nampak juga aksi di atas katil sana. Aksi ranjang yang sedang menghampiri kemuncak. Yang mana, lelaki yang bersama-sama isterinya pada saat ini adalah... Eric. Teman yang paling dia percaya selama ini.

Baik, ini betul-betul dah melampau.

Cinta! Sayang! Tapi jangan sampai membodohkan diri membenarkan lagi semua kehendak nafsu perempuan itu. Dia sedar disebabkan dia terlampau bersabarlah Jane sampai berani menghinanya setahap ini. Di dalam rumahnya sendiri Jane menduakan dia!

Dia rempuh pintu.

Tapi nampaknya dua makhluk terkutuk tu memang betul-betul dah tak wujud lagi di bumi ini. Dah berada di syurga, sebab tu langsung tak sedar kewujudan dia di sini. Terus juga dengan aktiviti mereka.

Tiba di katil, dia layang penerajang pada Eric yang sedang berada di atas tubuh Jane.

Tercampak Eric ke penjuru dinding. Terperosok.

"Kai!" Jane tempik nyaring.

Kai pantas menghinggapkan renungan terbakar ke mata Jane.

Jane baru teringat dirinya tiada sebarang urat benang. Jane lekas-lekas rentap kain selimut, balut tubuh dengannya. Tutup daripada pandangan Kai. Malu?

Lecturer Itu Suami Aku [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now