BAB 17

504 8 5
                                    

TIBA-tiba ibu jari Dr. Kai hinggap di hujung bibirnya.

Dia terhenti mengunyah. Angkat pandangan.

Lelaki itu mengelap-lap kesan kari yang tersisa di hujung bibirnya.

"Comotlah. Tak comel dah."

"Macam selama ni saya comel pula." Dia seriuskan muka. Ditolaknya tangan orang tu.

Tapi Dr. Kai senyum sendiri saja.

Apa? Tengah kutuk dialah tu!

Dia tak puas hati.

"Dah banyak kali saya bagitau Dr.. Jangan sentuh saya, jangan sentuh saya. Tuhan saya marahlah."

Dr. Kai pandang dia tanpa sedikit pun tanda-tanda mahu meminta maaf.

"Dr. tengah mengejek saya ke apa ni? Dr. nak tuduh saya ni perempuan kolot ke?"

"Apa pula macam tu? Jauh sangat tu."

Milna masih geram.

"Habis tu kenapa Dr. langsung tak ambil berat pada pendirian saya? Dr. cuba menghina agama saya ke apa ni?"

"Milna..." keluh Kai akhirnya. Lemah senyum untuknya.

"What?" Milna menunjukkan bunga-bunga mahu masuk ke dalam watak brutalnya.

"Setahu saya selama ni, bila lelaki sentuh satu-satu perempuan tu, itu tandanya dia betul-betul sayang."

"But in my religion, that action means you're insulting me!"

"Mana adalah..."

"Habis tu?"

Dr. Kai diam sekejap.

Milna berbuku aje balas tatapan lembut orang tu dengan renungan garangnya.

"Bagi lelaki, Milna... Semakin kuat rasa suka dia pada satu-satu perempuan tu, memang akan semakin kerap dia suka sentuh perempuan tu. Itu psikologi normal untuk semua lelaki dalam dunia ni."

Milna tak berganjak daripada memuncung.

"Tak sangka pula agama awak larang buat semua tu."

"Semua agama pun larang pergaulan bebas sebenarnya, Dr.." Milna mencelah laju.

Kai kerut dahi. Sedikit terkejut dengan fakta itu.

Milna angguk tegas.

"Semua agama larang."

Kai ringkas angkat bahu. Sambung makan.

"Saya tak rapat dengan agama. Jadi saya tak tahu. Agama saya sendiri pun saya tak berapa faham. Pergi church pun saya tak pernah, inikan pula nak hafal hukum-hukum yang ada dalam Bible."

Milna macam susah nak percaya aje dekat pengakuan itu. Dr. Kai setakat nak bela diri ke apa ni?

"And kalau awak nak kata saya ni tak ada agama pun saya tak kisah. Memang gaya hidup saya selama ni langsung tak menunjukkan yang saya ni hidup bertuhan. Saya selesa dengan cara macam ni."

See? Betapa jauhnya jurang pemikiran dia orang!

Merengus Milna. Nak makan pun dah tak ada mood. Nasib baik perut tengah lapar. Diambilnya daging kambing, rakus disuapnya ke mulut.

Bila pandang semula Dr. Kai, lelaki itu nampak sedang selesa membiarkan anak mata mendarat pada wajahnya. Seakan-akan itulah ketenangan bagi lelaki itu, iaitu bila dapat melakukan perbuatan itu. Lembut raut wajah lelaki itu menilik wajahnya.

Makanan paling sedap adalah makanan percuma, Milna! Jadi kau kena makan aje! Makan aje banyak-banyak, Milna, even merembat bahagian orang tu sekali pun.

Makan!

.

.

.

"MARRY me, Eric."

Eric sedang terbaring kepenatan di sebelah Jane ketika itu. Baru lepas melalui fasa klimaks senggamanya. Lafaz perempuan itu buatkan Eric menoleh. Pelik dengar permintaan yang tiba-tiba.

Dilhatnya Jane sedang termenung jauh dan sayu. Macam ada masalah.

"What do you mean?" Dia tak faham.

Jane nampak berbeza akhir-akhir ni. Nampak macam bersedih.

Jane menarik anak mata yang tadinya bermastautin di siling ruang tamu itu. Jane pandang Eric.

"Be my hubby, my soulmate. Let's get official."

Tergelak Eric tiba-tiba.

"Why?" Jane tak sedap hati lihat begitu cara Eric menjawab permintaannya.

"Alright, let's cut to the chase, Jane."

Berdebar Jane dengar. Macam ada berita buruk bakal didengarinya.

"Why so sudden? Hmm?" Eric mengirai-ngirai helaian rambut Jane yang berada di tepi telinga. Eric belai-belai.

Jane tak segera jawab. Satu saja jawapan di dalam kepala dan hatinya pada waktu ini. Dia nak buktikan pada Kai yang dia jauh lebih bahagia tanpa lelaki itu. Setakat Kai, sikit pun dia tak hairanlah!

"What do you mean by 'sudden request', Eric? I've been waiting for you for such a long time. It's been six years already, long before I knew Kai."

"You're just one of my fuck toys, lady. You yourself also indulge me like that, right?"

Berdesing telinga dengar pengakuan tu. Bulat mata tenung sang pacar.

"Fuck toys, baby?"

Eric sekali lagi pelik dengar cara Jane menjawab. Kerut dahi.

"What's with that look? Am I wrong?"

Jane angkat tangan. Usap-usap kepala Eric. Lembut dan penuh cinta.

"For these six years, I was just a fuck toy in your eyes?"

Heh, Eric sengih. Eric tolak ke tepi tangan Jane.

"I'm bisexual, lady, for your information. And I'm habitually more captivated by guys."

Lecturer Itu Suami Aku [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now