BAB 25

1.1K 18 12
                                    

TIBA di rumah Aunty Lucy dan Uncle Edward.

Terbuka saja pintu, Aunty Lucy dan Uncle Edward bergegas bangun dari sofa. Lekas-lekas dapatkan pintu.

Nampak Kai menapak masuk ke dalam rumah. Kai pelawa Milna masuk.

Milna di belakang Kai. Senyap dan sedang despair. Milna menurut pelawaan Kai. Menapak masuk ke dalam rumah juga.

"Milna!" Aunty Lucy dapatkan Milna.

Milna pandang suara yang memanggilnya. Terus dapat lihat wajah risau orang tua Kai.

Milna senyum tetapi ketara nampak tengah tiada semangat.

"Aunty."

Aunty Lucy pegang dua bahu Milna. Pandang kiri kanan pipi Milna yang merah dan sedikit bengkak. Kemudian pandang atas bawah.

Sesudah itu dipeluknya perempuan itu. Erat.

"Syukurlah Milna tak apa-apa. Aunty dengan uncle risau tak kira tadi."

Tak apa-apa? Apa maksud Aunty Lucy? Apa-apa yang macam mana? Tak cukup hancur lagi ke hidup dia ni? Nak hancur macam mana lagi?

Aunty Lucy mengusap-usap bahu Milna.

"Milna tinggal dengan kita untuk sementara, mommy. Sebelum Kai carikan rumah sewa lain untuk Milna. Bolehkan, mommy?" Kai mencelah mereka.

Mommy menoleh. Tak faham.

"Umi dengan walid dah buang Milna, aunty. Tak bagi Milna balik rumah dah." Milna menerangkan. Leraikan pelukan dan pandang Aunty Lucy.

Mommy pandang Milna semula. Lagi nampak simpati.

Diusap-usapnya kepala Milna.

"Boleh, boleh. Banyak bilik kosong rumah ni. Pilih aje mana Milna nak duduk."

Sekali lagi Milna hampir-hampir tewas dengan perasaan sendiri. Aunty Lucy lebih percaya dia berbanding keluarga dia sendiri.

Dalam sebak Milna senyum. Tunduk salam Aunty Lucy.

"Thanks, aunty. Milna janji Milna akan tolong Bu Rahmah buat kerja rumah. Milna takkan susahkan aunty dengan uncle."

"Eh, jangan macam tu... Milna duduk aje dalam rumah ni macam mana kami duduk. Aunty dengan uncle memang suka Milna ada dekat sini. Lebih selamat untuk Milna."

Diam semula Milna. Kalaulah yang mengucapkan kata-kata ini adalah umi dengan walid...

Aunty Lucy tarik tangan dari salaman Milna. Aunty tarik semula ke dalam pelukan.

Menangis sudahnya Milna. Tak boleh lawan dah. Angguk-angguk dia.

Aunty leraikan pelukan. Senyum pandang wajah Milna. Disapu-sapu air mata Milna. Kemudian tepuk-tepuk lembut belakang Milna.

"Sudah. Tak mahu menangis. Milna ada kami. Kami boleh jadi orang tua Milna. Yeah... Walaupun tak ada orang boleh gantikan ibu bapa kandung kita. Aunty tahu tu. Tapi sekurang-kurangnya Milna anggaplah kami ni macam keluarga angkat Milna sendiri. Boleh?"

Milna senyum di dalam kesyahduannya. Milna angguk.

Aunty Lucy senyum. Tapi tak lama. Aunty pandang Bu Rahmah.

"Bu Rahmah, tolong bawakan Milna ke bilik."

Bu Rahmah dah mengangguk dah waktu tu. Dah siap nak jemput Milna seperti yang diarahkan dah. Tetiba Kai muncul di tengah-tengah mereka.

Lecturer Itu Suami Aku [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now