Cikgu baru

17.8K 411 14
                                    

"Wei! Perlahan lah sikit. Sakit tau kaki aku kejar kau. "
Hampir terputus nafas Darissa akibat mengejar rakannya yang sedang bergerak pantas menuju ke dewan sekolah.
"Minah ni kalau dah lambat orang kat belakang jatuh pun dia tak kesah! Ish! Apa punya kawan lah. "Desis Darissa dalam hati. Darissa amat geram dengan perangai rakannya yang suka membuat kerja dengan lambat. Sepatutnya pelajar-pelajar pagi sudah mula bergerak masuk ke dewan pada jam 6.55 pagi. Tapi sekarang ni dah jam 7.06 pagi! Perhimpunan akan mula pada jam 7.10 pagi. Mana-mana pelajar yang lewat masuk ke dewan diarahkan untuk berdiri di tepi dewan. Sangat memalukan!

"Fuhh nasib baik lah kita sempat masuk dewan. Kalau tak.. habis lah kita kena diri tepi dewan. "

"Kau tu lah! Nak sangat breakfast bagai. "
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu negara ku dan diikuti bacaan doa. Selepas itu guru yang bertugas pada minggu lalu menyampaikan laporan sekaligus membuatkan Darissa Sofea dan Jasmin Asynina berasa amat bosan.

Jasmin sudah mula ber'gossip' dengan rakan-rakan di belakangnya . Sudah tentu mereka berbual tentang cerita-cerita yang baru berlaku dan yang pasti cerita-cerita tersebut haruslah panas membara sehingga meletop top top!

"Cha ada cikgu baru wei. Cikgu lelaki. Handsome gitu. "

"Ohh.. "

"Ohh je? Kau ni tak best lah! "Jasmin merengus apabila Darissa tidak berminat langsung tentang perkhabaran guru lelaki yang sedang hangat dibualkan oleh gadis-gadis di sekolah mereka.

"Silakan guru -guru baru untuk memperkenalkan diri. "
Pengetua mengarahkan guru-guru yang baru untuk memperkenalkan diri mereka sebelum waktu perhimpunan habis.
"Assalamualaikum dan selamat pagi. Nama saya Siti Nursyafikah. Saya mengajar subjek Agama Islam. Boleh panggil saya ustazah Syafikah. "
"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Harris Aryan. You guys may call me Sir Aryan or Cikgu Aryan. Saya mengajar subjek mathematic. "
Dimulakan dengan guru perempuan dan diakhiri dengan guru lelaki. Keadaan dewan menjadi riuh-rendah selepas sesi perkenalan guru-guru baru.
'Haish tu pun nak kecoh ke? "

" Pelajar dan guru-guru diminta berdiri Untuk menyanyikan lagu sekolah. "

-Kelas 5 Arendelle *frozen gitu. Hahaks. *

"Kelas berdiri! Salam sejahtera cikgu. "

"Salam sejahtera cikgu. "
Kelas 5Arendelle mula senyap kerana subjek pertama pada hari ini ialah mathematic dan guru tersebut ialah guru lelaki baru yang digilai ramai pelajar-pelajar perempuan termasuk Jasmin. Ughs.

"Saya akan mengantikan Cikgu Hisyam .Guru maths kamu. Saya harap kamu semua boleh bagi kerjasama apabila masa saya mengajar. " Cikgu Aryan memberitahu serba sedikit tentang keberadaannya di kelas 5Arendelle.

"So, saya tak tahu lagi nama kamu semua. How about you guys perkenalkan diri dulu baru kita start belajar. Saya nak tahu fullname, favorite subject and if you guys didn't mind to tell me your favorite teacher in this school. "

"YEAHH! WE LIKE IT. " 5Arendelle bersorak keriangan apabila Cikgu Aryan mengarahkan mereka untuk memperkenalkan diri. Part 'favorite teacher ' sangat menarik perhatian pelajar-pelajar 5Arendelle .

"Hahaha.Okay let's start over there. "

Cikgu Aryan mengarahkan pelajar yang duduk di sebelah kanan belakang kelas untuk memulakan sesi perkenalan diri.Bermula daripada Alisa. Leader kaki-kaki diva.

"Haii. Nama saya Alisa Rose Binti Dato' Kamil. Urmmm my favorite subject ialah mathematic and my favorite teacher dalam sekolah ni ialah.. OF COURSE LAH SIR ARYAN!!! Ahaha. " Tutur Alisa dengan lenggok gediknya.

"Hek eleh minah ni. Sejak bila pula kau minat maths ni. "

"Dia minat maths sebab cikgu Aryan. "

"Actually dia minat cikgu Aryan jer bukan nya betul-betul pun dia minat maths. "
Terdengar suara-suara sumbang yang menyindir Alisa.
Sebenarnya Alisa amat tidak suka pada subjek mathematic. Semasa Cikgu Hisyam mengajar maths, Alisa sering ke tandas dan merayau-rayau di kawasan sekolah. Baginya matapelajaran maths sangat membosankan. Apabila cikgu Hisyam memarahinya dia akan melawan dan mengatakan cara cikgu Hisyam mengajar sangat membosankan.

Disebabkan itulah kelas 5Arendelle tidak berpuas hati apabila Alisa mengatakan subjek kegemarannya adalah mathematic.

Sesi perkenalan diri berjalan dengan lancar dan sekarang adalah masa Darissa dan Jasmin untuk memperkenalkan diri.

"Hai Cikgu Aryan. Nama saya Jasmin Asynina Binti Jaslan. Favorite subject saya ialah science sports and favorite teacher saya.. Hehehe Cikgu Aryan. "
Selesai Jasmin memperkenalkan diri, Darissa bangun dan mula memperkenalkan diri.
"Hi. My name is Darissa Sofea Binti Iskandar. My favorite subject is Science Sport, and I don't know who is my favorite teacher. Thank you. "

DarissaWhere stories live. Discover now