Rumah Mama

6.8K 172 5
                                    

Jam sudah menunjukkan angka 8. Darissa si isteri pemalas terjaga apabila Iphone nya menjerit minta disambut.

Darissa tidak mengendahkan bunyi nada dering yang membingitkan telinganya dan dengan senang hati mencampak Iphonenya ke bawah katil. Darissa kembali menyambung tidur nya.

Apabila sekali lagi Iphone nya berbunyi Darissa dengan segera duduk dan menjerit sekuat hati melepaskan geram terhadap pemanggil yang telah dihadiahkan berbakul bakul bertong tong sumpah seranah daripada Darissa.

Aryan yang sibuk memasak di dapur hanya memekak kan telinga kerana terbiasa dengan situasi -situasi yang menggerunkan atau gila yang diasaskan oleh Pengasas Persatuan Isteri Pemalas , Puan Darissa Sofea.
Bertambah api Darissa apabila nama pemanggil tersebut adalah Shameer. Sejak kebelakangan ini Shameer kerap menghubunginya. Darissa rimas dengan panggilan bodoh Shameer.

Darissa malas memberitahu Aryan kerana takut hal kecil diperbesar besarkan. Bukan boleh dijangka Aryan ni. Mahunya ditumbuk lobang hidung budak si Shameer tu. Tak ke menangis anak orang dibuatnya.

--

"Morning mem. " Sapa Aryan sambil tangan masih ligat mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggan.

"Em. Morning. " Jawab Darissa bersahaja kerana malas bergurau senda sambil memerhatikan tiap inci wajah sehingga tubuh sasa suaminya.

Terbit perasaan halus yang menjentik hati Darissa apabila memerhati Aryan yang sibuk membuat kerja dapur. Rasa kesian. Yaa.. Kesian terhadap Aryan yang terpaksa menyediakan sarapan untuknya sedangkan dia baru pulang daripada kampung menjenguk mak su nya yang accident motosikal.

"You balik rumah mama you ke hari ni? " Soal Aryan memecahkan kesuyian di antara mereka.

"Ha'ah. "Jawab Darissa dan menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulutnya.

"Tengahari nanti I hantar you. Lepas tu I balik kampung tengok Mak Su. Nanti I call you kalau I dah sampai " Pesan Aryan

Aryan berhasrat ingin turut sama berjumpa dengan mertua nya. Tapi apakan daya Aryan harus pulang semula ke kampung untuk menjenguk Mak Su nya yang cedera ringan. Biarpun cedera ringan, Aryan tetap merasa risau terhadap Mak Su dan risau terhadap Darissa yang pulang ke rumah mertuanya.

Selepas mereka bersarapan, Aryan cepat-cepat mengemas meja makan dan dapur.

Aryan ingin berehat sebentar sebelum menghantar Darissa dan bertolak ke kampung.

Sekali lagi hati Darissa dijentik rasa kasihan melihat wajah lesu Aryan yang sibuk mengemas meja makan mengalahkan suri rumah.

Darissa memilih untuk mencuci pinggan agar Aryan boleh merehatkan tubuh badannya yang penat terkejar ke sana sini.

Aryan menyangka Darissa ingin mencuci tangan tetapi sedikit terkejut kerana Darissa dengan rela mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan.

"You pegi lah rehat kejap. Biar I yang buat. " Tutur Darissa lembut.

Wajah Darissa dipandang lama. Terdapat sedikit perubahan dalam diri gadis dihadapannya ini.

Di sekolah, Aryan menjadi pendidik buat Darissa dan rakan -rakannya serta murid-murid yang lain. Darissa beruntung kerana bukan sahaja Aryan menjadi guru matematiknya di sekolah tetapi di rumah, Aryan mengajarnya subjek yang tidak difahami dan mengajar erti sebuah kehidupan. Perkahwinan bukan penghalang buat Darissa meneruskan cita-citanya. Disebabkan itu Aryan sedikit demi sedikit mengajar Darissa berdiri atas kaki sendiri.

"Kenapa termenung lagi? Pegi lah rehat. " Tegur Darissa apabila Aryan masih tidak berganjak.

"Emm.. Okay. " Jawab Aryan perlahan dan bergegas naik ke bilik.

DarissaWhere stories live. Discover now